Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

PARTI ISLAM MENANG UNDI PILIHAN RAYA PARLIMEN MESIR

Dalam dua fasa awal pilihan raya parlimen, parti-parti Islam telah mendahului undian dengan memenangi 62.2 peratus undi dan megekalkan kemenangan mereka dalam keseluruhan pertandingan.

Parti Kebebasan dan Keadilan, cabang politik Ikhwan Muslimin melaporkan dalam laman webnya bahawa mereka telah mendapat 35.2 peratus undi.

Parti Nour menduduki tempat kedua dengan memenangi 27 peratus undian. Setakat ini, jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Nour adalah sebanyak 111 kerusi.

Manakala tempat ketiga diduduki oleh Parti Wafd yang jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 14 kerusi dalam fasa akhir pengundian. Menurut satu kenyataan, jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Wafd adalah sebanyak 37 kerusi.

Berikut adalah senarai enam parti politik yang memenangi undian pilihan raya paling tertinggi setakat ini:

1) Parti Kebebasan dan Keadilan = 213 kerusi

2) Parti Nour = 111 kerusi

3) Parti Wafd = 37 kerusi

4) Egyptian Block = 12 kerusi (atau lebih)

5) Reform and Development Party: 12 kerusi

6) Jama'a al-Islamiya: 13 kerusi
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2012
Olahan sumber: Al-masry Al-youm
Continue reading →

Wednesday, December 21, 2011

KUMPULAN REVULOSI MENYERU PROTES BESAR-BESARAN JUMAAT INI



TAHRIR - 19 kumpulan politik dan beberapa aktivis politik menyeru rakyat Mesir untuk datang menghadiri perhimpunan demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir pada Jumaat ini di bawah slogan "wanita bebas Mesir - kembalikan kehormatan."

Aktivis menggesa rakyat Mesir melakukan bantahan sebagai tindak balas kepada kekerasan yang dilakukan tentera terhadap penunjuk perasaan wanita.

Kebanyakan rakyat Mesir marah apabila menyaksikan satu klip video yang disiarkan oleh agensi-agensi berita dan laman web, yang menunjukkan anggota tentera mengheret seorang wanita secara beramai-ramai dan mengoyak baju lalu memukul wanita tersebut ketika pertempuran berlaku pada Jumaat lepas di antara penunjuk perasaan dengan pihak tentera berdekatan bangunan kabinet.

Kenyataan dari Majlis Tertinggi Angkatasn Tentera (SCAF) menegaskan bahawa mereka menafikan melakukan kekerasan, yang mana telah dipaparkan dalam video di seluruh dunia malah mereka terus mengelirukan orang awam.

Kenyataan yang sama mengatakan, peserta demonstrasi itu termasuk orang kristian dan Muslim yang berdoa dan berkabung terhadap penunjuk perasaan yang terkorban semasa pertempuran.

Kesatuan Pemuda Revolusi, Perikatan Angkatan Revolusi dan Kesatuan Belia Maspero adalah di kalangan kumpulan yang memanggil untuk membantah.

Sementara itu, Abeer Othman, seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan berkata bahawa parti tersebut belum memutuskan samada ahli-ahli wanita mereka akan mengambil bahagian dalam demonstrasi pada Jumaat nanti.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Olahan sumber: Al Masry Al Youm
Continue reading →

PULUHAN MEMBANTAH PERBICARAAN DITANGGUHKAN DI ISKANDARIAH



Puluhan orang yang merupakan saudara mara kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi 25 Januari lalu berkumpul di hadapan Mahkamah Jenayah Iskandariah. Mereka melakukan bantahan terhadap keputusan penangguhan perbicaraan suspek yang dituduh mencederakan dan membunuh penunjuk perasaan.

Agensi berita MENA melaporkan penunjuk perasaan juga mengutuk penangguhan perbicaraan terhadap pegawai-pegawai keselamatan yang dituduh mendera seorang ahli Salafi, Sayed Bilal sehingga mati dan pertempuran yang berlaku secara berterusan diantara penunjuk perasaan dan pihak tentera di pusat bandar Kaherah.

Isnin lalu, mahkamah jenayah telah memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes Bilal dan suspek yang dituduh membunuh penunjuk perasaan pada tarikh 23 Feb dan 20 Mac.

Kedua-dua perbicaraan dijangka berlaku pada hari Selasa.

Mahkamah menetapkan keputusan tersebut dengan mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang bertanggungjawab melindungi mahkamah sibuk mengawal pilihanraya pusingan kedua pemilihan Majlis Parlimen.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk menuntut supaya menamatkan tempoh peralihan dan penyerahan kuasa kepada wakil rakyat yang telah dipilih. Mereka juga mengutuk keganasan pihak polis terhadap penunjuk perasaan.

Jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil untuk melindungi mahkamah, dibimbangi akan berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dengan penunjuk perasaan. Tiada tentera atau polis hadir di luar mahkamah.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Olahan sumber: Al Masry Al Youm
Continue reading →

Sunday, December 18, 2011

60,000 EKSPATRIAT MESIR MENGUNDI DALAM PUSINGAN KEDUA PILIHAN RAYA



Hampir 60,000 ekspatriat Mesir keluar mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya yang berakhir pada hari Khamis.

Berikut adalah senarai undian pusingan kedua :

1) Parti Kebebasan dan Keadilan = 25450 undi

2) Egyptian Bloc = 10,000 undi

3) Parti Nour = 5300 undi

4) Revolution Continues Coalition = 2300 undi

5) Parti Wasat = 2100 undi

6) Parti Wafd = 1900 undi

Kementerian Luar telah menghantar keputusan akhir undian daripada luar negara pada hari Khamis pukul 10 malam.

Jurucakap Kementerian Luar melaporkan Kementerian Luar telah menerima undi daripada 130 konsulat dan kedutaan di seluruh dunia. Kemudian undian tersebut dihitung berdasarkan senarai nama calon-calon yang bertanding dan keputusan akhir diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya.

Beliau menambah bahawa kakitangan konsulat Mesir dan kedutaan-kedutaan di luar negara berusaha keras sepanjang proses pilihan raya. Sebanyak 60,000 undian terpaksa disahkan untuk menyamai jumlah 60 jawatankuasa pengiraan undi.

Arab Saudi mempunyai jumlah tertinggi ekspatriat Mesir yang keluar mengundi dengan 28,000 orang. Diikuti dengan Kuwhttp://www.blogger.com/img/blank.gifait sebanyak 13,000 orang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 6000 orang.

Di Amerika Selatan, hanya seorang sahaja yang keluar mengundi bagi pusingan kedua.


(Ekspatriat = Penduduk Mesir yang berada di luar negara)


DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum
Continue reading →

Wednesday, December 14, 2011

PERDANA MENTERI MESIR MENGUMUMKAN PUSAT JAGAAN UNTUK MANGSA REVOLUSI

Perdana Menteri Mesir, Kamal Ganzouri, mengumumkan penubuhan pusat jagaan yang baru bagi penjagaan orang-orang yang cedera dalam revolusi. Pusat ini di bawah penyeliaan Ganzouri dan tiga orang ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam kalangan mereka yang cedera.

Tempat rawatan akan diwujudkan di 52 buah hospital. Kaherah dan Alexandria merupakan kawasan tumpuan kerana mempunyai jumlah mangsa yang terbanyak.

Kerajaan akan memberikan pencen bulanan sebanyak LE 1725 (RM 906.60) kepada setiap keluarga mangsa syahid. Kamal Ganzouri turut menambah sesetengah keluarga telah dihadiahkan dengan beberapa buah apartmen.

Seramai 20,103 tahanan politik telah dibebaskan sejak bulan Februari lalu manakala 68 tahanan masih di dalam penjara.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum
Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook