Showing posts with label Fesyen Islam. Show all posts
Showing posts with label Fesyen Islam. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

ATLET MUSLIMAH DILARANG JILBAB


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa FIFA adalah diktator dan
penjajah, kerana tindakan FIFA tidak membenarkan pasukan bola sepak perempuan
Iran bertanding di dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012, atas alasan memakai
jilbab.

"Mereka (FIFA) adalah diktator dan penjajah yang ingin memaksakan gaya hidup
mereka kepada orang lain. Kami akan berdepan dengan mereka yang melaksanakan
dasar buruk ini. Kami akan membela hak anak-anak perempuan kami," tegas
Ahmadinejad.

Ahmadinejad berhak berang, karena FIFA bersikap diskriminasi terhadap atlet
muslimah yang berjilbab, bukan sekali FIFA membatalkan dan tidak membenarkan
pasukan bola sepak perempuan Iran kerana masalah jilbab.

"Para pemain dan pelatih tidak boleh menampakkan kesan-kesan politik, keagamaan,
komersial mahupun kesan peribadi, atau slogan dalam bahasa dan dalam bentuk
apapun dalam permainan juga kelengkapan pasukan mereka," demikian kenyataan
FIFA.

Pada April 2010,persatuan bola sepak dunia itu pernah mengumumkan larangan
jilbab dan busana agama selama perjalanan Olimpik 2012. Untuk memenuhi
persyaratan FIFA, pasukan bola sepak perempuan Iran menyesuaikan seragam
mereka, terutama jilbabnya dengan rekaan khusus.

Menurut Ketua Urusan Perempuan bola sepak Iran, Farideh Shojaei, tidak ada
masalah dengan pakaian baru jilbab tersebut dan pasukan bola sepak perempuan
Iran masih dibolehkan bertanding. "Itu bermakna, tidak ada masalah dan kami
boleh menyertai perlawanan Olimpik," kata Shojaei.

Tetapi akhirnya FIFA menyatakan seragam pakaian pasukan bola sepak perempuan
Iran menyalahi peraturan FIFA karena para pemainnya memakai jilbab. Kakitangan
di persekutuan bola sepak Iran menilai larangan jilbab yang diputuskan FIFA
adalah penghinaan terhadap dunia Islam, kerana jilbab dalam Islam merupakan
kewajiban bagi setiap muslimah.

Olahan sumber: Eramuslim
Continue reading →

Wednesday, June 8, 2011

SYARIKAT INGGERIS MENCIPTA JAM PENUNJUK WAKTU SOLAT


8 Jun : Syarikat pembuat jam, Smith of Derby menjadikan waktu solat umat islam sebagai usaha dan peluang baik mereka. SYarikat Inggeris yang menghasilkan jam-jam mewah itu mencipta sebuah jam analog dengan rekaan khusus yang akan menunjukkan lima waktu solat wajib.


Waktu solat sering berubah-ubah selaras dengan peredaran bumi dan posisi matahari, jam tersebut boleh memperbaharui dan menyusun semula ulang tanda waktu solat secara automatik pada tengah malam. Jam canggih ini diprogramkan untuk jangka waktu selama 100 tahun. Syarikat itu akan membuat cip baru untuk program semula setelah waktu 100 tahun tamat.

"Sebagai syarikat, pengetahuan kami sudah dinilai. Kami melihat komuniti Islam dan memikirkan ape yang kami mampu lakukan," kata Bob Betts, pengarah Smith of Derby.

Masyarakat kelas menengah dan ke atas adalah sasaran jualan prudok jam ini. Abu Dhabi adalah negara pertama jam tersebut akan dipasarkan. Tambahan lagi, jam bertatah emas berharga 20,000 poundsterling ini akan dipasarkan ke negara-negara Teluk yang kaya sebagai pasaran berpotensi.

Dengan rekaan klasik, jam ciptaan Inggeris itu diperuntukkan untuk dipasang di masjid-masjid, tempat awam atau rumah peribadi. Sekarang, jam tersebut sedang dipromosikan di Emirat Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Dengan menggabungkan seni dengan agama, Smith of Derby adalah syarikat keluarga yang telah mencipta dan menjual produk jam mewah mereka di pasaran Timur Tengah selama 40 tahun. Syarikat yang mencipta dan menghasilkan jam itu bermula sejak tahun 1856. Rekaan jam mereka berada di ribuan gereja di United Kingdom, antara lain di gereja St. Paul dan gereja-gereja katedral gabungan syarikat tersebut.

Sumber diolah: Eramuslim
Continue reading →

Sunday, November 7, 2010

Pengusaha Muslimah produkkan ‘Make-Up’ Halal di Inggeris

LONDON–Seorang pengusaha Muslimah telah melancarkan sejumlah “make-up” halal pertama di Inggeris, produk itu bebas dari alkohol dan produk haiwan .

Samina Akhter mendirikan Saminar Pure Make-up di rumahnya di Birmingham, setelah membancian pedagang mengenai bahan yang digunakan dalam berbagai produk make-up di Hight Street.

Berdasarkan hukum Islam, alkohol dan daging haiwan tertentu dilarang. Daging babi khususnya haram bagi umat Muslim berdasarkan hukum Islam, sehingga Samina terkejut saat mengetahui bahawa sebagian produk yang dia gunakan berisi asam lemak dan gelatin dari babi.

“Sebagai Muslim, saya mempertanyakan apa yang saya taruh di kulit saya,” kata Samina. “Saya ingin tahu apakah bahan itu diperkenankan di dalam Islam.”

Dalam mempertahankan hukum Islam, eyeliner dan lipstik Samina terbuat dari ekstrak tanaman, mineral, minyak esensial dan vitamin.

Usaha tersebut memperoleh piawaian halal pada awal Jun, dan kini memiliki lebih dari 500 pelanggan. “Banyak Muslimah seperti saya ingin kelihatan menarik serta mengikuti ajaran agama mereka,” kata Samina.

Minat terhadap barang-barang itu, yang dijual “daring” (dalam jaringan), telah datang dari jauh bahkan sampai Malaysia, Indonesia serta Singapura, katanya. Bahan kosmetik itu dikirim dari Australia dan mendapat certificate dari badan independent, Halal Certification Authority Australia.(rpblk)

sumber

Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook