Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Ribut Salji Paling Dahsyat sepanjang 50 tahun Melanda Iran

Tehran : Ribut salji yang menimpa wilayah tersebut direkodkan sebagai yang paling teruk dalam tempoh sejak 5 dekad. Salji tebal menutup hampir seluruh tempat di wilayah utara Iran, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan beberapa kemudahan yang lain tersekat, demikian lapor media Iran pada hari Isnin lalu.



Ribut salji yang dahsyat itu direkodkan sebagai tidak pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Salji
tebal setinggi dua meter (hampir tujuh kaki) menebal setelah salji berterusan turun sejak Jumaat minggu lalu.

"Masalah utama kami adalah kemudahan elektrik dan bekalan air yang terputus serta-merta kerana salji yang amat tebal," Salah seorang penduduk melaporkan.

Menurut pegawai , kira-kira 500,000 orang di utara Iran berada dalam kondisi tanpa elektrik dan gas sejak Sabtu minggu lalu.

Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Hossein Pir Kolivand telah melaporkan bahawa pasukan tersebut telah melaksanakan operasi sepanjang empat hari lalu dan dapat  menyelamatkan sekitar hampir 11,000 orang yang terperangkap  dalam salji yang tebal. Manakala 79 orang telah dimasukkan ke hospital dan masih berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita rasmi IRNA.

"Sehingga kini seramai 3800 orang telah ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan, " katanya.

Di Tehran, suhu menjunam kepada -7 C pada hari Sabtu minggu lalu,  sekaligus menjadikan malam paling sejuk di ibu negara pada tahun ini, manakala wilayah lain mengalami suhu serendah -18 C.

Beberapa sekolah di utara Tehran ditutup bermula hari Isnin kerana keadaan cuaca yang semakin teruk. Ribut salji dijangka akan menyerang malam Isnin di barat daya  negara.

Sumber  : Arab News
Continue reading →

Monday, February 18, 2013

Hujan Meteor di Rusia Seperti Kiamat




Moscow, - Hujan meteor yang melanda wilayah Urals, Rusia pagi Jumaat waktu tempatan  telah menimbulkan kegelisahan rakyat di sana. Seorang saksi peristiwa tersebut bernama Gulnara Dudka menceritakan peristiwa dramatik tersebut. Wanita muda itu merasa takut dan mengira kiamat telah tiba.
"Saya melihat kilatan terang dari belakang saya. Semua menyala, sangat terang. Ia seperti di filem Armageddon ketika hujan meteor bermula, saya benar-benar menganggap ia seperti kiamat, "kata wanita berumur 20-an tahun itu.

"Sangat mengerikan, khususnya letupan tersebut. Sangat kuat. Saya hanya membisu. Ia begitu kuat, "cetusnya di Daily Mail, Jumaat (15/2/2013).

Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Rusia menyatakan, sekurang-kurangnya 474 orang terluka, 14 orang di antaranya mengalami luka serius akibat hujan meteor ini. Kebanyakan mereka cedera akibat terkena pecahan kaca tingkap.

Sekitar 20 ribu petugas penyelamat telah dikerahkan untuk menolong para mangsa tercedera. Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan, pihaknya telah menghantar tentera-tentera ke lokasi yang terkena kesan hujan meteor ini.

Dilaporkan terdapat sekitar 6 bandar yang mengalami kerosakan akibat hujan meteor ini. Wilayah yang paling teruk terkena kesan hujan meteor ini ialah wilayah Chelyabinsk.

Saluran telefon mahupun isyarat telefon bimbit di beberapa kawasan wilayah Chelyabinsk terputus akibat insiden ini. Dilaporkan, puncanta kerana sebuah meteorit yang jatuh ke bumi terkena sebuah antena telekomunikasi tempatan.

Banyak tingkap, baik di kawasan pejabat mahupun di penempatan warga yang pecah akibat bunyi letupan meteor di udara. Di dapati sebuah kilang di kawasan tersebut mengalami kerosakan yang paling teruk kerana dihentam meteorit. Bahagian bumbung bangunan kilang tersebut runtuh dan beberapa dindingnya tersekat.

Sumber : Eramuslim

Continue reading →

Wednesday, April 11, 2012

Aceh dan Kawasan Sumatera Dilanda Gempa Bumi 8,5 skala richter


Nangroe Aceh Darussalam dan sekitarnya kembali dilanda gempa bumi 8,5 skala Richter tang berlaku pada pukul 15.38 dan berpusat di 2,31 Lintang Utara dan 92,67 Bujur Timur. Gempa yang berada di kedalaman 10 kilometer ini menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berpotensi untuk membentuk tsunami.

Acheh dan kawasan sekitarnya menghadapi empat gempa bumi susulan setelah dilanda gempa bumi pertama. Meskipun kekuatan empat gempa bumi tersebut tidak sebesar gempa pertama, namun gempa susulan ini masih cukup kuat.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik telah mencatatkab pada hari Rabu 11 April 2012, pukul 16.28 terjadi gempa susulan. Gempa berkekuatan 6,5 skala Richter. Gempa berpusat di 510 km Barat Daya Daerah Sumeulue, dan berada di kedalaman 42 kilometer.

Sekitar 20 minit kemudian, terjadi lagi gempa susulan. Kali ini dengan kekuatan 6,1 skala Richter. Gempa berpusat di 630 km Barat Daya Daerah Simeulue dan berada di kedalaman 10 kilometer.

Selang 21 minit kemudian atau pada pukul 17.09, gempa susulan ketiga terjadi. Gempa susulan ketiga ini kekuatannya sama dengan gempa susulan kedua, 6,1 skala Richter. Gempa berpusat di 492 km Barat Laut Kabupaten Simeulue dan berada di kedalaman 10 kilometer.

Kemudian pada pukul 17.21, terjadi gempa susulan keempat. Gempa berkekuatan 5,7 skala Richter. Gempa berpusat di 335 kilometer barat laut Simeulue dan berada di kedalaman 23 kilometer.

Sumber : Ar-Rahmah
Continue reading →

Sunday, December 4, 2011

BANJIR BESAR DI SIGI, 3 TERKORBAN


PALU - Tiga orang terbunuh, puluhan rumah rosak, dan sebahagian ditenggelami air akibat banjir besar yang terjadi di daerah Kulawi Induk dan Kulawi Selatan,Kabupaten Sigi, Sulawesi Tengah pada Sabtu (3/12/2011). Tiga warga lainnya dilaporkan hilang.

Banjir terjadi setelah dilanda hujan lebat sejak semalam, Jumaat (2/12/2011) sehingga Sabtu pagi waktu Indonesia bahagian tengah (Wita). Agensi Badan Bencana Serantau Daerah (BPBD) Kabupaten Sigi masih mencatat kerosakan dan kemungkinan ada tambahan korban jiwa.

Maklumat yang diperolehi dari Sigi melaporkan, hujan lebat yang berlarutan menyebabkan Sungai Magila melimpah. Limpahan tersebut menenggelami rumah penduduk di wilayah sepanjang sungai, termasuk tiga warga hanyut dibawa arus.

Selain menghanyutkan rumah dan mengorbankan nyawa, banjir bercampur lumpur dan batu turut memutuskan bekalan elektrik yang menghubungkan daerah Kulaei Selatan dan Pipikoro dan menyebabkan kawasan tersebut terasing.

Deri, salah seorang warga, mengakui bahawa banjir terus melimpah ruah sehingga Sabtu petang. Ratusan hektar kawasan sawah dan kebun milik warga turut ditenggelami air. Sehingga kini, warga menetap di rumah kaum-kerabat yang terletak di kawasan tinggi kerana takut banjir susulan terjadi.

Olahan sumber: Kompas.com
Continue reading →

Saturday, November 12, 2011

KIRA-KIRA 900 MUSOLLA DAN MASJID DITUTUP ATAS SEBAB KESELAMATAN


ALGERIA - Kira-kira 900 buah musolla dan masjid ditutup atas sebab-sebab keselamatan. Punca penutupan adalah berdasarkan laporan antaranya kurang pemantauan terhadap masjid juga menjadi tempat perhimpunan dan perjumpaan rahsia oleh kumpulan-kumpulan Islam.

Penasihat media kepada Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Agama Algeria mengeluarkan kenyataan yang disiarkan dalam berita di Algeria pada Sabtu, bahawa musolla dan masjid yang ditutup adalah berada di dalam kawasan yang kekurangan kriteria-kriteria keselamatan dan kesihatan.

Beliau menegaskan bahawa masjid-masjid tersebut "bahaya ke atas jemaah, seperti musolla yang dibuat di bangunan bawah tanah di kawasan-kawasan terpencil. Mereka yang membuka masjid tersebut adalah secara haram dan tiada lesen."

Beliau menafikan dengan kuat bahawa perintah penutupan yang dikeluarkan dibuat dengan sambil lewa atau langkah-langkah yang sewenang-wenangnya atau pertimbangan keputusan diluar perbincangan mesyuarat.

Sumber diolah: Al-Basheer
Continue reading →

Wednesday, November 9, 2011

BANJIR PUSAT BANDAR VIETNAM, 22 MATI


Pegawai-pegawai di Vietnam melaporkan bahawa banjir melanda kawasan tengah negara itu sejak minggu lepas dan telah mengorbankan sebanyak 22 orang, menjadikan jumlah mangsa korban banjir meningkat 100 kematian sejak banjir berlaku beberapa bulan lalu.

Jawatankuasa Pusat Banjir dan Ribut melaporkan, 7 orang lemas ketika dalam perjalanan pada hujung minggu. Turut mencatatkan 15 kematian sejak semalam dan hari Isnin lepas, juga masih terdapat mangsa yang hilang.

Jawatankuasa menjelaskan bahawa kira-kira 25 ribu keluarga telah meninggalkan rumah mereka di wilayah tanah rendah Quang Nam dibimbangi masalah banjir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mencatatkan sebanyak 78 orang antaranya 65 kanak-kanak telah terkorban di Delta Mekong kerana banjir.

Sumber diolah: Al-Basheer
Continue reading →

Monday, October 24, 2011

GEMPA BUMI TURKI, 1000 DIJANGKA TERKORBAN


ANKARA - Dijangka 1000 orang terkorban akibat ditimpa bangunan runtuh berpunca dari gempa bumi berukuran 7.3 skala ritcher yang melanda bandar Van, Turki.

"Kira-kira 500 hingga mencecah 1000 orang terkorban disebabkan gempa bumi," lapor Ketua institut Penyelidikan Seismologi di Istanbul, dalam satu sidang akhbar.

Laporan sebelum ini memberitahu tidak dinyatakan kemungkinan ada mangsa yang terkorban, hanya dikhuatiri ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Akibat gempa tersebut, 50 bangunan dijangka runtuh, termasuk sebuah asrama. "Kerosakan yang paling teruk berlaku di Ercis, sebuah kawasan dengan jumlah penduduk sekitar 100.000 orang," lapor pegawai.

Rakaman televisyen menunjukkan penduduk yang panik dan cuba menggali runtuhan dengan menggunakan penyodok dan alat-alat yang lain untuk membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam bangunan. Ramai orang terpaksa bermalam di luar dengan suhu yang mencecah 3 darjah celcius. "Orang ramai panik. Talian komunikasi putus. kami tidak dapat berhubung dengan orang lain," lapor Datuk Bandar Van Bekir Kaya kepada stesen TV NTV.

Kerajaan Turki sendiri telah menghantar bantuan telefon satelit ke daerah yang didiami oleh suku Kurd. Angkatan tentera juga dihantar untuk membantu.

Olahan sumber: Kompas.com
Continue reading →

Sunday, October 16, 2011

KORBAN BANJIR 297 ORANG


Thailand - Data terbaru yang dikemaskini pada Sabtu (15/10) menunjukkan jumlah kematian korban banjir di Thailand meningkat kepada 297 orang. Manakala 2 dipercayai masih hilang.

Banjir, mengikut maklumat Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Thailand, semakin membanjiri wilayah di negeri itu sejak hujan lebat yang berterusan selama 3 bulan. Selain itu, kejadian tanah runtuh semakin kerap berlaku.

Semalam, laporan berita Xinhua, data tambahan menunjukkan terdapat 8 orang meninggal dunia di Kamphaeng Phet, Nakhon Pathom dan Ubon Ratchathani. Phichit, negeri di utara Thailand masih mencatat jumlah kematian tertingi iaitu 45 0rang.

Jumlah kematian kedua tertinggi akibat banjir adalah wilayah Nakhon Ujong, mencatat korban seramai 30 orang.

Dari 77 wilayah di Thailand, 66 wilayah masih mengalami banjir. Banjir besar tersebut menyebabkan 2.5 juta keluarga dan 8.6 juta rakyat mengalami kesusahan.

Banjir besar juga melimpah dan menyebabkan kerosakan 50 jalan utama di Thailand. Air yang membanjiri rel kereta api, khususnya di kawasan utara menjadikan banyak perjalanan kereta api tertangguh dan dibatalkan.

Sumber Olahan: Kompas.com
Continue reading →

Sunday, October 2, 2011

CHINA KELUARKAN AMARAN TAUFAN NALGAE

China: Pusat Ramalan Kaji Cuaca mengeluarkan amaran awal kehadiran Taufan Nalgae pada Sabtu (1/10/11) kepada penduduk di selatan China. Pihak berkuasa mengingatkan bahawa pusat kegiatan memancing di kawasan pantai tenggara Fujian dan Guangdong ditutup sementara untuk mengelakkan bahana taufan yang datang dari Filipina.

Pihak brkuasa juga memantau ketinggian ombak seperti di kawasan-kawasan Zhejiang, Fujian dan Guangdong Timur. Pada hari ini, amaran kuning telah dikeluarkan tentang ketinggian ombak yang kemungkinan mencecah 8.8 meter.

Memetik berita Xinhua, Taufan Nalgae akan tiba di selatan China pada Rabu (5/10/11). Sebelum ini, kawasan tersebut telah dilanda Taufan Nesat.

Olahan sumber: Kompas.com
Continue reading →

Wednesday, September 28, 2011

FILIPINA: TAUFAN "NISSAT" RAGUT 21 NYAWA

Filipina: 21 orang terbunuh disebabkan taufan 'Nissat' yang melanda pantai timur Filipina Selasa lalu. Sementara pada hari ini, negara mula membuang dan membersihkan kesan-kesan kemusnahan akibat daripada taufan yang melanda.

Agensi melaporkan bahawa bencana negara tu menyebabkan 35 orang masih hilang, manakala seramai 48 ribu terpaksa berlindung di pusat perlindungan sementara. Manakala kerugian awal disebabkan bencana tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 642 juta.

Pejabat Pertahanan Awam melaporkan bahawa kebanyakan kematian berlaku disebabkan kejatuhan pokok-pokok atau bangunan dan serpihan yang terbang, menyebabkan berlaku gangguan kuasa elektrik kepada kira-kira 2 juta rumah di ibu negara, Manila dan kawasan luar bandar.

Sekolah-sekolah dan institusi kerajaan di ibu negara terpaksa ditutup. Penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan. Manakala Bursa Saham Manila terpaksa digantung. Sistem lalu lintas dan perjalanan kereta api terpaksa dihentikan.

Ribut dan Lembah Cagayan, dijangka telah mengurangkan kira-kira 10% daripada tanaman padi negara pada suku terakhir tahun ini.

Taufan Nissat dimulai dengan hujan lebat bersama angin kencang, menyebabkan tanah runtuh dan banjir di kawasan-kawasan perumahan di Manila yang berkepadatan penduduk seramai 12 juta orang, dengan paras air yang tinggi melebihi 1 meter.

Walaupun fokus sekarang kepada "Nissat", pegawai meteorologi memberi amaran mengenai ribut lain yang terbentuk di Pasifik, sedang mengumpul kekuatan untukberubah menjadi taufan dan akan melanda utara Luzon, pulau utama di Filipina.

Sumber disunting: Al-Jazeera
Continue reading →

Wednesday, September 14, 2011

Banjir Pakistan Kini Membunuh 260 Mangsa


Pakistan ; Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah melanda di kawasan wilayah Sind, Pakistan. Data yang telah terkumpul sehingga hari selasa (13/9/2011) menunjukkan seramai 260 orang telah terkorban akibat bencana tersebut. Sebahagian besar mangsa yang terkorban meninggal dunia akibat ditimpa bumbung dan dinding bangunan.

Menurut sumber maklumat, banjir pada kali ini lebih teruk berbanding tahun 2010. Kota Karachi kini di tenggelami banjir manakala sekolah dan pusat-pusat perniagaan ditutup. Sementara itu, warga kota turut mengambil tindakan dengan berpindah ke kawasan yang lebih selamat tanpa bekalan makanan dan meninggalkan kenderaan mereka di ibu kota Karachi yang ditenggelami air.

Bencana yang menimpa Pakistan kini melibatkan 5 juta orang yang tinggal di kawasan banjir tersebut.Menurut Andro Shilakadze, pegawai bantuan yang bekerja untuk Dana Anak-Anak PBB (UNICEF), " setakat maklumat yang kita ketahui, 22 dari 23 daerah telah dilanda banjir."

"kebanyakan penduduk setempat terpaksa berpindah dan setakat ini kami belum mendapat jumlah penduduk yang berpindah dengan tepat."tambahnya lagi.

"Terdapat sebahagian penduduk setempat menolak untuk berpindah dan kini mereka berada di pinggi-pingir jalanan untuk mengawasi dan menjaga ternakan mereka," kata Shilakadze kepada sumber berita.

Sumber : Kompas , Allvoices


Continue reading →

Saturday, September 10, 2011

BANJIR: PULUHAN RIBU TERPAKSA PINDAH

Brazil: Banjir besar akibat hujan lebat di selatan Brazil menyebabkan 3 orang terkorban dan lebih dari 63,000 orang terpaksa pindah, pegawai melaporkan pada Jumaat semalam.

Hujan lebat 3 hari tanpa henti menyebabkan kesan yang serius di selatan Santa Catarina. Pihak berkuasa mengumumkan 32 bandar di negeri ini berada dalam status darurat. Dua bandar iaitu Brusque dan Rio do Sol berada dalam kecemasan. Beberapa buah bandar hampir sepenuhnya tenggelam apabila sungai Itacay-Acu melimpah.

Agensi Pertahanan Awam melaporkan banjir teruk tersebut menyebabkan 790,000 orang kehilangan tempat tinggal di 60 buah bandar raya. Agensi itu memberi amaran bahawa akan berlaku risiko tanah runtuh setelah hujan lebat.

Pegawai Pertahanan Awam di negeri Catarina melaporkan pada Sabtu: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh. Media tempatan melaporkan 3 orang terbunuh. Keadaan darurat menyebabkan sekolah-sekolah di kota Blumenau, Gaspar, Itajai da Rio do Sol terpaksa ditutup. Sebahagian sekolah menjadi tempat perkampungan sementara bagi mangsa banjir.

150 orang tewas akibat banjir kilat di selatan Brazil 3 tahun lalu. Paras air berbeza dengan kemarau teruk dan kebakaran hutan di kawasan barat bahagian tengah negara Amerika Selatan itu.

Banyak bandar Brazil mengalami serangan asap dari kebakaran hutan berpunca dari suhu tinggi dan kemarau panjang yang teruk akibat tiada hujan, sekarang 3 bulan kering di sekitar ibu negara. "Kami tidak pernah mengalami tahap kelembapan yang rendah sejak 1960." kata pegawai Pertahanan Awam kepada AFP.

"50 kebakaran berlaku dalam masa 24 jam ini dan kami terpaksa mengerahkan seramai 500 ahli bomba," lapor ketua bandar Mauro Sergio dari Jabatan Bomba Brazil.

Beberapa sekolah terpaksa ditutup awal berikutan asap yang sangat tebal di ibu kota itu. "Saya telah menetap di Brazil selama 40 tahun, saya tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," kata Edson, penduduk Barroso kepada AFP.

Sumber olahan: Kompas.com
Continue reading →

Saturday, September 3, 2011

PBB: 3 JUTA DIJANGKA MENGALAMI KEBULURAN DI SOMALIA


2 September: Agensi Pelarian
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) memberi amaran, sehingga tahun tuaian akan datang, 3 juta rakyat di selatan Somalia berisiko mengalami kebuluran.

Reuters melaporkan Khamis lepas, "Kami belum mencapai kemuncak krisis itu," kata ketua Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonia Guterres, untuk Pelarian (UNCHR).

Sehingga bulan Oktober, hujan tidak akan turun di Selatan Somalia, bermakna tuaian akan dibuat awal tahun 2012.

"Dari sudut keselamatan makanan rakyat, jelas keadaan akan menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa sehingga musim tuaian 2012," kata Guterres.

Beliau mengakui bahawa agensi tidak dapat menampung keperluan rakyat Somalia yang
melarikan diri dari kebuluran disebabkan kemarau yang teruk berlaku di rantau ini sepanjang tempoh 60 tahun lalu.

"Apa yang kami lakukan adalah keluar dari bahagian dan memberikan apa yang masyarakat perlukan. kami perlu meningkatkan mutu kerja kami dan memperbanyakkan usaha kami dalam menghulurkan bantuan," tegas beliau lagi.

Menurut PBB, kemarau menyebabkan kekurangan makanan di Kenya, Djibouti dan Ethiopia, melibatkan 12.4 juta orang di rantau ini.

Sumber diolah: Eramuslim
Continue reading →

GEMBA BUMI 7.1 MAGNITUD GEGAR ALASKA


Alaska, 2 Sept: Satu gemba bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Kepulauan Aleutian off Alaska. Pusat Geologi Amerika Syarikat melaporkan, amaran tsunami telah disiarkan di bahagian pantai Alaska selepas sejam.

Amaran tersebut meliputi bahagian Kepulauan Aleutian termasuk Unalaska/Pelabuhan Belanda, komuniti terbesar rantau itu dan Adak.

Tetapi tiada kemusnahan tsunami dilaporkan, kata Pusat amaran tsunami Pantai Barat Alaska, National
Oceanic dan Agensi Pentadbiran Atmosfera yang terletak di Palmer, Alaska.

Agensi melaporkan tiada sebarang kerosakan berlaku, kata pengarah, Paul Whitmore.

"Ia berlaku di kawasan yang sangat jauh dan tiada bandar yang berdekatan dengan pusat gempa bumi." tambah beliau lagi.

Komuniti yang terdekat adalah Atka, kampung Aleut, mempunyai penduduk seramai 60 orang dan terletak kira-kira 160km barat pusat gempa, tambah Whitmore.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan tiada ancaman tsunami pemusnah datang dari gempa bumi tersebut. Gempa bumi yang berlaku pada 10:55 GMT, sepanjang 35km, laporan USGS.

Olahan sumber: Todays Zaman, Kompas.com
Continue reading →

Sunday, August 28, 2011

TAUFAN IRENE MERAGUT 7 WARGA AS, MENYEBABKAN KERUGIAN 1.1 MILION DOLAR



Amerika Syarikat , 28 Ogos: Kerajaan Amerika melaporkan, ombak bergerak laju menuju Pantai Timur AS mengakibatkan berlaku hentaman dasyat taufan Irene di Amerika Syarikat sehingga menelan kerugian hingga 1,1 milion dolar.

Taufan Irene juga meragut 7 orang di Amerika Syarikat, Puerto Rico, dan Republik Dominica dan meranapkan kawasan perumahan di Bahama.

VOA melaporkan sabtu kelmarin, Irene meragut 3 orang di North Carolina dan seorang di Virginia, dan turut meragut seorang di Puerto Rico dan 2 di Republik Dominican.

Dengan kelajuan angin 85 mil (140 kilometer) per jam, Irene kehilangan kekuatan untuk menjadi taufan kategori pertama yang besar malah taufan kategori 2 dengan angin sekitar 100 mil (lebih dari 160 kilometer) per jam.

Ombak Irene mula reda pada pukul 8.00 pagi,sabtu kelmarin di Cape Lookout di hujung selatan dari rantai pulau-pulau penghalang di North Carolina.

Hujan lebat dan angin kencang telah menutup jalan raya utama, bandar, dan menyebabkan 630.000 orang terputus elektrik di North Carolina.

Datuk bandar Michael R. Bloomberg memerintahkan sekitar 1/4 juta orang diarahkan berpindah dari Wilayah New York.

Sepanjang Pantai Timur, penggunaan jalan raya oleh kenderaan dihentikan, jadual penerbangan turut dibatalkan.

Di As, peringatan dikeluarkan berhubung bahaya taufan Irene dan tidak boleh dipandang remeh.

Pada hari sabtu pagi, jabatan kaji cuaca melaporkan kesan Irene boleh dirasai sejauh Wilayah Utara Kanada bahkan juga setelah badai itu beransur hilang.

Sumber diolah: Eramuslim
Continue reading →

Friday, August 26, 2011

GEMPA BUMI DI PERU, VANUATU DAN AS


LIMA , 25 Ogos : Gempa bumi berukuran 6,0 Skala Ritcher menggegarkan Peru di
Amerika Selatan dan kepulauan Vanuatu di Samudera Pasifik. Sementara gempa
susulan terjadi di Pantai Timur Amerika Syarikat dan turut mengundang kebimbangan kerosakan pada bangunan yang tidak tahan gempa.

Gempa bumi sepanjang 80 kilometer (km) telah melanda bahagian timur negara itu
di selatan Pucalla malah turut dirasai di bahagian pedalaman kota terpencil di pergunungan Andes dan hutan Amazon.

Menurut sumber Agensi Penyiasatan Geologi Amerika Selatan (USGS), gempa bumi
terjadi pada pukul 12.46 minit tengah hari, hari Rabu waktu tempatan atau pukul
00.46 minit pagi WIB. Gempa bumi itu berukuran 7,0 Skala Ritcher dan berpusat
pada kedalaman 145 km di bawah permukaan bumi.

Gegaran turut dirasai di bahagian Ibu Kota Lima serta di beberapa kawasan di Brazil dan Equador yang terletak 480 km dari lokasi kejadian. "Meskipun begitu belum ada laporan kemusnahan harta benda mahupun korkan nyawa," kata Guillermo Alvizuri, Ketua Jabatan Pertahanan Awam Peru.

Beberapa jam kemudian, gempa yang sama berulang kembali berukuran 6,2 Skala Ritcher menggoncang kawasan Kepulauan Vanuatu, di tengah Samudera Pasifik.

Gegaran itu dikesan pada kedalaman 10 km, sejauh 77 km dari arah barat daya Ibu Kota Vanuatu, Port Villa. Malangnya peringatan awal berhubung bahaya Tsunami tidak dikeluarkan.

Gempa ini berterusan selama beberapa hari berikutan kedudukannya sepertimana Indonesia yang terletak dalam lingkaran Api Pasifik.

Sementara itu, penduduk Pantai Timur Amerika Selatan kembali dikejutkan getaran susulan yang terjadi hasil dari gempa pertama pada Selasa lalu. Gempa susulan ini berukuran 4,5 Skala Ritcher dan terjadi pukul 01.07 minit pagi, hari khamis waktu tempatan. Walaupun ia kerukuran kecil pada bacaan indeks Skala berbanding sebelumnya, namun kesannya amat ketara apabila rekahan mula didapati pada bangunan-bangunan besar malah menimbulkan kegusaran di hati penduduk sekitarnya.

Lokasi sebenar gempa Episentrum di kesan 8 kilometer di sebelah Selatan Kota Mineral, Virginia. Jarak lokasi ini 133 km arah barat daya Washington DC. Warga virginia, Washington, dan Maryland melaporkan tentang gegaran yang dirasai dari gempa susulan itu.

Gempa susulan tersebut mengundang kekhuwatiran berikutan bangunan di Pantai Timur Amerika Selatan tidak direka dan dibina untuk tahan gempa malahan getaran kecil juga turut mengganggu kestabilan dan keseimbangan struktur binaan bangunan.

Gempa bumi pertama berkekuatan 5,8 Skala Ritcher, selasa lalu telah menyebabkan
keretakan pada Monument dan bangunan bersejarah Washington.

Sumber diolah: Kompas.com
Continue reading →

Wednesday, July 27, 2011

Amaran Banjir Baru Lebih Membimbangkan Penduduk Pakistan



Pakistan 27 Julai – Pada tahun lalu, banjir besar telah melanda satu perlima Pakistan sehingga menyebabkan kira-kira 2,000 orang terkorban. ‘Negara ini masih berisiko’. Ini adalah amaran baru yang telah dikeluarkan dari organisasi kemanusiaan.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pada tahun ini sahaja telah meningkat sehingga enam juta orang yang mungkin boleh terjejas disebabkan banjir teruk yang berlaku,” Imtiaz Tyab al Jazeera melaporkan dari daerah Pakistan Thatta hari ini.

Negara telah gagal untuk mengambil langkah-langkah pencegahan sejak banjir pada tahun lepas sehingga terdedah kepada bencana lain pada musim tengkujuh. Oxfam berkata pada hari Selasa yang lalu bahawa fenomena yang berlaku ini lebih banyak membelajakan untuk sistem pembinaan semula perumahan yang lebih sesuai sebagai amaran awal.

“Pakistan perlu bertindak sekarang. Pelaburan dalam langkah-langkah mengurangkan kesan bencana adalah penting untuk menyelamatkan nyawa dan demi menjaga sistem pembangunan pada masa akan datang,” kata Neva Khan, Ketua Oxfam di Pakistan.

Sementara itu, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah memberi amaran bahawa beribu-ribu lagi mangsa banjir masih dalam kesusahan dalam menyara keluarga mereka. Persatuan Bula Sabit Merah Pakistan (PRCS) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan ICRC untuk memberi bantuan kecemasan dan bantuan infrastruktur.

Ketika bencana banjir berlaku pada tahun lepas, air banjir telah melimpah dari lembah Swat utara mengalir hingga ke Sindh Utara. Kira-kira 20 juta orang terjejas dan sekitar 1.7 juta rumah yang musnah akibat bencana itu.

“Banjir besar yang berlaku itu telah mencatatkan sebagai bencana terburuk yang telah digambarkan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon,” berkata Tyab dari Al- Jazeera.

Hyder Kamal dari Al Jazeera melaporkan dari Chakdara di Lembah Swat berkata,“keadaan ini menjadi suasana menjadi tertekan dan kelam. Keadaan ini menggantikan dengan kematian lebih 20 juta orang, kos pertanian meningkat kepada 2.9 bilion dan infrastruktur ynag lebih besar.”

“Skala kerosakan infrastruktur sukar untuk dinilaikan dan dianggarkan oleh kerajaan hampir mencecah kepada USD 15 bilion. Kebanyakkan jalan-jalan yang akan melalui ke Swat dalam keadaan yang tidak selamat. Kemungkinan mereka hanya dihanyutkan oleh arus banjir ataupun terus musnah,” kata Hyder.

Masih ramai lagi mangsa yang tinggal di kawasan-kawasan yang terlibat masih tanpa mempunyai rumah tetap, wartawan Al Jazeera melaporkan.

Kerajaan semakin jelas masalah yang dihadapi oleh rakyat. Beliau berkata juga, terdapat aduan bahawa kerajaan awam seharusnya datang untuk memberi sedikit kelegaan dengan melawat keadaan rakyat yang masih perlukan sokongan dan bantuan dari pihak kerajaan sendiri.

PBB telah menghulurkan wang bantuan sebanyak USD 2 bilion (RM 5 bilion). Walaubagaimanapun setahun kemudian mereka masih kekurangan sebanyak 600 juta untuk huluran bantuan dari bentuk yang lain.

Ini adalah suatu bencana besar yang telah berlaku. Kini, masyarakat di sepanjang tebing sungai di Pakistan diberitahu untuk lebih bersedia dengan hujan dari monsun barat. Ini lebih membimbangkan kerana proses pemulihan sukar untuk dilaksanakan kerana takut bencana ini akan memerangkap keadaan penduduk sekali lagi.

Sumber : Al Jazeera


Continue reading →

Tuesday, July 12, 2011

Gempa Bumi Lemah Dikesan di Kinabatangan.


KUALA LUMPUR, 12 Julai: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 Skala Ricther dikesan telah berlaku di Kinabatangan, Sabah kira-kira pada pukul 10.28 pagi hari ini (Selasa).

Gempa bumi lemah tersebut telah dikesan berlaku di kawsan sekitar 16 km di Tenggara Kinabatangan, Sabah, lapor Pusat Meteorologi Malaysia.

Berikutan gempa bumi lemah tersebut, gegaran mungkin akan dirasai di seluruh kawasan tersebut.

Sumber diolah : Mstar Online.
Continue reading →

Sunday, June 19, 2011

Gempa Bumi 5.9 Skala Ritcher Gegar Timur Jepun

TOKYO, 19 Jun : Gempa bumi dengan kekuatan 5.9 Skala Richter dilaporkan telah menggegarkan timur Jepun, semalam.

Gempa bumi tersebut yang berlaku kira-kira pukul 9.31 malam waktu tempatan dan pukul 4.31 petang waktu Malaysia, telah menggegarkan salah satu daerah iaitu sekitar 110 Kilometer di sebelah timur Fukushima berdekatan pantai timur Honshu dengan kedalaman 30 kilometer, lapor Badan Meteorologi Jepun.

Pada 11 Mac yang lepas, pantai timur laut pulau utama Honsu, Jepun telah mengalami gegaran berskala richter 9.0 dan mengakibatkan Tsunami dahsyat, dan telah mengorbankan lebih 23 000 nyawa.

Walaubagaimanapun, tiada kehilangan jiwa, kerosakan harta-benda dan peringatan Tsunami dilaporkan.

Sumber: Berita Kompas.
Continue reading →

Wednesday, May 25, 2011

Tragedi Tanah Runtuh : Koleksi Gambar

(Sebahagian dari mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat)














Semoga roh insan-insan yang terkorban dalam kejadian itu di cucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah..
Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook