Showing posts with label Analisis Isu. Show all posts
Showing posts with label Analisis Isu. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Keganasan di India : Lagi 44 Terbunuh

NARAYANGURI-Polis India menjumpai enam lagi mayat wanita dan kanak-kanak pada Rabu semalam berikutan kejadian amuk oleh puak fanatik yang mensasarkan umat Islam di timur laut Assam yang menjadikan jumlah bilangan yang terbunuh sehingga kini seramai 44 orang, demikian lapor pegawai keselamatan.



Mayat-mayat tersebut dikenal pasti oleh pihak berkuasa setelah pencarian mereka di sekitar dua buah daerah dalam kawasan pedalaman di mana lelaki bersenjata bertopeng menyerang kampung tersebut dan menembak keluarga penduduk yang beragama Islam termasuk bayi ketika mereka tidur.

Rentetan daripada itu, pihak polis telah menuduh puak pemberontak Bodo yang bertindak membunuh umat Islam iaitu masyarakat migran yang terikat selama bertahun-tahun disebabkan pertikaian tanah dengan orang asli di negeri ini yang bersempadan antara Bhutan dan Bangladesh.

Pada masa  yang sama, media tempatan pula menyebarkan bahawa puak Bodos bertindak menyerang penduduk Islam sebagai hukuman kerana tidak mengundi calon mereka pada bulan lepas di ibu negara, dalam pilihan raya yang dilaksanakan secara berperingkat akan tamat tidak lama lagi.

"Setakat ini jumlah kematian meningkat sehingga 43 orang. Pembunuhan kejam ini tidak mengira mangsa  walaupun bayi lima bulan berusia juga tidak terkecuali," Lapor Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi kepada pemberita dari kampung Narayanguri.

"Sangat menyedihkan apabila mangsa yang ada masih belum pulih sepenuhnya, kami mendapat laporan bahawa 11 orang lagi hilang,"kata Gogoi.

Jurucakap polis memberitahu bahawa mereka menjumpai tiga mayat kanak-kanak dan dua wanita di daerah Baksa, iaitu kira-kira 210 km barat bandar utama Assam di Guwahati. Angka kematian meningkat dari sekurang-kurangnya daripada 32 pada hari Ahad lalu sehinggalah beberapa mayat seterusnya ditemui baru-baru ini, manakala beberapa orang cedera dalam pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 1 Mei dan 2 Mei lalu juga telah meninggal dunia di hospital.

Gogoi berkata bahawa lebih kurang 15 orang kanak-kanak yang berusia daripada lapan bulan sehingga 14 tahun, menjadi anak yatim piatu rentetan daripada  pertumpahan darah yang berlaku. Mereka kemudiannya telah dihantar ke rumah kebajikan di Guwahati. Penduduk kampung mengalami trauma kerana menghadapi dugaan mengejut yang menakutkan mereka, manakala pegawai-pegawai dengan Ketua Menteri berbincang untuk memindahkan mereka ke hospital untuk menerima rawatan.

"Saya melihat ibu dan bapa mati di hadapan saya. Saya berjaya menyelamatkan diri dan bersembunyi di bawah katil ketikamana lelaki-lelaki yang bersenjata dan bertopeng mengajukan pistol kepada ibu bapa saya," demikian cerita Habiba Nessa, 14 tahun kepada AFP.

Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi besar-besaran untuk mencari gerila Bodo yang melakukan keganasan dan menyebabkan ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka dalam ketakutan, salah seorang wakil pegawai keselamatan melaporkan.

Keganasan itu tercetus semasa akhir pilihan raya umum yang menyaksikan ketegangan agama dan etnik berlaku dimana Hindu nasionalis yang dikepalai Narendra Modi daripada parti pembangkang dijangka menang. Hampir 17 orang terbunuh dalam pertempuran di wilayah yang sama pada bulan Januari tahun ini. Pada tahun 2012 lalu, telah berlaku pertempuran etnik di kawasan yang sama menyebabkan kehilangan hampir 100 nyawa dan pelarian lebih daripada 400,000 orang.

Sumber : Arab News
Continue reading →

Kes Jangkitan Virus MERS Semakin Meningkat : 4 kematian, 18 Jangkitan Baru



JEDDAH - Lagi 4 orang di negara ini telah meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah ( MERS ) virus korona, menjadikan kes kematian sehingga kini meningkat kepada 121 kes, berikut dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan pada hari ini.

Berdasarkan kemas kini terbaru yang disiarkan di laman web pada hari Rabu semalam, kementerian tersebut mengumumkan bahawa sebanyak 18 kes jangkitan MERS terbaru, menjadikan sehingga kini kes yang dilaporkan sebanyak 449.

Kes kematian  yang laporkan ini melibatkan seorang wanita berusia 65 tahun, di Riyadh yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan strok otak, telah dimasukkan ke hospital kerajaan pada 12 April dan akhirnya meninggal dunia pada 6 Mei.

Manakala antara tiga kes yang selebihnya melibatkan seorang wanita berusia 75 tahun di Jeddah, seorang lelaki berusia 60 tahun di Jeddah dan seorang wanita berusia 45 tahun di Riyadh - sebelum ini telah direkodkan sebagai kes yang disahkan dan kesemuanya meninggal dunia pada 5 Mei yang lalu.

Antara 18 orang pesakit yang dikesan mendapat jangkitan adalah budak lelaki berumur 10 tahun yang telah dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Jeddah kerana terlibat dalam kemalangan pada 29 April. Selepas beliau keluar daripada hospital pada 2 Mei, gejala MERS mula muncul dan dia dikejarkan ke unit rawatan rapi.

Jeddah sehingga kini mempunyai bilangan tertinggi jangkitan baru 8, diikuti oleh Riyadh sebanyak 5 kes, Madinah dengan 3 kes, Makkah dan Najran masing-masing 1 kes.

Pada hari Selasa yang lalu, Menteri Kesihatan iaitu Pemangku Adel Fakeih yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Hospital King Fahd di Jeddah melaporkan bahawa kes jangkitan MERS yang berlaku secara mendadak dalam kalangan kakitangan telah mencetuskan suasana panik kepada orang awam.

Fakieh kemudiannya bertindak melancarkan kempen kesedaran untuk seluruh peringkat berwaspada dengan penyakit tersebut, pihaknya menggesa orang ramai bukan sahaja untuk mengikuti langkah-langkah penjagaan kebersihan, tetapi secara khusus untuk mengelakkan haiwan yang menjadi faktor wabak iaitu unta dan menahan diri daripada makan daging unta mentah atau meminum susu unta yang tidak dimasak terlebih dahulu.

Setelah misi 5 hari ke Jeddah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih serius menangani wabak melalui penyebaran langkah-langkah pencegahan jangkitan yang disyorkan dan bertanggungjawab untuk mengelakkan peningkatan semakin berlaku di Jeddah dan tempat-tempat lain.

Wabak yang pertama kali muncul di negara tersebut bermula pada September 2012, dan sehingga kini telah menjangkiti seramai 449 rakyat Saudi,  iaitu antara sebahagian besar daripada kes yang didaftarkan di seluruh dunia. WHO berkata kenaikan baru-baru dalam jumlah jangkitan tidak menunjukkan perubahan ketara dalam perpindahan virus.

"Majoriti jangkitan manusia kepada manusia yang berlaku adalah berpunca daripada pengabaian terhadap penjagaan kesihatan," katanya lagi.
Pasukan itu menggesa pekerja kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap mereka terhadap penyakit ini.

MERS dianggap sebagai wabak yang merbahaya tetapi kurang pendedahan berkaitan jangkitan tersebut. Virus SARS yang meletus di Asia pada tahun 2003 dimana 8273 orang telah dijangkiti, 9% daripada mereka meninggal dunia. Sehingga kini, tiada vaksin atau rawatan antiviral untuk MERS, penyakit dengan kadar kematian yang meningkat sebanyak lebih daripada 40%.

Sumber : Arab News

Continue reading →

Thursday, March 20, 2014

Operasi Terbaru Mujahidin As-Syabaab di Selatan Somalia

BUULOBURDE - Para mujahidin di Selatan Somalia telah melancarkan satu serangan terbaru dalam satu operasi syahid di Somalia yang mensasarkan sebuah hotel di bandar selatan menyebabkan puluhan terbunuh.

Kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas tentera Somalia yang disokong oleh Kesatuan Afrika mendakwa telah mengambil alih bandar tersebut daripada Mujahidin As-Syabaab.

Satu letupan yang meletus di Buuloburde semalam adalah serangan terbaru ke atas serangan pasukan Kesatuan Afrika.

"Seorang pengebom berani mati telah memandu kereta yang dilengkapi dengan bahan letupan menuju ke hotel. Sejurus kemudian, letupan besar meletus dan berlakunya tembak-menembak yang agak sengit, " ujar Moalim Mohamed Adan.

Pegawai keselamatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 4 orang telah terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Semasa ditemuramah di pejabat berita Reuters, Syeikh Abdiasis Abu Musab, wakil jurucakap operasi ketenteraan As-Syabaab telah mengatakan bahawa,"Seorang Mujahid yang membawa bahan letupan memasuki hotel melalui kereta dan diikuti dengan dua pejuang bersenjata melepaskan tembakan bertubi-tubi."

Beliau turut menambah bahawa 32 tentera Somalia dan Kesatuan Afrika dikenalpasti telah tewas dalam operasi itu.  Hussein Nur, salah seorang warga lain di bandar Buuloburde menyatakan bahawa dia terdengar letupan di hotel Camalow, beberapa ketika itu bunyi tembak-menembak yang berlaku antara tentera dan Mujahidin As-Syabaab selama beberapa jam.

Tentera Kesatuan Afrika yang ditugaskan untuk menjejaki para Mujahidin As-Syabaab bersama pasukan Somalia, dilaporkan berada di lokasi hotel yang menjadi sasaran serangan.

Serangan itu adalah rentetan daripada rombongan tentera ibu negara Mogadishu pada hari yang sama, menyebabkan empat tentera Somalia terbunuh, salah seorang dari mereka adalah kapten tentera.


Sumber : Arrahmah.com
Continue reading →

Sunday, February 23, 2014

Kejadian Pesawat Terhempas di Ibu Negara Tunisia

Tunisia -  Salah seorang pegawai dalam kerajaan Libya dan 10 penumpang termasuk anak kapal terbunuh apabila pesawat tentera yang membawa pesakit perubatan terhempas di ibu negara Tunisia pada Jumaat semalam.

Pesawat Antonov Libya hilang kawalan dan terhempas selepas juruterbang cuba mendarat di kawasan tanah ladang berhampiran bandar Grombalia selatan Tunisia, agensi berita TAP Tunisia melaporkan.

"Sheikh Meftah Daouadi, wakil menteri di Kementerian Libya Syahid yang menjaga keluarga pejuang yang terbunuh pada tahun 2011 semasa revolusi di Libya merupakan salah seorang mangsa," kata seorang jurucakap untuk organisasi Bilik Operasi Revolusioner Libya.

Maklumat yang diperoleh tidak  jelas sama ada pejuang veteran yang terlibat dalam pemberontakan terhadap pemimpin Libya Muammar Gaddafi semasa Revolusi itu merupakan salah seorang pesakit, ataupun telah berada dalam kapal terbang yang disertakan salah seorang penumpang lain.

Enam orang anak kapal dan juga beberapa pesakit lain juga telah disahkan meninggal dunia, demikian lapor jurucakap Kementerian  Pertahanan Tunisia. Setakat ini, Libya sering melakukan perjalanan ke Tunisia untuk rawatan perubatan.

Kemalangan tersebut merupakan kali kedua yang  melibatkan kapal terbang tentera di Afrika Utara dalam tempoh dua minggu.  Sebuah pesawat tentera Algeria juga terhempas di kawasan pergunungan ketika cuaca buruk yang melanda pada 11 Februari lalu yang mana telah membunuh 77 orang akibat bencana udara terburuk negara itu sejak tempoh satu dekad. 

Sumber : Arab.News
Continue reading →

Wednesday, February 19, 2014

Pembantaian Umat Islam di Republik Afrika Tengah

Bangui, Afrika - Penduduk beragama Kristian di negara tersebut bersorak gembira dan berarak menaiki trak memenuhi jalan-jalan utama apabila ribuan umat Islam melakukan perpindahan beramai-ramai keluar daripada negara mereka Republik Afrika Tengah.



Namun pada masa yang sama, seorang lelaki telah terjatuh daripada trak dan kemudiannya dibunuh.

"Situasi di negara tersebut kini benar-benar berada dalam satu keadaan yang mengerikan dimana seluruh Bangui terutamanya, kawasan penempatan umat Islam dimusnahkan dan dikosongkan".  Demikian dilaporkan oleh Peter Bouckaert, Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia.

Eksodus atau perpindahan secara beramai-ramai tersebut berlaku setelah pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkata bahawa kemungkinan besar dijangka akan berlakunya perang yang melibatkan jenayah kemanusiaan di negara ini.

Fatou Bensouda berkata pada Jumaat lalu, keadaan orang awam di negara ini bertambah teruk dan membimbangkan sejak keganasan yang tercetus pada September 2012. Baru-baru ini pihak berkenaan telah menerima laporan berkaitan kezaliman melampau yang dilakukan terhadap umat Islam di sana.

Perpindahan tersebut melibatkan kira-kira 500 buah kereta,  termasuk lori dan motosikal. Konvoi tersebut diiringi oleh tentera bersenjata daripada wilayah Chad, jiran dan negara yang kebanyakannya mempunyai penduduk beragama Islam. Wartawan agensi berita AP tiba selepas dua bulan berlakunya keganasan di ibu negara yang mensasarkan kepada umat Islam atas tuduhan bersubahat dengan kerajaan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, perusuh yang terdiri daripada Kristian fanatik telah membakar masjid, membunuh serta mencederakan orang Islam.

Pada hari Rabu minggu lalu, salah seorang penduduk Afrika yang beragama Islam disyaki dan dituduh terlibat dalam pemberontakan tahun lepas telah diserang dan diseksa dengan pisau, dihempap dengan batu bata dengan tangan dan kaki terikat. Mayatnya kemudiannya diarak melalui jalan-jalan  sebelum ia dikerat dan dibakar oleh tentera.

"Bangunan yang dihuni oleh majoriti kaum muslim dimusnahkan dan segala harta mereka dirompak, meninggalkan hanya batu-bata dan bumbung.  Bahkan para perusuh berikrar untuk memusnahkan apa sahaja yang berkaitan dengan kewujudan Islam di negara ini."

Semasa perarakan tersebut, beberapa trak rosak sebelum mereka meninggalkan Bangui. Penumpang yang terpaksa berpindah ke trak lain dibaling dengan batu semasa keluar daripada kenderaan tersebut, mereka turut diancam dengan bunuh oleh orang ramai yang berada di sekeliling mereka.

"Puak Kristian menggesa umat Islam agar kembali kepada tempat asal kami datang, itulah sebabnya kami perlu keluar daripada negara ini ," kata salah seorang penduduk, Osmani Benui menyatakan sebab dia melarikan diri daripada Bangui.

CAR : Persimpangan Konflik

Berikutan konflik yang berlaku, masih adakah harapan baru untuk Republik Afrika Tengah dan Pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan krisis CAR ?

"Kami tidak mempunyai kemungkinan untuk kekal disini kerana kami tidak mempunyai perlindungan. ''

Republik Afrika Tengah adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Kristian, dengan perbezaan kuantiti yang agak besar berbanding penduduk Islam yang berada di utara berhampiran sempadan antara Sudan dan Chad. Walaupun kebanyakan mereka mempunyai hubungan dengan Chad, ramai umat Islam yang tinggal di ibu negara Afrika Tengah selama beberapa generasi.

Sejarah Pertumpahan Darah

Sebuah kumpulan muslim dari utara bersatu untuk menggulingkan Presiden Francois Bozize, yang telah berkuasa selama satu dekad, walaubagaimanapun masalah mereka adalah berkisar tentang politik dan ekonomi, bukan agama. Pecahan kumpulan bersenjata yang majoriti kaum muslim dikenali sebagai kumpulan Seleka telah dibantu oleh tentera upahan Chad dan Sudan ditubuhkan untuk menentang pemerintahan Fransoua Bozizi, mereka melakukan keganasan terhadap orang awam.

Manakala gerakan Kristian bersenjata dikenali sebagai anti- Balaka, dibantu oleh pengikut setia presiden yang telah digulingkan mula melakukan tindak balas beberapa bulan kemudian.

Pejuang Kristian yang cuba untuk menggulingkan kerajaan pemberontak Islam pada awal Disember telah mencetuskan pertumpahan darah yang pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan hampir daripada 1,000 orang mati dalam masa beberapa hari.

Jumlah sebenar yang terbunuh masih tidak diketahui secara tepat setelah berminggu-minggu berikutnya, kerana kebanyakan serangan pihak berkuasa Bangui berterusan mensasarkan umat Islam. Pemimpin pemberontak Islam yang mengambil alih kuasa Mac lalu telah mengambil tindakan untuk mengenepikan isu tersebut dan buat masa ini, negara diketuai oleh bekas Datuk Bandar Bangui iaitu Catherine Samba-Panza sebagai presiden interim.

Sumber : Al-Jazeera.Com
Continue reading →

Wednesday, February 5, 2014

UNRWA : Bantuan Kemanusiaan Untuk Kem Pelarian Yarmouk Terhad



Damsyik - Badan Kemanusiaan di bawah PBB (UNRWA), telah berjaya melancarkan bantuan kemanusiaan ke kem pelarian Yarmouk , yang terletak di sebelah selatan Damsyik. Walaubagaimanapun, dimaklumkan bahawa bantuan tersebut sangat terhad dan tidak mencukupi dengan keseluruhan kuantiti pelarian sebagaimana dimaklumkan oleh The Palestinian Information Center.

Laporan daripada PBB mengatakan bahawa bantuan berjaya tiba setelah berulang kali berusaha untuk memasuki kem Yarmouk iaitu setelah 204 hari pelarian menderita akibat kelaparan di kem yang terkepung. Antara bantuan kemanusiaan yang diagih adalah berbentuk bekalan sebanyak 3,709 paket makanan .

PBB menyeru kepada seluruh pihak yang terlibat dalam konflik negara tersebut untuk mengatur perancangan teliti dan melancarkan misi bantuan khusus kepada pelarian di kem Yarmouk dan seluruh daerah awam lain di Syria .

UNRWA menyatakan bahawa rata-rata pelarian di kem Yarmouk saban hari berisiko untuk meninggal kerana beberapa faktor antaranya kelaparan, kekurangan pemakanan dan penyakit. Kanak - kanak dan golongan tua adalah golongan majoriti yang berisiko manghadapi kematian.

UNRWA menyeru kepada masyarakat dunia untuk memberikan sumbangan kepada para pelarian Yarmouk melalui laman sosial atau pelbagai platfom yang lain. Pihak berkenaan  menegaskan bahawa $ 34 Dolar yang disumbangkan mampu menyelamatkan 5 ahli keluarga dan memberi mereka bantuan makanan selama dua minggu .

Pihak bertindak dalam kalangan warga Palestin yang berada di Syria melaporkan jumlah pelarian Palestin yang meninggal kerana kelaparan dan kekurangan gizi di kem Yarmouk meningkat sehingga 97 orang, setelah empat orang yang terbaru termasuk dua orang kanak-kanak pada hari Isnin lalu.

Sumber : Arrahmah.Com
Continue reading →

Friday, January 24, 2014

Selatan Sudan Menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata

Kerajaan dan pihak pembangkang negara Selatan Sudan bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata sebagai langkah  bagi menghentikan pertempuran yang telah berlangsung hampir lima minggu. Sehingga kini, ribuan askar dan orang awam terbunuh dalam keganasan yang berlaku.

Perjanjian damai yang ditandatangani di ibu Ethiopia Addis Ababa pada hari Khamis semalam dihadiri oleh beberapa wakil-wakil Presiden Salva Kiir dan Riek Machar, ketua pembangkang dan bekas naib presiden Selatan Sudan. Langkah pertama ini diambil sejak perubahan politik yang menyebabkan berlakunya keganasan pada 15 Disember.

Mediator dari Timur Afrika blok serantau IGAD, yang bertindak sebagai orang tengah rundingan damai menyatakan bahawa perjanjian itu dilaksanakan sebagai proses pengesahan dan pemantau bagi  gencatan yang bertindak menyalurkan maklumat kepada pekerja-pekerja bantuan.

Menurut laporan, kerajaan Kiir juga bersetuju untuk membebaskan 11 pegawai yang dikatakan bekerjasama dengan Machar yang ditahan kerana terlibat dalam pergolakan yang berlaku. Walaubagaimanapun, tempoh untuk pembebasan masih tidak diberikan buat semua tahanan.  Oleh itu, para tahanan telah menjadi antara faktor utama kedua-dua pihak melaksanakan rundingan damai tersebut.

"Kedua-dua perjanjian tersebut merupakan salah satu jalan yang terbaik bagi mengembalikan keamanan di negara ini," ujar  Tabari Deng Gai, ketua delegasi Machar ini. Perbincangan Peringkat Antarabangsa Deng Gai, merupakan salah seorang jeneral dalam tentera Selatan Sudan yang berpihak kepada pembangkang mengatakan bahawa beliau berharap perjanjian itu akan membuka jalan bagi perbincangan politik negara yang lebih serius bagi mencapai keamanan yang berterusan di Selatan Sudan. Dianggarkan hampir setengah juta penduduk telah melarikan diri daripada rumah mereka kerana pertempuran yang berlaku.

PBB Memberi Amaran Kepada Kedua-dua Pihak

Pergolakan yang berlaku telah mengancam industri minyak di Selatan Sudan, dimana para pekerja teknikal melarikan diri setelah para pemberontak menyerang dan mengawal buat beberapa ketika.

Gencatan senjata yang diumumkan oleh pesaing Selatan Sudan Nhial Deng Nhial, perunding bagi kerajaan Kiir, berkata rundingan Addis Ababa , yang telah mengheret selama tiga minggu, "tidak mudah" .

"Kami berharap agar dapat segera melaksanakan satu perjanjian yang dapat menamatkan pertumpahan darah," katanya. Akan tetapi beliau turut menyuarakan keraguan terhadap strategi  pihak pembangkang yang mana terdiri daripada para tentera yang berpaling tadah daripada kerajaan dan golongan etnik serta orang awam, kemungkinan besar mampu bagi menghentikan operasi perdamaian mereka.

"Apa yang membimbangkan kita adalah sama ada perjanjian tersebut akan berjalan lancar atau sebaliknya. Kami juga menyeru agar kumpulan yang menentang kerajaan menghentikan usaha mereka dan menolak politik yang menggunakan keganasan." Pada masa yang sama, Kolonel Philip Aguer iaitu jurucakap tentera telah memberi amaran bahawa kumpulan etnik Nuer Machar yang dikenali sebagai Tentera Putih sebenarnya tidak mahukan kedamaian.

"Riek Machar telah menggunakan kuasa untuk menentang SPLA (Tentera Selatan Sudan), jadi buat masa sekarang kita hanya perlu lihat apa yang akan berlaku," kata Aguer.

"Perang sebenarnya tidak membawa perkara kebaikan kepada negara, terutamanya perang yang tercetus bagi mendapatkan untuk kuasa dan kedudukan politik.

Laporan Pergolakan

PBB melaporkan kepada pihak media semalam, bahawa lebih kurang 76,000 orang awam dapat diselamatkan dan berada di kawasan perlindungan di 8 pangkalan di Selatan Sudan. PBB telah menerima laporan pertempuran berterusan di pelbagai lokasi di negara ini.

Sumber : Al-Jazeera
Continue reading →

Lelaki Yang Mengaku Nabi dijatuhkan Hukuman Mati



PAKISTAN - Sebuah mahkamah di bandar Rawalpindi, Pakistan , telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki setelah didapati bersalah kerana menyebarkan kesesatan. Mohamamd Asghar ( 65 ), seorang warganegara Inggeris yang berasal dari Pakistan, telah ditangkap pihak polis ketika berada di Sadiqabad kerana menulis surat yang mendakwa bahawa dirinya adalah seorang nabi, demikian dilapor oleh Khaama Press.

Asghar menerima hukumannya pada Jumaat hari ini, akan tetapi peguamnya telah memohon kepada pihak mahkamah agar diringankan hukuman ke atasnya kerana dikatakan mempunyai sejarah sakit jiwa, namun hal tersebut dibantah oleh pihak perubatan.

Mahkamah Rawalpindi juga menolak tuntutan bahawa Asghar mempunyai masalah psikologi, dan dia masih bertegas mengaku sebagai nabi semasa dalam perbicaraan di mahkamah.

"Bakhan Asghar mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang nabi di dalam mahkamah. Dia turut mengaku di hadapan hakim," Ujar Javed Gul, seorang pendakwa kerajaan, kepada AFP.

"Bahkan Asghar juga turut mengaku pada kad namanya," tambah Gul.

Di Pakistan, termaktub didalam undang-undang agama bahawa sesiapa sahaja yang atau menghina Islam akan dijatuhkan hukuman mati.

Sumber : Arrahmah.Com
Continue reading →

Thursday, January 9, 2014

120 Penerbangan Dibatalkan Setelah Pendaratan Cemas Kapal Terbang Madinah



Pihak berkuasa Penerbangan Awam membatalkan hampir 120 penerbangan domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Prince Mohammed di Madinah akibat daripada kejadian pendaratan cemas Saudi Arabian Airlines(Saudia) beberapa hari lalu.  Keseluruhan penumpang telah dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah bagi mengelakkan penangguhan selama tempoh hampir 24 jam di lapangan terbang Madinah untuk penerbangan yang seterusnya.

Seorang pegawai kanan di Saudi telah melaporkan bahawa syarikat penerbangan tersebut sebelum ini pernah mengajukan permohonan kepada Lembaga Penerbangan Awam ( GACA ) beberapa kali untuk membina landasan baru di lapangan terbang bagi mengelakkan penangguhan penerbangan terutama apabila berlaku kecemasan.

"Standard Penerbangan Antarabangsa menegaskan bahawa lapangan terbang antarabangsa panduan supaya membina lebih daripada satu landasan sebagai persediaan untuk kecemasan, "  menurutnya, GACA juga tidak memberi sebarang makluman atau sebarang tindak-balas positif kepada permintaan syarikat penerbangan itu. Kerajaan  Madinah telah menerima jumlah yang besar sehari selepas lapangan terbang tersebut dinaik-taraf untuk kemudahan antarabangsa, kata pegawai itu.

Atef Tasji; pengurus perhubungan awam di lapangan terbang, mengesahkan bahawa kira-kira 120 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan setelah GACA mengambil tindakan untuk menggantung penerbangan selepas kejadian pendaratan cemas . Dalam kejadian beberapa hari lalu, 29 penumpang dilaporkan cedera apabila kapal terbang SV2841 yang membawa 315 penumpang dan 16 anak kapal daripada laluan bandar Mashhad, Iran menuju ke Madinah melakukan pendaratan cemas. Sehingga kini hanya tiga orang yang cedera masih di hospital. Salah seorang daripada mereka adalah wanita yang masih dalam rawatan rapi, manakala dua yang lain dilaporkan stabil.

Sementara pada itu, Saudia juga menyediakan perkhidmatan limusin percuma kepada ramai penumpang untuk meneruskan penerbangan mereka dari lapangan terbang Jeddah. Yasser Farook, seorang warga Mesir, berkata: "Saya telah menempah penerbangan dari Madinah ke Kaherah pada hari Ahad lalu. Seorang pegawai Saudia memberitahu saya sama ada menunggu di lapangan terbang atau mengambil penerbangan dari lapangan terbang Jeddah ke Kaherah. Kemudiannya beliau menguruskan limusin untuk saya ke Jeddah."

Sumber : Arab News
Continue reading →

Monday, January 6, 2014

Masjid di China diserang, sekurang-kurangnya 14 terbunuh.


Serangan tiba-tiba tercetus ketikamana proses agihan dan mengedarkan makanan kepada para jemaah sedang dijalankan di masjid di rantau Ningxia, media kerajaan melaporkan.


Akibat serangan tersebut,  sekurang-kurangnya empat belas orang terbunuh manakala 10 orang lagi cedera. Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari pada Ahad semalam berlaku dengan mengejut sewaktu makanan tradisional sedang diedarkan kepada orang ramai yang menghadiri upacara memperingati seorang pemimpin agama, kata agensi berita Xinhua.

Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital dengan segera  dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. Sehingga kini, siasatan sedang dijalankan di masjid  tersebut yang terletak di bandar Xiji, kira-kira 320km barat laut Xian. Wilaya Ningxia merupakan rumah kepada minoriti kaum Hui yang berbahasa Cina, majoriti daripada mereka terdiri daripada kaum muslimin Islam tetapi berbeza dari segi adat berbanding etnik Uighur Xinjiang.

Sumber : Al-Jazeera
Continue reading →

Saturday, January 4, 2014

Kanak-kanak Menjadi Sasaran Keganasan Dalam Pergolakan Di Afrika



Kanak-kanak di Republik Afrika Tengah  menjadi sasaran dalam pergolakan semakin teruk yang didalangi kumpulan bersenjata. Salah seorang Pegawai Kebajikan Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut mengesahkan bahawa sejumlah kanak-kanak telah menjadi sasaran dan target pembunuhan dalam keganasan yang berlaku.

Kebimbangan semakin meruncing apabila melihat statistik yang terkorban telah meningkat secara mendadak kesan daripada pergolakan yang tercetus sejak rampasan kuasa pada Mac 2013 yang lalu.

Kenyataan terbaru daripada UNICEF pada 30 Disember lalu menerangkan mengenai serangan terhadap kanak-kanak telah berada dalam tahap yang kritikal apabila  mereka antara mangsa tegar termasuklah kes penyembelihan dan penyeksaan fizikal Sesetengah kanak-kanak menjadi mangsa peluru sesat dan serpihan bahan letupan dan ada antara mereka yang mudah mengalami kecederaan kerana kekurangan imuniti badan. Akan tetapi yang paling ketara adalah mereka yang mangsa dan ditembak tanpa sebab itu hanyalah mereka beragama Islam.

Ombretta Pasotti, wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak PBB (UNICEF) berkata, "Serangan terhadap kanak-kanak berada di tahap yang sangat membimbangkan, yang mana sehinggakini sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak terbunuh kerana dipenggal, dan salah seorang daripada mereka diseksa dari segi fizikal sehingga menyebabkan kecacatan."

Ombretta Pasotti yang turut bertanggungjawab dalam menyelaras kerja bagi pihak salah satu NGO Kecemasan Itali di hospital pediatrik di Bangui , mengesahkan kepada agensi berita AFP,  "Sebelum ini kanak-kanak menjadi mangsa ugutan, tetapi hari ini sebahagian daripada mereka menjadi sasaran keganasan secara langsung."

Sehingga kini, UNICEF telah mengesahkan 16 pembunuhan kanak- kanak sejak 5 Disember 2013 yang lalu, manakala 60 orang lagi remaja mangsa kecederaan dalam pertempuran yang tercetus antara orang Islam dan pemberontak majoriti terdiri daripadaKristian.

Justeru, UNICEF menyeru supaya menghentikan keganasan ini terutama melibatkan kanak-kanak, sebagai jaminan untuk kelangsungan institusi kesihatan dan pendidikan. Pada hari Jumaat semalam, agensi pelarian PBB (UNHCR)  menyatakan bahawa pertempuran yang berlaku sepanjang tempoh ini melibatkan hampir sejuta orang, iaitu  1/5 daripada penduduk negara ini. Dalam masa tiga minggu sahaja, hampir 370,000 orang telah dipindahkan ke kem sementara. Manakala kira-kira 100,000 penduduk telah melarikan diri ke sebuah tempat yang dikhususkan perkhemahan terletak di kawasan lapangan terbang.

Negara yang mempunyai kependudukan purata dalam 4.6 juta orang ini masih bertahan dalam pergolakan rampasan kuasa dan ancaman pemberontakan sejak kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1960.  Akan tetapi, perselisihan baru-baru ini yang melibatkan antara agama merupakan yang pertama tercetus dengan begitu teruk, berpunca ketidakpuasan hati majoriti Kristian terhadap kaum muslimin Seleka setelah berlakunya rampasan kuasa pada Mac tahun lepas.

Sumber :Al-Jazeera
Continue reading →

Bahrain Mendakwa Iran Terlibat Dalam Komplot Pemberontak

Bahrain telah mendakwa Pengawal Revolusi Iran menjadi dalang dalam mengkader pemberontak bagi menyerang kerajaan tersebut dari segi bentuk latihan dan senjata untuk melancarkan serangan dalam kerajaan Teluk, sehingga kini kerajaan turut mengumumkan pihak berkuasa Bahrain telah menahan lima suspek.

Ketua pendakwa raya; Osama al- Oufi menyatakan sumber daripada pusat perisikan bulan lalu telah melaporkan bahawa Ahmed Mahfuz Moussawi, yang kini tinggal di Iran disyaki terlibat dalam merancang operasi pengeboman pengganas yang mensasarkan institusi dan kawasan pentadbiran dan keselamatan negara itu.

"Dia juga dituduh menjejaskan keselamatan kerajaan, terlibat dalam keganasan terhadap rakyat awam, menganggu ketenteraman awam, menyebarkan huru-hara, dan mengggugat institusi kerajaan dalam melaksanakan urusan pentadbiran."

Dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita negeri BNA , beliau melaporkan setakat ini lima orang telah ditangkap dan mengakui terlibat dalam kumpulan yang merancang untuk melancarkan serangan pengganas. Mereka turut terlibat dengan latihan yang berpusat di Iran bertempat di kem-kem Pengawal Revolusi dan telah dibekalkan dengan sejumlah wang yang lumayan. "

Waran tangkap telah dikeluarkan untuk Moussawi dan sekumpulan mereka yang disyaki turut terlibat sama dalam latihan pemberontakan tersebut.  Ketua pendakwa melaporkan bahawa dua orang lelaki telah ditangkap ketika mereka berada di atas bot yang dipercayai digunakan untuk mengangkut senjata, peluru dan bahan letupan. Manakal tiga yang lain turut berjaya ditangkap.

Pada hari Isnin yang lalu, pihak berkuasa Bahrain berkata mereka telah merampas sebuah bot penyeludupan yang membawa bahan letupan dipercayai daripada Iran dan Syria diangkut ke negara ini.

Bahrain merupakan satu negara yang diperintah oleh pimpinan Islam Sunni tetapi mempunyai rakyat yang majoriti menganut aliran Syiah . Sebelum ini, kerajaan telahpun mengambil tindakan ke atas pemberontakan yang didalangi penganut Syiah yang berlaku pada tahun 2011

Serangan Bom

Semenjak revolusi yang digelar sebagai reformasi demokratik pada  2011, demonstrasi kerap diadakan di kampung-kampung yang dihuni penganut Syiah di sekitar ibu negara. Mereka dipercayai sering mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan. Menurut Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia, sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh di Bahrain sejak protes bermula. Manakala serangan bom acapkali berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk satu kes yang mana melibatkan sasaran bom ke masjid ke istana raja pada Julai tetapi tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Ketegangan semakin meningkat pada hujung minggu kerana pihak  berkuasa melancarkan siasatan ke atas pemimpin pembangkang atas antara pimpinan Syiah iaitu Ali Salman. Manakala Ketua utama Syiah blok Al- Wefaq telah dibebaskan setelah seharian, akan tetapi dikhuatiri akan berterusan menyebarkan agendanya menimbulkan kebencian antara penganut agama dan menyebarkan berita palsu yang akan membahayakan keselamatan negara.

Sumber : Al-Jazeera
Continue reading →

Friday, January 3, 2014

Turki Bertegas Untuk Menolak Sebarang Perbicaraan Pengampunan


ANKARA - Timbalan Perdana Menteri Turki mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai keputusan pihak kerajaan Turki bertegas menolak sebarang perbicaraan bagi pegawai-pegawai tentera yang dipenjara kerana disabitkan kesalahan berkomplot dalam menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Bulent Arinc menyatakan mengenai perkara tersebut sehari setelah beliau mendedahkan bahawa tentera Turki menuntut untuk melaksanakan semula perbicaraan bagi pegawai yang terbabit dalam kesalahan, menuduh pihak polis dan badan kehakiman mereka keterangan dalam dua kes berasingan.

"Tiada siapa yang terkecuali daripada peraturan yang telah ditetapkan ini,"Ujar Arinc kepada pemberita."Setakat ini pihak kerajaan tidak mempunyai sebarnag rancangan."

Walaubagaimanapun dia berkata bahawa hak untuk mengadakan perbicaraan yang adil adalah perlu dan merupakan tindakan yang  sepatutnya. Sejak tahun 2012 sehingga 2013, beratus-ratus  pegawai tentera termasuk bekas ketua tentera Ketua Ilker Basbug didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara dalam tempoh yang agak lama setelah disabitkan kesalahan berkomplot menggulingkan kerajaan.

Kuasa tentera walau bukan keseluruhan tetapi majoritinya sehingga kini masih mendominasi dan berpegang dengan prinsip sekular, bahkan sehingga kini tentera terlibat secara langsung dalam tiga siri rampasan kuasa sejak 1960 sehinggalah tertubuhnya sebuah kerajaan Islam bermula pada tahun 1997. Akan tetapi, sejak tahun 2002 Erdogan mengambil tindakan dengan membawa beberapa kes-kes mahkamah yang melibatkan tentera.

Kuasa tentera dilihat kembali apabila dikatakan turut terlibat dalam krisis politik yang tercetus berikutan siasatan rasuah yang melibatkan golongan berpengaruh. Secara tidak langsung telah mendedahkan perebutan kuasa dan pergolakan kembali antara Erdogan dan penyokong Fethullah Gulen yang mempunyai pengaruh dalam pasukan polis dan badan kehakiman.

Penasihat tertinggi Politik, Yalcin Akdogan telah mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang menolak tentera adalah mereka yang turut tidak bersetuju mengenai siasatan rasuah yang berlaku dalam kerajaan.

Sumber : Arab.News
Continue reading →

Thursday, January 2, 2014

8 orang Muslim Uighur Ditembak Mati Atas Tuduhan Sebagai Pengganas

XINJIANG - Pihak Tentera China di Xinjiang kembali melakukan kekerasan terhadap warga Muslim Uighur apabila menyebabkan sekurang-kurangnya 8 orang warga etnik Uighur ditembak mati atas
tuduhan menyerang pejabat polis dan menggelar mereka sebagai "pengganas" atau "muslim ektrimis".
Keganasan yang terbaru ini dilaporkan berlaku di wilayah Yarkand iaitu Kashgar.



Laman rasmi kerajaan Xinjiang mendakwa bahawa warga Uighur terbabit yang dituduh terlibat dalam
serangan pejabat polis baru-baru ini telah ditahan, 9 orang daripada mereka telah dikenal pasti dan didakwa sebagai "pengganas" yang membawa pisau serta bahan letupan.

"9 orang telah dikenal pasti terlibat menyerang sebuah pejabat polis pukul sekitar jam 6 pagi di wilayah Shache," demikian lapor Tianshan Net News."Dalam serangan itu, mereka memegang pisau,
melempar bahan letupan dan membakar kereta polis".

Laman tersebut juga mengatakan bahawa pihak polis telah mengambil tindakan " tegas " dengan menembak mati lapan orang, manakala seorang lagi ditangkap. Walaubagaimanapun kes serangan tersebut dipanjangkan untuk siasatan lebih lanjut.

Wakil polis daripada Jabatan Polis di wilayah Yarkand telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang ditembak mati terdiri daripada etnik Muslim Uighur. Berikutan kejadian serangan yang berlaku, pejabat polis berkenaan telah ditutup.

Dilaporkan bahawa puluhan Muslim Uighur di Xinjiang telah meninggal dunia akibat ditembak mati oleh pihak rejim komunis China dalam beberapa bulan terakhir tahun lalu atas tuduhan " keganasan" dan digelar sebagai "muslim ekstrimis", dimana tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan tanpa bukti serta perbicaraan yang kukuh dari mahkamah.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa China terhadap Muslim Uighur dengan menuduh kaum minoriti tersebut terlibat dalam keganasan dan melakukan pemberontakan ke atas kerajaan sehingga isu tersebut dibesar-besarkan dan menyebabkan penindasan terhadap etnik minoriti Muslim di Xinjiang semakin berleluasa.

Sumber : Arrahmah.com
Continue reading →

Monday, December 30, 2013

Akaun Geert Wilders di Sekat kerana Menghina Islam

AMSTERDAM - Google telah menutup akaun email seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders sebagai tindak balas kepada aduan para pengguna
mengenai tindakan ahli politik tersebut yang menimbulkan kontroversi tersebut yang telah menyalahgunakan kemudahan alam maya terutama melalui akaun Google untuk menyebarkan anti Islam.

"Sangat mengejutkan, pihak Google telah menyekat akaun saya. Nampaknya usaha Mohammed Rabbae telah berjaya, " Wilders membuat kenyataan tersebut melalui akaun twitternya semalam.

Status tersebut merujuk kepada aduan yang disampaikan oleh Rabbae yang bertindak sebagai salah seorang wakil Dewan Negara Maghribi yang mendakwa bahawa Wilders telah menyalahgunakan perkhidmatan Google. Tindakan Rabbae telah disokong aduan pengguna yang lain terhadap Wilders yang berani menerbitkan pelekat anti-Islam yang mengandungi tulisan menghina antaranya "Islam adalah sebuah agama pembohong", "Muhammad adalah seorang penjenayah", "Al- Qur'an adalah racun."

Walaupun pelekat tersebut jelas dicetak bertujuan menunjukkan penghinaan terhadap agama Islam, Wilders tetap mempertahankan dan mendakwa bahawa pelekat tersebut tidaklah bermaksud untuk menghina Ummat Islam.

Setelah akaunnya melalui Google dimatikan, Wilders telah melancarkan akaun baru dan membuka tempahan bagi sesiapa yang berminat pelekatnya . Wilders sebenarnya merupakan individu yang sering menimbulkan kontroversi dan terkenal kerana tindakannya yang secara terang-terangan menentang agama Islam dan Umat Muslim.

Dia juga menyebarkan provokasi supaya membenci Al-Quran dan menggambarkan kitab suci umat Islam tersebut sebagai "fasis".  Sehingga kini Wilders tidak berhenti berusaha untuk meneruskan  penghinaan terhadap Islam. Pada 2008 yang lalu, Wilders telah mengeluarkan sebuah filem dokumentasi durasi selama 15 minit yang  menuduh Al-Quran sebuah kitab yang menyeru kepada melakukan keganasan. Sebuah filem Wilders yang menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetus kemarahan serta protes dari Umat Islam di seluruh negara di dunia.

Sumber : Arrahmah.com
Continue reading →

Saturday, December 21, 2013

Sudan : Puluhan Terbunuh dalam Serangan Melibatkan CAR

Satu pertempuran telah meletus di Republik Afrika Tengah , dimana telah melibatkan hampir ratusan ribu orang awam. Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh, manakala puluhan yang lain lagi cedera dikejarkan ke hospital berdekatan dalam pertempuran yang berlaku antara etnik di ibu kota Bangui .

Dalam insiden tersebut, pasukan keselamatan cuba untuk menghalang kumpulan bekas pemberontak Seleka yang menggunakan senjata api dan akhirnya telah menyebabkan tiga orang daripada mereka terbunuh. Pada masa yang sama, seorang daripada pasukan keselamatan juga terbunuh.

"Tiada sesiapa yang mengetahui angka sebenar jumlah mangsa yang terbunuh atau cedera, akan tetapi suasana hospital dilaporkan  sangat sesak menyebabkan kekurangan kelengkapan untuk memberikan rawatan kepada mangsa." Wartawan Al Jazeera, Andrew Simmons melaporkan daripada kawasan kejadian.

Clavert Bettare, salah seorang rakyat tempatan telah memaklumkan bahawa pasukan keselamatan Afrika dan tentera Perancis telah dihantar dan cuba untuk meredakan protes yang berlaku, manakala pada waktu yang sama beberapa agensi bantuan turut berusaha untuk menyediakan bantuan bekalan asasi dan makanan untuk para pelarian.

Keganasan kembali meletus hanya setelah sehari waktu yang agak tenang di Republik Afrika Tengah. Protes yang berlaku berpunca daripada ketidak-puasan hati antara Kristian dan Muslim selama beberapa minggu lalu yang akhirnya mencetuskan persengketaan berdarah. Pihak yang bertelagah adalah antara pejuang Seleka yang terdiri daripada muslim (berasal dari negara Chad dan Sudan) dengan puak Kristian anti- Balaka , yang bermaksud "anti-parang" iaitu senjata pilihan untuk membantai minoriti Seleka .

Walaupun pihak antarabangsa telah berusaha untuk membendung krisis yang berlaku dalam negara namun tahap hidup masih berada dalam sara hidup yang terlalu rendahkerana kadar kemiskinan sangat meruncing, membawa risiko untuk terjadinya ketidak-serasian antara kaum.

Pada hari Jumaat semalam, sekumpulan lelaki memakai tanda salib telah menyerang masjid dan menggerudi dinding masjid sehingga menyebabkan runtuhan dan kemusnahan hampir separuh masjid.

"Kita tidak mahukan masjid di negara kita!"jerit Clavert Bettare, dengan senjata parang ditangan.

Malam sebelum kejadian, di kawasan penempatan Gobango telah berlakunya pertempuran antara pejuang kaum Muslim dengan Kristian apabila tentera Chad daripada pasukan keselamatan Kesatuan Afrika telah bertindak menembak secara rambang ke arah orang awam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hari Jumaat semalam menyatakan bahawa tentera Chad bertindak melepaskan tembakan setelah diserang dengan bom tangan oleh militia Kristian yang mana merupakan dalang menculik orang awam serta melakukan keganasan.

Kekejaman dan kemungkinan berlakunya pembunuhan beramai-ramai telah menyebabkan tindak balas antarabangsa yang akhirya mengerahkan hampir 1,600 tentera Perancis dengan kuasa-kuasa Afrika dari Chad , Congo, Equatorial Guinea, Burundi dan Gabon.

Sumber : Al-Jazeera
Continue reading →

Thursday, December 19, 2013

Ketua Polis Turki Dipecat Akibat Rasuah

ANKARA - Lima orang yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Turki telah disabitkan kesalahan dan dipecat, manakala puluhan orang termasuklah ahli keluarga para Menteri Kabinet telah ditahan dalam siasatan yang melibatkan individu berprofil tinggi disyaki terlibat dalam ke rasuah dan penipuan, sebagaimana dilaporkan pada Rabu semalam.

Serbuan polis telah dilaksanakan ke atas individu terbabit dan dengan kes pemecatan jawatan tersebut, ia membawa kesan yang besar dan mendorong kepada perpecahan antara penyokong parti Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan leboh-lebih lagi dalam suasana menjelang pilihan raya utama di Turki yang akan berlangsung pada tahun depan.

Operasi itu ternyata telah mengejutkan banyak pihak di seluruh negara. Pada masa yang sama, ia mendorong pihak pembangkang untuk memprotes agar kerajaan mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan untuk meletakkan jawatan.

"Kes ini merupakan skandal terbesar yang berlaku dalam sejarah republik itu," Ujar Engin Altay, wakil pembangkang Parti Rakyat Republik (CHP)."Oleh itu, Perdana Menteri juga mesti meletakkan jawatan."Tambahnya lagi.

Sekurang-kurangnya 50 orang telah ditahan semasa serbuan pada waktu subuh semalam. Mereka yang
terlibat disyaki dengan beberapa kesalahan termasuklah menerima dan memberi rasuah untuk proses projek-projek pembangunan dan mendapatkan permit pembinaan untuk kawasan-kawasan yang dilindungi dalam bentuk pertukaran wang, serta kes penyeludupan emas dan pengubahan wang haram; demikian menurut laporan media.

Anak-anak Menteri Dalam Negeri; Muammer Güler dan Menteri Ekonomi Zafer Caglayan bersama Menteri Alam Sekitar Erdogan Bayraktar telah ditahan bersama-sama dengan beberapa orang ahli perniagaan terkenal semasa serbuan dijalankan.

Sumber : Arab.News
Continue reading →

Wednesday, December 18, 2013

Rusuhan Akibat Tersingkir daripada Sukan Asia Tenggara

Penyokong bola sepak bagi pasukan negara Myanmar telah mencetuskan rusuhan dengan menyalakan api dan membuat beberapa kerosakan di dalam stadium setelah pasukan negara tersebut diumumkan terkeluar daripada Sukan Asia Tenggara. Insiden tersebut dilaporkan sebagai keganasan terbaru di negara ini setelah berlaku di Balastadat yang telah dihalang daripada bertanding Piala Dunia 2018 kelayakan kerana rusuhan oleh penyokong.

Kekalahan 1 - 0 ketika berdepan dengan Indonesia pada Isnin lalu telah membangkitkan kemarahan para penyokong yang akhirnya bertindak membaling batu kearah para pemain.

Tayangan video menunjukkan beberapa  peminat turun ke padang dan menyerag pemain manakala yang lain bertindak merosakkan papan tanda dan  memusnahkan kerusi plastik dalam kejadian yang berlaku di stadium di Yangon.

Pada masa yang sama, di luar stadium para peminat yang protes menyalakan api dan membakar papan iklan dan bendera Sukan Asia Tenggara. Mereka membaling batu kearah polis yang dilaporkan melepaskan gas pemedih mata.

Myanmar mempunyai penyokong yang ramai dan bersemangat tetapi pada masa yang sama mereka telah melakukan keganasan dan membawa kesan kurang baik pada pandangan orang ramai.

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA ) Myanmar telah membuat keputusan untuk membatalkan kelayakan Myanmar bagi menyertai kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung pada 2018 selepas berlakunya rusuhan para penyokong yang bertindak membaling batu dan botol air ke arah pengadil dan para pemain pasukan semasa perlawanan Asia di Amman, bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 yang ketika itu diadakan pada bulan Julai 2011 .

Sukan Asia Tenggara merupakan acara sukan utama yang pertama yang dihoskan oleh Myanmar setelah tempoh 44 tahun. Kejadian rusuhan yang berlaku dalam perlawanan semalam telah meninggalkan nama buruk bagi tuan rumah yang baru sahaja mengalami transformasi besar yang selepas berakhirnya pemerintahan tentera yang telah berlangsung selama hampir lima dekad dan berakhir pada tahun 2011 lalu.

Sumber : ANA News
Continue reading →

Friday, July 26, 2013

Kemalangan Kereta Api Di Sepanyol, Hampir 80 Orang Maut

Sepanyol -Kemalangan ini direkodkan sebagai kemalangan paling teruk di negara ini sejak beberapa dekad, dan pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kemalangan. Kereta api yang membawa 218 penumpang dan empat krew keretapi ini telah melebihi dua kali ganda kelajuan yang asal yang mana lokasi bermula Madrid menuju ke arah bandar pelabuhan Ferrol.

Salah seorang daripada penumpang yang terperangkap di dalam teksi berkata, pemandu kereta api tersebut telah mengambil selekoh dengan kelajuan 190 kilometer sejam. Perkara ini juga diberitahu oleh salah seorang penyiasat peristiwa kejadian kepada akhbar El-Pais. Had laju biasa trek kereta api adalah 80 kilometer sejam. Renfe turut berkata,"Kereta api itu tidak mempunyai masalah teknikal dan baru sahaja lulus pemeriksaan pada pagi kemalangan."

Sementara itu, Jurucakap Mahkamah Tinggi di Galicia berkata kepada agensi berita AFP bahawa mereka akan mendakwa pemandu terbabit.

Agensi Hospital Melaporkan :

Menteri Kesihatan, Rocio Mosquera  berkata "Kira-kira 95 penumpang cedera berada di hospital dan angka kematian akan meningkat dari angka yang dilaporkan."

Sebuah video yang sempat merakam kemalangan tersebut yang berlaku di Santiago de Compostela, menunjukkan kereta api pada keluk sebagai gerabak di tengah telah bertembung dengan kereta api daripada landasan yang berlawanan menyebabkan berlakunya insiden yang dahsyat.

Beberapa saksi lain menyebut bahawa kemalangan ini menghasilkan satu letupan kuat, manakala pegawai penyiasat menolak keganasan sebagai punca kejadian ini.

"Saya mendengar satu letupan yang kuat sewaktu berada di rumah. Tiba-tiba satu kepulan asap yang tebal muncul dari tempat kejadian," kata Maria Teresa Ramos, 62 tahun yang tinggal berhampiran tempat kejadian.
 
Perdana Menteri Melawat Tempat Kejadian:

Mariano Rajoy, Perdana Menteri Sepanyol yang berasal dari Santiago de Compostela telah melawat tempat kejadian dan mengisytiharkan tiga hari berkabung manakala King Juan Carlos dan Putera Mahkota Felipe membatalkan lawatan mereka ke tempat kejadian.

"Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang telah meninggal dunia, yang mana kejadian ini mengorbankan ramai nyawa." kata Rajoy.

Kemalangan kereta api merupakan bencana terburuk di negara ini yang berlaku sejak 1944, apabila beratus-ratus nyawa terkorban dalam perjalanan keretapi yang membawa penumpang dari Madrid dan Galicia.

Sumber : Al-Jazeera.net
Continue reading →

Wednesday, May 11, 2011

Kembalikan Kredibiliti Islam di Timur Tengah

Tahun 2011 merupakan tahun yang tercatat dalam sejarah dunia sebagai tahun kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Revolusi kebangkitan masyarakat Arab telah membuka mata dunia akan hakikat dan realiti corak dan adunan demokrasi sebenar pemimpin di negara Arab. Masyarakat Arab telah menunjukkan taring dan bisa tanpa sekelumit ketakutan, puluhan tahun dek makan keturunan memendam keperitan dan muak akan tindasan, kongkongan, tekanan terhadap rejim pemerintah. Revolusi timur tengah seolah berangkai, dari Tunisia, Algeria, Lubnan hingga ke Mesir. Keberanian rakyat Tunisia dalam merubah corak pemerintahan yang baru sebenarnya hanyalah sebuah permulaan. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang berpusat di Kaherah Mesir turut menyaksikan gelombang kemarahan rakyat Mesir khususnya terhadap rejim pemerintah Mubarak.

TEKANAN PUNCA KEBANGKITAN

Tunisia bergerak dengan sistem pemerintahan sekular sejak kemerdekaan dari jajahan Perancis pada tahun 1956. Zine al-Abidine Ben Ali menunjukkan lagak positif sejak awal pentadbiran beliau pada tahun 1987. Beliau memperkenalkan kebebasan akhbar, dan membebaskan beberapa dari kalangan ahli politik. Namun disebalik perubahan hanyalah kekaburan semata. Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa tidak membiarkan mereka yang lantang melawan dasar pembawakan kerajaan, terutama dari kalangan aktivis ‘human rights’(hak asasi manusia). Sekular masih tegar dan menjadi pusaka pemerintah negara itu. Pihak pembangkang pernah membantah dan mengutuk terhadap tindakan Zine al-Abidine merombak perlembagaan semata-mata untuk menjalankan pemilihan semula pada tahun 2004 dan pada tahun 2009. Sudah memadai 99.9% kemenangan sasaran pihak pemerintah. Rakyat tidak sepenuhnya mendapat mandat dalam demokrasi piliharaya. Di Mesir, peranan dari segenap golongan menjadikan negara tumpuan dalam revolusi. Kebangkitan dari golongan muda menjadi tulang belakang kebangkitan dan kesedaran kepada seluruh masyarakat Mesir. Jika diimbas kembali, sebelum berlakunya revolusi Mesir, Mesir mengalami krisis keagamaan antara masyarakat Islam dan al-Masih (Kristian). Ketegangan berlaku selepas kejadian kes pengeboman di sebuah gereja di Iskandariah pada malam sambutan tahun baru 2011 yang membabitkan 21 kematian. Namun, segalanya berubah selepas bermulanya ‘day anger’ dari yang muda, tua, golongan professional dan intelek, kaum wanita, fakir miskin, penganggur, kakitangan kerajaan, pembangkang mahupun parti kerajaan, pelajar dan graduan, samada Islam atau Kristian, mereka berganding dan sedia berkorban dalam memastikan pemerintahan rejim Mubarak jatuh setelah 30 tahun kuasa ber-autokratik.

KONGKONGAN UNDANG-UNDANG

Mesir dikelaskan tempat ke-98 antara negara yang tercorot dalam membanteras anti-korupsi yang dicatatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kajian tahun 2010. Sejak peralihan kuasa dari bekas Presiden Anuar Sadat yang mati dibunuh tahun 1981, undang-undang darurat 1958 masih diguna pakai. Tafsiran undang-undang ini sahaja sebenarnya telah menunjukkan secara keseluruhan corak pemerintahan kuku besi Husni Mubarak. Antara fasal yang digesetkan ialah : kuasa polis dilanjutkan. Hak perlembagaan ditangguhkan. kawalan (maklumat) digesetkan, kerajaan akan memeranjakan individu tanpa batas waktu dan tanpa alasan. Undang-undang menyekat aktiviti politik selain politik dari kerajaan, termasuk demontrasi dijalanan, organisasi politik yang tidak diiktiraf, dan undang-undang sumber kewangan tidak akan didaftarkan(sumber luar). Kerajaan Mubarak telah menyebutkan ancaman keganasan dalam rangka untuk melanjutkan undang-undang darurat tersebut, undang-undang penahanan aktivis tanpa reman. Undang-undang sita secara tersembunyi tanpa didokumenkan, termasuk universiti, masjid, kakitangan surat khabar berdasarkan kecenderungan politik mereka. Serta banyak lagi ketetapan yang membuktikan rejim Mubarak takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

CENGKAMAN PIHAK BERKUASA

Dalam lima tahun lalu, rejim Mubarak menafikan tuduhan dari organisasi hak asasi dari dalam dan luar Negara terhadap kekejaman pihak polis terutamanya ketika penahanan reman dibuat. Penyeksaan yang dilakukan pihak Polis terbukti setelah terdapat video rakaman yang telah disebarkan dan ternyata pihak kerajaan tidak dapat menafikan lagi. Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Mesir) mencatatkan 30 kes penyeksaan/dera tahanan selama tahun 2009 dalam pelbagai uji coba terdakwa dugaan bahawa polis menyeksa mereka selama soal siasat Mereka(Polis) demi untuk mengekstrak maklumat mahupun pengakuan, penyeksaan sehingga membawa kematian telah diketahui umum. Kerahan pasukan Polis berpakaian preman yang dibayar oleh pemerintah berkuasa Mubarak, Baltageya (Arab: بلطجية), telah menjadi ciri khas dari kerajaan Mubarak, Pertubuhan Hak Asasi Manusia(Mesir) telah merekodkan 567 kes penyiksaan termasuk 167 kematian oleh polis yang terjadi antara tahun 1993 dan 2007. Pada tarikh 6 Jun 2010 Khaled Mohamed Saeed meninggal dunia dalam keadaan pergaduhan di kawasan Sidi Gaber, Alexandria. Beberapa saksi membuat pengakuan bahawa Saed dipukul sampai mati oleh pihak Polis. Jika nak dibandingkan dengan negara-negara arab yang lain, sistem pihak berkuasa Polis di Mesir lebih menakutkan lebih-lebih lagi dengan kewujudan Penjara ‘kes politik’. Berbeda dengan Tunisia, pihak Polis secara terang-terangan menyatakan tidak puas hati terhadap birokrasi dalam melaksanakan undang-undang terhadap rakyat. Sekurang-kurangnya, 2000 anggota polis perlbagai jabatan, peguam, hatta pegawai-pegawai bomba. Mereka turut ingin menjadi sebahagian dari revolusi.

PENIPUAN PILIHANRAYA

Pemilihan yang didasari rasuah, pemaksaan untuk tidak memilih, dan manipulasi keputusan pilihan raya telah banyak terjadi selama pemilihan selama 30 tahun. Sehingga tahun 2005, Mubarak adalah satu-satunya calon yang dicalonkan sebagai Presiden, samada ia dibantah mahupun tidak. Mubarak telah memenangi pemilihan kerusi Presiden lima kali berturut-turut dengan menyapu bersih majoriti. Kumpulan-kumpulan pembangkang dan agensi-agensi pemantau pilihanraya antarabangsa telah menyatakan bahawa pemilihan di Mesir adalah diragui ‘kebersihannya’. Badan-badan ini tidak dibenarkan untuk menjadi badan bebas dalam memantau pilihanraya. Seorang calon pembangkang Ayman Nour tampil berani dan pertama dalam sejarah Mesir untuk bertanding kerusi Presiden baru-baru ini, beliau telah dipenjarakan sebelum pilihan raya 2005. Menurut tinjauan PBB, penyertaan pemilih sangat rendah (sekitar 25%) kerana kurangnya kepercayaan dalam sistem pilihanraya yang korup.

MEMBURUKKAN IMEJ AGAMA SENDIRI

Negara-negara arab Timur Tengah dasarnya menunduk dan menjadikan barat sebagai ikutan dan rujukan mereka. Namun, disebalik ikutan tersebut, dalam hal berkenaan demokrasi, mereka lebih teruk dan sangat kotor permainan mereka kepada rakyat. Mengapa dalam hal demokrasi mereka tidak boleh menjadikan barat sebagai ‘rujukan’ mereka. Barat berjaya memukau untuk dijadikan ‘role model’ dari seluruh dunia, memreka membuktikan bahawa merekalah yang sangat baik dalam demokrasi. Pemimpin negara arab Timur Tengah realitinya memalukan agama Islam mereka sendiri, pemerintahan mereka telah membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam sangat lemah dan kotor memimpin negara. Islam sudah tidak lagi pandai untuk menjaga kuasa. Masyarakat celik dan memuji-muja akan negara barat terhadap pukauan demokrasi mereka. Masyarakat perlu akui, walau apapun niat jahat mereka(barat) dalam bertopengkan demokrasi, tetapi mereka jugalah yang betul-betul melaksanakan demokrasi berbanding pemimpin Islam di Timur Tengah. Amat sukar untuk mempercayai bahawa umat islam sendiri telah menjatuhkan aib dan kredibiliti Islam untuk memimpin negara. Makanya, masyarakat akhir sekali akan menuntut, dahaga dan berhajat akan ajaran-ajaran dari dunia barat. Rakyat mula positif dengan setiap tindak tanduk negara-negara barat. Masyarakat sudah tidak lagi meragui akan agenda dan konspirasi negara berkuasa dunia itu. Rakyat era revolusi ini moga-moga menunjukkan anjakan paradigma dalam sistem birokrasi memerintah. Dan semoga Islam dikembalikan kepercayaan pada mata dunia.

Imej Kredebiliti Islam itu sekarang ini terletak diatas tangan rakyat dan pemimpin selepas era revolusi ini.

Sumber: Portal Rasmi HEWI PMRAM
Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook