Tunisia - Salah seorang pegawai dalam kerajaan Libya dan 10 penumpang termasuk anak kapal terbunuh apabila pesawat tentera yang membawa pesakit perubatan terhempas di ibu negara Tunisia pada Jumaat semalam.
Pesawat Antonov Libya hilang kawalan dan terhempas selepas juruterbang cuba mendarat di kawasan tanah ladang berhampiran bandar Grombalia selatan Tunisia, agensi berita TAP Tunisia melaporkan.
"Sheikh Meftah Daouadi, wakil menteri di Kementerian Libya Syahid yang menjaga keluarga pejuang yang terbunuh pada tahun 2011 semasa revolusi di Libya merupakan salah seorang mangsa," kata seorang jurucakap untuk organisasi Bilik Operasi Revolusioner Libya.
Maklumat yang diperoleh tidak jelas sama ada pejuang veteran yang terlibat dalam pemberontakan terhadap pemimpin Libya Muammar Gaddafi semasa Revolusi itu merupakan salah seorang pesakit, ataupun telah berada dalam kapal terbang yang disertakan salah seorang penumpang lain.
Enam orang anak kapal dan juga beberapa pesakit lain juga telah disahkan meninggal dunia, demikian lapor jurucakap Kementerian Pertahanan Tunisia. Setakat ini, Libya sering melakukan perjalanan ke Tunisia untuk rawatan perubatan.
Kemalangan tersebut merupakan kali kedua yang melibatkan kapal terbang tentera di Afrika Utara dalam tempoh dua minggu. Sebuah pesawat tentera Algeria juga terhempas di kawasan pergunungan ketika cuaca buruk yang melanda pada 11 Februari lalu yang mana telah membunuh 77 orang akibat bencana udara terburuk negara itu sejak tempoh satu dekad.
0 comments:
Post a Comment