Wednesday, December 21, 2011

PULUHAN MEMBANTAH PERBICARAAN DITANGGUHKAN DI ISKANDARIAH



Puluhan orang yang merupakan saudara mara kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi 25 Januari lalu berkumpul di hadapan Mahkamah Jenayah Iskandariah. Mereka melakukan bantahan terhadap keputusan penangguhan perbicaraan suspek yang dituduh mencederakan dan membunuh penunjuk perasaan.

Agensi berita MENA melaporkan penunjuk perasaan juga mengutuk penangguhan perbicaraan terhadap pegawai-pegawai keselamatan yang dituduh mendera seorang ahli Salafi, Sayed Bilal sehingga mati dan pertempuran yang berlaku secara berterusan diantara penunjuk perasaan dan pihak tentera di pusat bandar Kaherah.

Isnin lalu, mahkamah jenayah telah memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes Bilal dan suspek yang dituduh membunuh penunjuk perasaan pada tarikh 23 Feb dan 20 Mac.

Kedua-dua perbicaraan dijangka berlaku pada hari Selasa.

Mahkamah menetapkan keputusan tersebut dengan mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang bertanggungjawab melindungi mahkamah sibuk mengawal pilihanraya pusingan kedua pemilihan Majlis Parlimen.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk menuntut supaya menamatkan tempoh peralihan dan penyerahan kuasa kepada wakil rakyat yang telah dipilih. Mereka juga mengutuk keganasan pihak polis terhadap penunjuk perasaan.

Jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil untuk melindungi mahkamah, dibimbangi akan berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dengan penunjuk perasaan. Tiada tentera atau polis hadir di luar mahkamah.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Olahan sumber: Al Masry Al Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook