Showing posts with label Isu Mesir. Show all posts
Showing posts with label Isu Mesir. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Mesir : Hukuman Mati Untuk 183 Orang Yang Terlibat Dalam Pembunuhan Polis 2013

Mahkamah Mesir telah mengesahkan hukuman mati untuk 183 penyokong Ikhwan Muslimin yang terlibat dalam tuduhan membunuh pegawai polis pada tahun 2013. Ia juga merupakan salah satu tindakan daripada pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan IM di Mesir. 


Mereka yang telah disabitkan atas tuduhan pembunuhan anggota polis di bandar Kardasa pada bulan Ogos 2013 adalah mereka yang terlibat semasa pergolakan diantara tentera Mesir dan bekas Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi.

Pada bulan Disember yang lalu, mahkamah telah mengeluarkan keputusan awal terhadap 188 defendan dalam perbicaraan besar-besaran, yang mana dua daripada mereka telah dibebaskan pada hari Isnin manakala satu daripadanya dijatuhi hukuman 10 tahun penjara. Manakala pertuduhan terhadap dua lagi defendan yang lain digugurkan selepas mahkamah mendapati bahawa mereka telah mati.

Serangan itu berlaku ketika mana pasukan keselamatan  dibongkarkan dengan kes dua kem bantahan besar-besaran menyokong Morsi di Kaherah serta membunuh ratusan penunjuk perasaan dalam pertempuran.

"Daripada bukti-bukti yang diberikan, hakim membuat keputusan secara rambang dan pukal tanpa mengambil kira piawaian perbicaraan yang adil," katanya.

Pada bulan April 2014 yang lalu, Mesir dikejutkan apabila mahkamah memutuskan seramai 683 orang dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan.

Sumber : Al-Jazeera
Continue reading →

Tuesday, November 25, 2014

As-Sisi : Mesir Bersedia Menjadi Pelindung Israel

Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi memberitahu kepada salah sebuah akhbar Itali bahawa negaranya bersedia untuk menghantar tentera ke Palestin bagi menjamin keselamatan Israel dan bekerjasama menentang keganasan.



Dalam satu temu bual dengan akhbar Itali Corriere della Sera, AS-Sisi berkata: "Kami bersedia untuk menghantar pasukan tentera ke Palestin Mereka bagi membantu polis tempatan dan memberi jaminan kepada Israel."

Menurut Reuters, As-Sisi menambah dalam kenyataannya bahawa beliau telah bercakap tentang idea ini 'panjang lebar' dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.

As-Sisi mengetuai tentera rampasan kuasa Julai 2013 yang menggulingkan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi Mesir, Dr Mohamed Morsi. Sejak itu, kerajaan Mesir telah berjaya mengekang gerakan Ikhwanul Muslimin, dan menjadi dalang pengepungan Israel di Palestin di Semenanjung Gaza dengan menutup penyeberangan Rafah Sempadan bagi meningkatkan tekanan terhadap gerakan perlawanan Islam Hamas, yang merupakan sekutu Ikhwanul Muslimin.

Sumber : Middle East Monitor (MEMO)
Continue reading →

Saturday, October 25, 2014

Mesir Isytihar Darurat di Sinai

Mesir telah mengisytiharkan darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai selepas serangan bom kereta berani mati sehingga menyebabkan 30 orang askar terbunuh.


Proses pengisytihan Darurat ini bermula pada hari Sabtu pada jam 3.00 petang waktu Mesir dan dijangka berlanjutan sepanjang tiga bulan," kata Presiden Abdel Fattah el-Sisi dalam satu kenyataannya di media Mesir.

Tempoh berkabung selama tiga hari telah diisytiharkan di seluruh kawasan, manakala perintah berkurung telah ditetapkan bermula pada 07.00 malam sehingga 07.00 pagi di kawasan yang diliputi oleh kawasan perisytiharan darurat, menurut media tempatan.

Kejadian bermula apabila serangan berlaku di sebuah pos pemeriksaan tentera di Karm al-Qawadeis, barat daya Sheikh Zuweid di Sinai.

Menurut sumber, kumpulan yang diserang adalah dikalangan prajurit sedang berehat di dalam khemah-khemah mereka. Media kerajaan melaporkan bahawa 28 orang lain cedera, dan beberapa di antaranya berada dalam keadaan kritikal.

Tiga lagi anggota keselamatan Mesir terbunuh dalam serangan yang berasingan di pusat pemeriksaan berdekatan al-Arish. Namun maklumat yang diperolehi dijelas sama ada orang yang mati adalah tentera atau polis.

Media tempatan berkata presiden juga memerintahkan mesyuarat Majlis pertahanan negara kerajaan Mesir diadakan berikutan letupan yang berlaku.

Majlis itu terdiri daripada Perdana Menteri, ketua parlimen, menteri pertahanan dan panglima angkatan bersenjata Mesir dan dipengerusikan oleh presiden.

Dalam temu bual dengan Al Jazeera, Peter Bechtold, bekas pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, berkata kemarahan baru di rantau ini tercetus berikutan penyingkiran dan pemenjaraan Dr Muhammad Morsi.

Serangan itu adalah salah satu tindakan yang digunakan untuk menunjukkan kepada kerajaan kudeta As-Sisi sejak bulan Julai tahun lalu selepas mana Dr Morsi digulingkan dari jawatan presiden.

Ratusan anggota tentera dan polis telah terbunuh dalam serangan sejak tahun lalu.

Sumber : Al-Jazeera

Pesanan :

Kita PMRAM menasihati kepada seluruh warga Malaysia yang berada di bumi Mesir ini agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di luar premis masing-masing. Diminta untuk mengikuti pekeliling yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
Continue reading →

Wednesday, June 18, 2014

Kementerian Dalam Negeri Mesir Mengharamkan Slogan Agama Di Kenderaan

Pasukan keselamatan Mesir akan mengadakan operasi bagi mengeluarkan pelekat yang ditampal secara meluas iaitu "Adakah anda memuji Rasulullah (Muhammad) hari ini?", Timbalan Menteri Dalam Negeri Hal Ehwal Media Abdel-Fattah Osman berkata dalam satu temu di televisyen pada hari Ahad. 


Kata-kata yang tersebar luas ini berada di kereta dan kedai yang jelas meminta agar berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW.

Bercakap kepada hos TV Amr Adeeb dalam program TV Al-Qahera Al-Youm, Osman berkata, ini bukan kali pertama kementerian dalam negeri melancarkan kempen menentang sepanduk atau pelekat mengkhianati anutan agama bahkan ia boleh membawa kepada "kecenderungan mazhab".

Osman berkata, bagaimanapun, tidak ada sepanduk sekalipun, agama atau sebaliknya, akan dibenarkan diletakkan di kenderaan. "Tiada apa-apa melainkan plat lesen sahaja," katanya.

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan keras yang berterusan ke atas kumpulan-kumpulan Islamis yang setia kepada Presiden yang digulingkan, Dr Mohamed Morsi yang berasal dari Ikhwanul Muslimin. Beribu-ribu daripada mereka telah ditangkap dan ratusan daripadanya telah terbunuh dalam pertempuran sejak Ogos lepas.

Serangan militan juga telah meningkat terhadap anggota keselamatan, meninggalkan lebih 500 terbunuh sejak penggulingan Dr Morsi.

Sumber : AhramOnline

Continue reading →

Wednesday, March 19, 2014

Pertempuran Baru Tercetus di Kaherah.



Pertempuran baru tercetus antara tentera Mesir dan kumpulan bersenjata di wilayah Qalyubia menyebabkan kolonel dan anggota tentera telah terbunuh, demikian lapor Kementerian Dalam Negeri di negara ini.

Tembak-menembak selama beberapa jam meletus setelah beberapa orang pegawai tentera cuba untuk menyerang rumah yang didakwa sebagai kediaman sekumpulan mujahidin yang dikenali sebagai Ansar Baitul Maqdis bertempat di rantau Delta Nil, utara Kaherah.

Dalam pertempuran tersebut, sekurang-kurangnya lima anggota kumpulan bersenjata telah dibunuh, kata kementerian itu. Kumpulan itu telah didakwa bertanggungjawab untuk beberapa serangan dahsyat sebelum ini. Lebih daripada 200 anggota polis dan tentera terlibat sejak kejadian penggulingan Presiden Mohamed Morsi pada bulan Julai tahun lalu.

Kebanyakan serangan telah berlaku di Semenanjung Sinai, yang mana didakwa sebagai tempat utama kumpulan mujahidin diasaskan.

Antara pegawai yang terbunuh dalam serbuan terbaru itu adalah pakar pemusnah bom yang mengambil bahagian dalam operasi bersama kumpulan polis, lapor salah seorang tentera. Diberitakan bahawa satu kuantiti besar bahan letupan telah ditemui di salah satu tempat yang disyaki tempat persembunyian kumpulan tersebut. Kementerian Dalam Negeri turut mendakwa bahwa pejuang telah menggunakan tali pinggang
yang dilekatkan bahan letupan semasa konfrontasi.

Tempat berkenaan terletak berhampiran Delta Nil bandar Al-Qanatir Al-Khayriya , kira-kira 30km dari Kaherah disyaki menjadi pusat yang digunakan untuk membuat bahan letupan, kata kementerian dalam negeri .

Sehingga kini, serangan ke atas pasukan keselamatan telah merebak ke ibu negara dan di tempat lain di Delta Nil.  Pada hari Sabtu lalu, lelaki bersenjata tidak dikenali bertindak menembak mati enam askar di pusat pemeriksaan tentera di utara Kaherah dan meletakkan bom ke sasaran balas pertama sebelum melarikan diri tempat kejadian. Manakala bom-bom yang dipasang sekitar sempat dikesan dan dimatikan.

Sumber : Al-Jazeera
Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook