Wednesday, June 18, 2014

Kementerian Dalam Negeri Mesir Mengharamkan Slogan Agama Di Kenderaan

Pasukan keselamatan Mesir akan mengadakan operasi bagi mengeluarkan pelekat yang ditampal secara meluas iaitu "Adakah anda memuji Rasulullah (Muhammad) hari ini?", Timbalan Menteri Dalam Negeri Hal Ehwal Media Abdel-Fattah Osman berkata dalam satu temu di televisyen pada hari Ahad. 


Kata-kata yang tersebar luas ini berada di kereta dan kedai yang jelas meminta agar berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW.

Bercakap kepada hos TV Amr Adeeb dalam program TV Al-Qahera Al-Youm, Osman berkata, ini bukan kali pertama kementerian dalam negeri melancarkan kempen menentang sepanduk atau pelekat mengkhianati anutan agama bahkan ia boleh membawa kepada "kecenderungan mazhab".

Osman berkata, bagaimanapun, tidak ada sepanduk sekalipun, agama atau sebaliknya, akan dibenarkan diletakkan di kenderaan. "Tiada apa-apa melainkan plat lesen sahaja," katanya.

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan keras yang berterusan ke atas kumpulan-kumpulan Islamis yang setia kepada Presiden yang digulingkan, Dr Mohamed Morsi yang berasal dari Ikhwanul Muslimin. Beribu-ribu daripada mereka telah ditangkap dan ratusan daripadanya telah terbunuh dalam pertempuran sejak Ogos lepas.

Serangan militan juga telah meningkat terhadap anggota keselamatan, meninggalkan lebih 500 terbunuh sejak penggulingan Dr Morsi.

Sumber : AhramOnline

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook