Showing posts with label Isu Syria. Show all posts
Showing posts with label Isu Syria. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Damsyik : 5 Jurutera Nuklear Dibunuh


BEIRUT: Seorang lelaki yang tak dikenali identitinya menyerang lima jurutera nuklear ketika  mereka berada di dalam bas di utara Damsyik, berhampiran pusat penyelidikan di mana mereka bekerja.



"Penyerang tidak dikenali itu telah membunuh lima jurutera tenaga nuklear yang bekerja di pusat penyelidikan saintifik berhampiran kawasan jiran Barzeh, utara Damsyik," kata pengarah Observatori Rami Abdel Rahman.

"Tidak dapat dipastikan sama ada bas yang mereka naiki telah terkena bom, atau dengan tembakan," kata Abdel Rahman kepada AFP.

Pada bulan Julai tahun lalu, enam orang yang bekerja di pusat yang sama telah terbunuh dalam serangan mortar dilakukan oleh pemberontak demi mencari punca penggulingan Presiden Bashar Assad.

Satu lagi pusat penyelidikan tentera, juga di Damsyik, telah diserang sehingga menyebabkan kematian pada Mei 2013.

Sumber : Arab News
Continue reading →

Friday, May 9, 2014

Syiah di Iran Persiapkan 130,000 Tentera Untuk Perang Di Syria

IRAN - Fars News Agency , yang diselenggara oleh Kesatuan Pengawal Revolusi Iran atau 'Iranian Revolutionary Guards Corps' (IRGC) telah menerbitkan sebuah artikel yang memaparkan sebuah kenyataan oleh bekas komander IRGC Hussein Hamedani, beliau mengatakan bahawa sehingga kini, Iran memiliki hampir 130,000 tentera terlatih yang bersedia pada bila-bila masa sahaja akan menyerang Syria walaupun warga Iran yang sudah sedia ada di sana membantu rejim Basyar Al-Assad.



Menurut Hamedani, pihak tentera Syiah di Syria sebenarnya sedang mengawal keseimbangan kuasa di negara yang bergolak tersebut. Dia menjelaskan bahawa Syiah Iran telah membentuk tentera Hizbullah kedua di Syria.

Pejabat berita tersebut kemudian mengeluarkan keluaran itu . Iran sebelum ini telah berusaha keras untuk menafikan penglibatan besar tentera mereka di Syria .

Dalam laporan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, bekas komander Syi'ah itu mendakwa bahawa setiap wilayah di Iran telah mengambil bahagian dalam menyokong IRGC dan Pasukan Pertahanan yang dibentuk oleh Syiah Iran di Syria.

Hamedani juga mendedahkan mengenai proses pengkaderan tentera yang berlaku di bandar-bandar Syria jyga dilaksanakan sebagaimana pasukan Basij di Iran.

( banan / Ar.rahmah.com )

Continue reading →

Monday, February 24, 2014

170 Tentera Rejim Tewas Dalam Pertempuran di Qunaitirah

QUNAITIRAH - Pasukan rezim Nusairiyah dan militia Syiah telah melancarkan satu Operasi Ketenteraan melibatkan skala besar dalam tempoh beberapa hari di Wilayah Qunaitirah.  Operasi Ketenteraan tersebut berpusat di wilayah tengah dan barat Qunaitirah bertujuan untuk merebut kembali 15 daerah dan Markas Ketenteraan yang mana telah berjaya dibebaskan oleh para mujahidin.

Video yang dirakam oleh agensi Berita Orient menunjukkan mayat tentera rejim Nusairiyah yang berserakan di desa Hijjah, iaitu sempadan utama pasukan rezim Nusairiyah Suriah menyerang wilayah tengah dan barat Qunaitirah. Mereka tewas setelah pertempuran sengit dengan para mujahidin Islam dari kumpulan Harakah Al- Mutsanna Islamiyah yang bergabung dengan Harakah Ahrar As-Syam Islamiyah dan Jabhah Nushrah serta beberapa kumpulan Mujahidin yang lain.

Rezim Nusairiyah Suriah telah mengerahkan ratusan tenteranya bergerak bersama 20 buah kereta kebal. Mereka bergerak daripada arah kota Harba bersempadan dengan desa Hijjah. Sumber ketenteraan telah menyatakan bahawa para mujahidin berjaya menewaskan komandan Operasi Ketenteraan rezim Nusairiyah Suriah di desa Hijjah dan sekitar 20 orang tentera yang lain terbunuh dalam pertempuran sengit berlaku di kawasan jalan raya Hani Halabat. Para pejuang juga berjaya menghancurkan sebuah kereta kebal T72 serta 2 buah kereta kebal. Salah seorang komandan telah melaporkan kepada agensi Berita Orient bahawa hampir 170 orang tentera rejim Nusairiyah telah tewas dalam pertempuran sengit yang berlangsung sejak tiga hari lalu.

Walaubagaimanapun, 25 orang tentera rejim telah dikesan berpaling tadah dan dilaporkan membawa kereta kebal Kabur dan sebuah BMP ke Haarah dan Hijjah. Pada masa yang sama juga, para mujahidin telah merampas tiga buah kereta kebal milik pasukan rejim Nusairiyah yang dikesan telah bergerak dari salah satu kawasan di kota Reynah menuju ke Qunaitirah.

Manakala dari kawasan Qunaitirah Barat, sebahagian para mujahidin yang bertempur di sana telah berjaya menghancurkan sebuah kereta kebal milik pasukan rejim yang  berada di Bukit Tal Ahmar. Sehingga kini para mujahidin masih mengepung pasukan rezim Nusairiyah yang berpusat di kawasan bukit Tal Ahmar.

Untuk keluar dari kepungan mujahidin, rejim Nusairiyah didapati telah melancarkan serangan melalui udara di sekitar desa Harrah dan Hijjah.  Aktivis Kemanusiaan melaporkan kepada media bahawa pesawat tempur rezim Nusairiyah menggunakan bom kluster dan bom Fosforus di kawasan berkenaan setelah kekalahan besar yang dialami mereka sebelum itu.

Sumber : Arrahmah.com
Continue reading →

Wednesday, December 25, 2013

Lebih 300 Terbunuh dalam Serangan Seminggu Berturut-turut di Aleppo


BEIRUT : Lebih daripada 300 orang telah terbunuh, manakala puluhan lagi cedera parah dalam seminggu
serangan udara berturut-turut di bandar Syria utara Aleppo dan bandar berdekatan oleh tentera rejim Bashar al-Assad. Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada puluhan wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa dan menjadi sasaran letupan yang berpunca daripada tong bom yang dijatuhkan daripada helikopter tentera rejim, lapor Pusat Kajian Hak Asasi Syria.

Pihak berkuasa Syria menyatakan bahawa pihak pejuang Tentera Bebas Syria telah berjaya mengawal sebahagian Aleppo, yang merupakan bandar utama dan terbesar di Syria. Organisasi Hak Asasi manusia telah mengutuk penggunaan bom improvisasi-tong minyak atau silinder yang dipenuh  bahan letupan dan serpihan logam , kini menjadi antara bahan api utama yang sangat merbahaya disasarkan kepada orang awam.

Rami Abdulrahman, Pengarah Pusat Pemerhatian Pro-Pembangkang yang berpangkalan di Britain berkata bahawa seramai 87 kanak-kanak dan 30 orang wanita adalah antara 301 orang yang terbunuh dalam serangan udara Aleppo sejak 15 Disember lalu.

Amerika Syarikat kini dikecam kerana membiarkan serangan udara yang berterusan oleh tentera kerajaan Syria ke atas orang awam. Serangan tersebut termasuklah menggunakan peluru berpandu SCUD dan tong yang mengandungi bom mensasarkan kepada penduduk awam di sekitar Aleppo sejak minggu lepas. Dalam satu kenyataan, Rumah Putih juga telah menggesa kerajaan Syria untuk memberi peluang bagi kemasukan bantuan kemanusiaan dan penghantaran bekalan, melihatkan kondisi dimana jutaan lelaki dan wanita terutama kanak-kanak Syria yang sangat memerlukan bantuan.

Rejim Assad telah berusaha merampas kembali wilayah di bahagian tenggara bandar sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pihak mereka turut menegaskan untuk kembali menguasai  beberapa kawasan di pinggir bandar Damsyik. Ancaman tersebut sehinggalah rundingan damai yang dirancang berlangsungnya bulan hadapan bertujuan untuk menamatkan konflik Syria yang berlaku hampir tiga tahun.

Walaubagaimanapun,tentera rejim dijangka tidak mungkin untuk menawan semula bahagian-bahagian utama Aleppo sebelum rundingan di Switzerland yang dijangka bermula pada 22 Januari 2014. Akan tetapi Abdulrahman berkata, serangan udara yang dilancarkan rejim bertujuan melemahkan kepercayaan penduduk terhadap pejuang Tentera Bebas Syria dengan menunjukkan bahawa mereka  tidak  mampu melindungi orang awam.

Pusat Kajian Pro-Pembangkang kerajaan melaporkan lebih  125,000 orang terbunuh sejak tercetusnya perang saudara Syria, yang mana telah memaksa hampir 2 juta orang mencari perlindungan di luar negara. Manakala satu pertiga daripada 23 juta orang di negara ini berpindah daripada rumah mereka.

Pemerhati Pusat Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) berkata dalam satu laporan bahawa serangan bom di Aleppo kali ini mensasarkan kawasan perumahan dan membeli-belah.

"Samada tindakan Tentera udara Syria dilabel sebagai jenayah atau sebagainya, mereka sama sekali tidak peduli samada ia menyebabkan puluhan orang awam terkorban,atau sengaja mensasarkan kawasan awam," Penyelidik  Kecemasan kanan kumpulan itu, Ole Solvan berkata dalam laporan tersebut.

Pada masa yang sama, Tentera Bebas Syria sebenarnya turut melanggar undang-undang antarabangsa dengan sewenang-wenangnya melancarkan roket dan mortar bom di kawasan awam yang sebahagiannya masih berada dalam kawalan kerajaan di Aleppo, kata  wakil Human Rights Watch.

Dalam satu kejadian pada 4 Disember lalu, sekurang-kurangnya 10 buah roket dilancarkan ke kawasan perumahan, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang awam terbunuh.

Sumber : Arab News
Continue reading →

Sunday, December 22, 2013

Tentera Bebas Syria Berjaya Mengawal Hospital di Aleppo


BEIRUT - Tentera Bebas Syria telah berjaya mengawal sebuah hospital yang terletak di kawasan yang strategik di bandar Aleppo walaupun berdepan dengan serangan yang  tidak putus daripada kawasan berdekatan yang masih dikuasai rejim Assad di bandar utara.

Hospital Kindi yang berada berhampiran dengan penjara utama di Aleppo itu berjaya dikepung oleh Tentera Bebas Syria, setelah hampir beberapa bulan mereka berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang berada di penjara berkenaan.

Menurut Aleppo Media Center dan Pusat Kajian Hak Asasi Syria yang berpangkalan di Britain melaporkan bahawa Tentera Bebas Syria telah berjaya mengawal hospital tersebut.  Salah seorang aktivis yang bertugas di Aleppo iaitu Abu Al- Hassan Marea berkata bahawa Tentera Bebas Syria yang menakluki runtuhan hospital termasuk turut dikaitkan dengan kedua-dua kumpulan Islam konservatif dan Al-Qaeda.

Sekurang-kurangnya 35 orang telah terbunuh dalam pertempuran bagi menguasai kawasan tersebut. Angka yang agak tinggi dalam tempoh sehari sejak tercetusnya perang yang berlaku kini berlarutan hampir 3 tahun, lapor Pusat Kajian Hak Asasi Syria yang mempunyai rangkaian aktivis di tempat kejadian. Namun setakat ini jumlah sebenar askar yang terbunuh masih tidak diketahui secara tepat.

Salah seorang jurugambar Syria berusia 18 tahun turut terbunuh dalam pertempuran tersebut. Marea, merupakan seorang aktivis yang mengetahui kejadian tersebut telah memberitahu bahawa jurugambar tersebut telah disahkan terbunuh tetapi kematiannya tidak disebarkan. Saudaranya  yang  merupakan seorang jurugambar dan terlibat sebagai penentang rejim juga telah terbunuh dalam peperangan yang sama.

Syria kini menjadi salah satu tempat yang paling berbahaya di dunia bagi wartawan. Media The New York telah melaporkan bahawa berdasarkan Projek Jawatankuasa Wartawan, sehingga kini hampir 22 orang  wartawan terbunuh. Bahkan jumlah tersebut tidak termasuk termasukdengan jurugambar yang terlibat.

Tentera rejim Assad telah melepaskan beratus-ratus  (kilogram) bahan letupan dan bahan api, menyebabkan kerosakan besar di kawasan Tentera Bebas Syria sejak seminggu yang lalu termasuk hari ini hari ketujuh.
Pegawai Syria yang berpihak pada rejim Assad tidak mahu  mengulas sebarang isu mengenai serangan di Aleppo, iaitu bandar terbesar di negara ini dan mempunyai rangkaian komersial tertinggi. Aleppo telah menjadi kawasan utama dalam perang saudara sejak rakyat melancarkan revolusi menentang rejim Assad pada pertengahan tahun 2012 yang lalu dan menjadi pusat bagi petadbiran kerajaan.

Rundingan damai dijadualkan bermula pada 22 Januari di Montreaux, Switzerland. Jangka masa dan tarikh yang telah ditetapkan itu mencetuskan spekulasi bahawa Assad kemungkinan besar akan mengukuhkan kedudukannya untuk terus memerintah dan mendedahkan kelemahan penentang kerajaan sebelum berlangsungnya perundingan.

"Kami menjangkakan bahawa rundingan yang bakal berlangsung itu akan memberi kesan yang sebaliknya, "

Seorang aktivis yang bertugas di Abu Raed, Aleppo dalam wawancara melalui Skype, pada masa sama berlakunya letupan crackled. Beliau berkata para penduduk dan aktivis hampir menjadi mangsa pengeboman.

"Apabila helikopter datang, Kami berhenti dan menunggu sedikit masa, sambil ada beberapa orang yang lain masih menggali dan mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah semasa pengeboman sebelum ini."kata Raed.

Kumpulan aktivis melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam serangan yang berlaku pada malam Sabtu.Manakala 100 orang pula kebanyakannya terdiri daripada orang awam, telah terbunuh dalam serangan bom di bandar Aleppo pada minggu yang lalu.

Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook