Showing posts with label Isu Rohingya. Show all posts
Showing posts with label Isu Rohingya. Show all posts

Friday, January 17, 2014

16 Orang Muslim Rohingya Ditembak, Hampir 100 orang Ditahan

BURMA - Aktivis Hak Asasi Manusia mendakwa bahawa pihak polis Burma telah menembak mati hampir 16 Muslim Rohingya dan menahan hampir 100 orang dalam satu kejadian di sebuah desa yang terletak di Burma.

"Para penduduk kampung dikejutkan dengan bunyi tembakan ketikamana operasi mencari lapan lagi mayat muslim Rohingya yang terbunuh," Ujar Tun Khin, salah seorang aktivis hak asasi manusia dan presiden Pertubuhan Rohingya Burma di Inggeris, melaporkan kepada International Business Times.

"Mereka kemudiannya membawa salah seorang mayat dan menuju ke pos polis untuk berunding mengenai masalah ini dengan pihak berkuasa."

Menurut laporan berita, pihak berkuasa Rakhine telah menyerang perkampungan Du Char Yar Tan pada malam 14 Januari dan mula menembak orang awam secara rambang.

Khin mendakwa bahawa pihak polis telah sewenang-wenangnya menyerang penduduk kampung dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang awam yang terdiri daripada muslim Rohingya. Menurut laporan lain juga mendedahkan bahawa didapati ada gadis Rohingya yang dirogol dalam rusuhan tersebut.

Para aktivis sepatutnya mendakwa pihak berkuasa atas keganasan demi keganasan yang dilakukan secara berterusan memberi kesan yang sangat besar kepada warga Rohingya di Rakhine.

"Inilah yang sebenarnya mereka mahukan. Mereka ingin membersihkan Muslim Rohingya daripada Myanmar."

Berita yang sama turut disahkan oleh Chris Lewa dari Arakan Project, salah satu kumpulan advokasi yang telah mendokumentasikan penindasan yang dilakukan terhadap ahli minoriti Muslim Rohinyga selama lebih dari satu dekad.

PBB juga turut mengakui bahawa Muslim Rohingya sebenarnya sekian lama menghadapi siri diskriminasi di tanah air mereka. Sehingga kini mereka tidak diakui hak kewarganegaraannya hasil pindaan terhadap undang-undang kewarganegaraan pada tahun 1982 dan diperlakukan sebagai pendatang haram di tanah air mereka sendiri .

Manakala Kerajaan Burma serta majoriti Buddha terus-menerus menolak untuk mengakui istilah "Rohingya", dan menggelar  mereka sebagai "Bengali".

Kumpulan - kumpulan yang memperjuangka hak asasi manusia berterusan mendakwa bahawa pasukan keselamatan Burma sewajarnya bertanggungjawab dengan pembunuhan, pencabulan dan penangkapan warga Rohingya sejak berlakunya keganasan  bertahun lalu.

Sumber : Arrahmah.com
Continue reading →

Sunday, January 5, 2014

Tahanan Rohingya Dibebaskan Sempena Pilihanraya Demokrasi


Kerajaan Myanmar baru-baru ini telah membebaskan seramai 265  tahanan dari penjara Rōhnjia Akiab yang dijatuhkan hukuman penjara lebih sepuluh tahun.

Manakala 162 orang tahanan lagi dari penjara Rōhnjia Busadong  termasuklah 17 wanita Rōhngeh yang dikenakan hukuman penjara kurang daripada 10 tahun juga turut dibebaskan.  Mereka yang berada dalam tahanan tersebut kebanyakkannya telah ditangkap kerana  disabitkan dengan kesalahan terlibat dalam isu-isu politik sebelum tercetusnya keganasan yang berlaku hampir setahun yang lalu.

Pada masa yang sama, kerajaan Myanmar baru-baru ini melancarkan pembebasan sekumpulan tahanan politik, sebelum bermulanya tempoh peralihan negara tersebut ke arah sistem demokrasi.

Sumber : Arakan News Agency
Continue reading →

Sunday, December 15, 2013

Fakta Sebenar Penindasan Muslim Rohingya ; Adakah anda peduli?


Myanmar telah berada di bawah pemerintahan tentera selama lebih 50 tahun dan merupakan sebuah negara yang dikuasai tentera secara mutlak. Negara yang bergolak ini sebenarnya begitu sinonim dengan asimilasi kaum, pembunuhan beramai-ramai, dan diskriminasi.
Seorang pemerhati politik telah berkata,"Menggelarkan apa yang menimpa umat Islam Rohingya sebagai 'perang' adalah cara halus untuk menghapuskan mereka sedikit demi sedikit.  Tanpa kita sedar ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai!"

Menurut laporan PBB, umat Islam Rohingya yang tinggal di Wilayah Rakhine antara sempadan Myanmar dan Bangladesh merupakan salah satu daripada komuniti yang paling teraniaya di dunia. Rakhine menjadi tanah air bagi orang Rohingya, kerana bahasa mereka berbeza daripada penganut Buddha Myanmar selama beratus-ratus tahun. Walau bagaimanapun, desakan daripada kerajaan menyebabkan mereka berhijrah secara beramai-ramai ke benua kecil di India. Berdasarkan pandangan itu, rejim Yangon telah menafikan hak-hak rakyat Rohingya yang sebenarnya layak mendapat kewarganegaraan. Perkara tersebut telah mengakibatkan kesan yang sangat besar ; antaranya :

• Kaum Muslim Rohingya tidak mempunyai status sosial dalam masyarkat di negara ini. Oleh itu, mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai lebih daripada dua kanak-kanak dalam perkahwinan mereka - tertakluk kepada kebenaran - mengakibatkan lebih daripada 60,000 kanak-kanak Rohingya dipulaukan.

• Islam Rohingya tidak dibenarkan untuk bermusafir; mereka juga perlu mendapatkan kebenaran untuk pergi dari satu kampung ke kampung yang lain dengan perlu membayar cukai yang mahal. Sekatan yang berterusan juga telah menghadkan peluang untuk mereka samada belajar di sekolah, kerja dan peluang-peluang perniagaan serta bantuan kesihatan.

•Umat Islam Rohingya tidak mempunyai cara untuk mendaftar dihospital negeri atau menyertai bantuan keselamatan sosial. Penyakit yang memerlukan rawatan rapi atau pembedahan besar hanya dirawat di klinik yang menghadapi masalah kekurangan kakitangan yang betul dan peralatan. Kebanyakan penyakit tidak boleh dirawat dan ubat yang perlu yang sangat mahal. Keadaan rakyat Rohingya begitu menyedihkan kerana mereka antara komuniti yang hidup di bawah keadaan yang serba kekurangan di salah satu bahagian yang paling miskin di dunia. Apatah lagi keadaan bertambah buruk selepas pertempuran yang tercetus pada tahun 2012. Beratus-ratus Rohingya Islam telah mati syahid dan ratusan yang lain terpaksa meninggalkan negara ini. Keluarga miskin yang telah kehilangan semua harta benda mereka terpaksa melarikan diri negara ini melalui jalan laut. Bangladesh tidak membuka sempadannya dalam waktu yang lama, manakala Thailand pula mengkehendaki mereka untuk menghantar bot mereka kembali. Namun sangat sedikit daripada bot-bot yang membawa Muslim Rohingnya ini sampai dengan selamat ke tempat yang dituju. Selebihnya dibiarkan mati dalam perjalanan. Rejim Myanmar ternyata telah menggunakan pelbagai cara bagi melaksanakan 'operasi' pembersihan etnik yang minoriti tersebut. Muslim Rohingya telah dipaksa untuk keluar dengan sehelai sepinggang dan meninggalkan apa-apa yang dimiliki mereka di negara ini .

Lawatan pimpinan negara Turki iaitu Menteri Luar Ahmet Davutoglu ke Myanmar melalui syarikat Pertubuhan Kerjasama Islam ( OIC) merupakan waktu yang bermakna buat Muslim Rohingya. Seluruh dunia mungkin telah menyaksikan dan dapat merasai kesakitan yang dihadapi salah seorang Rohingya Islam sewaktu lawatan tersebut melalui media massa. Berita baik buat Muslim Rohingya apabila pihak berkenaan
telah memutuskan beberapa perkara sewaktu lawatan tersebut :  Jawatankuasa Ketiga Majlis Agung PBB menuntut agar Myanmar mengiktiraf hak kewarganegaraan yang sama bagi orang Islam Rakhine dan Suruhanjaya EU telah berjanji untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada mereka di rantau ini.

Claus Sorrenson , Ketua Pengarah Bantuan Kemanusiaan Kesatuan Eropah dan Jabatan Perlindungan Awam, telah membandingkan keadaan antara Rakhine dan kurungan ketikama, tentera Nazi di Eropah membantai kaum yahudi. "Saya masih ingat sejarah Eropah, di mana orang-orang Yahudi telah dikurung," katanya. "Kita semua tahu bagaimana Pembinasaan Nazi berlaku di hadapan mata dunia.

Sejarah telah merakam semua tragedi yang berlaku dengan teratur dan tersusun tetapi meninggalkan soalan kepada kita; "Bagaimana boleh kita biarkan ia berlaku?" Perkara yang sama ternyata sama seklai tidak boleh berlaku kepada umat Islam Rohingya. Kita mesti menarik perhatian dunia agar prihatin dengan nasib yang menimpa umat Islam Rohingya.

Sumber : Arab News
Continue reading →

Thursday, November 8, 2012

Pembunuhan Muslim Rohingya Berlanjutan - Mesir Panggil Duta Myanmar




Kementerian luar negeri Mesir merancang untuk mengadakan pertemuan dengan duta besar Myanmar di Kaherah dalam usaha membantah penganiayaan dan pembunuhan yang sedang berlaku ke atas kaum Muslimin di negara Asia Tenggara tersebut.

"Kementerian luar negeri memanggil duta besar Myanmar kelmarin dan menyampaikan mesej penting yang menyatakan kebimbangan dan bantahan terhadap keganasan yang berlaku terhadap Muslim Rohingya," kata kementerian luar negeri Mesir dalam satu kenyataan pada hari Isnin kelmarin (5/11). Sebelum ini, Al-Azhar turut menyatakan bantahan berkaitan penganiayaan terhadap umat Islam di Myanmar.

Kekerasan terhadap Muslim Rohingya harus dihentikan segera dan pihak berkuasa Myanmar harus membawa para pelakunya ke mahkamah.

Pemerintah Myanmar dan majoriti penduduk Buddha negara itu menolak untuk mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara dan melabel sekitar 800,000 Muslim Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh-sebuah negara miskin yang tidak menunjukkan kesediaan mereka untuk membantu muslim Rohingya.

Lebih daripada 100,000 orang Rohingya telah berpindah sejak kekerasan yang berlaku pada bulan Jun, menurut PBB. Namun, keadaan mereka terus membarah.

Sumber : Eramuslim, Misr Alyoum



Continue reading →

Sunday, October 28, 2012

Muslim Rohingya melakukan penghijrahan selepas pertempuran ganas di Myanmar



Ribuan pelarian telah berpindah ke kem yang  penuh sesak di barat Myanmar laporan daripada PBB pada hari Sabtu. Kemarahan yang meluap-luap di antara Buddha dan Islam meletus minggu ini dalam satu gelombang pergolakan yang terbaru di Rakhine. Angka kematian secara rasmi dianggarkan  sebanyak 67 orang. Laporan menyatakan, separuh daripada angka kematian adalah wanita.

Berpuluh-puluh ribu penduduk Rohingya terutamanya Islam terpaksa menduduki kem pelarian yang terletak di Sittwe selepas keganasan tercetuskan pada Jun. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Sabtu lalu, pertempuran terbaru telah menyebabkan 3200 umat Islam terpaksa mencari temoat perlindungan.

Sejumlah 800.000 penduduk Rohingya Myanmar terpaksa melarikan diri ke negara jiran dan telah dianggap sebagai pendatang haram di kejiranan Bangladesh.

Negara Rohingya , bercakap dialek Bengali serupa dengan salah satu di kejiranan Bangladesh ,   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengganggap ia sebagai salah satu minoriti yang paling ditindas di tempat tersebut..


Sumber : Alarabiya


Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook