Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Ribut Salji Paling Dahsyat sepanjang 50 tahun Melanda Iran

Tehran : Ribut salji yang menimpa wilayah tersebut direkodkan sebagai yang paling teruk dalam tempoh sejak 5 dekad. Salji tebal menutup hampir seluruh tempat di wilayah utara Iran, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan beberapa kemudahan yang lain tersekat, demikian lapor media Iran pada hari Isnin lalu.



Ribut salji yang dahsyat itu direkodkan sebagai tidak pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Salji
tebal setinggi dua meter (hampir tujuh kaki) menebal setelah salji berterusan turun sejak Jumaat minggu lalu.

"Masalah utama kami adalah kemudahan elektrik dan bekalan air yang terputus serta-merta kerana salji yang amat tebal," Salah seorang penduduk melaporkan.

Menurut pegawai , kira-kira 500,000 orang di utara Iran berada dalam kondisi tanpa elektrik dan gas sejak Sabtu minggu lalu.

Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Hossein Pir Kolivand telah melaporkan bahawa pasukan tersebut telah melaksanakan operasi sepanjang empat hari lalu dan dapat  menyelamatkan sekitar hampir 11,000 orang yang terperangkap  dalam salji yang tebal. Manakala 79 orang telah dimasukkan ke hospital dan masih berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita rasmi IRNA.

"Sehingga kini seramai 3800 orang telah ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan, " katanya.

Di Tehran, suhu menjunam kepada -7 C pada hari Sabtu minggu lalu,  sekaligus menjadikan malam paling sejuk di ibu negara pada tahun ini, manakala wilayah lain mengalami suhu serendah -18 C.

Beberapa sekolah di utara Tehran ditutup bermula hari Isnin kerana keadaan cuaca yang semakin teruk. Ribut salji dijangka akan menyerang malam Isnin di barat daya  negara.

Sumber  : Arab News
Continue reading →

Monday, February 18, 2013

Hujan Meteor di Rusia Seperti Kiamat




Moscow, - Hujan meteor yang melanda wilayah Urals, Rusia pagi Jumaat waktu tempatan  telah menimbulkan kegelisahan rakyat di sana. Seorang saksi peristiwa tersebut bernama Gulnara Dudka menceritakan peristiwa dramatik tersebut. Wanita muda itu merasa takut dan mengira kiamat telah tiba.
"Saya melihat kilatan terang dari belakang saya. Semua menyala, sangat terang. Ia seperti di filem Armageddon ketika hujan meteor bermula, saya benar-benar menganggap ia seperti kiamat, "kata wanita berumur 20-an tahun itu.

"Sangat mengerikan, khususnya letupan tersebut. Sangat kuat. Saya hanya membisu. Ia begitu kuat, "cetusnya di Daily Mail, Jumaat (15/2/2013).

Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Rusia menyatakan, sekurang-kurangnya 474 orang terluka, 14 orang di antaranya mengalami luka serius akibat hujan meteor ini. Kebanyakan mereka cedera akibat terkena pecahan kaca tingkap.

Sekitar 20 ribu petugas penyelamat telah dikerahkan untuk menolong para mangsa tercedera. Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan, pihaknya telah menghantar tentera-tentera ke lokasi yang terkena kesan hujan meteor ini.

Dilaporkan terdapat sekitar 6 bandar yang mengalami kerosakan akibat hujan meteor ini. Wilayah yang paling teruk terkena kesan hujan meteor ini ialah wilayah Chelyabinsk.

Saluran telefon mahupun isyarat telefon bimbit di beberapa kawasan wilayah Chelyabinsk terputus akibat insiden ini. Dilaporkan, puncanta kerana sebuah meteorit yang jatuh ke bumi terkena sebuah antena telekomunikasi tempatan.

Banyak tingkap, baik di kawasan pejabat mahupun di penempatan warga yang pecah akibat bunyi letupan meteor di udara. Di dapati sebuah kilang di kawasan tersebut mengalami kerosakan yang paling teruk kerana dihentam meteorit. Bahagian bumbung bangunan kilang tersebut runtuh dan beberapa dindingnya tersekat.

Sumber : Eramuslim

Continue reading →

Wednesday, April 11, 2012

Aceh dan Kawasan Sumatera Dilanda Gempa Bumi 8,5 skala richter


Nangroe Aceh Darussalam dan sekitarnya kembali dilanda gempa bumi 8,5 skala Richter tang berlaku pada pukul 15.38 dan berpusat di 2,31 Lintang Utara dan 92,67 Bujur Timur. Gempa yang berada di kedalaman 10 kilometer ini menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berpotensi untuk membentuk tsunami.

Acheh dan kawasan sekitarnya menghadapi empat gempa bumi susulan setelah dilanda gempa bumi pertama. Meskipun kekuatan empat gempa bumi tersebut tidak sebesar gempa pertama, namun gempa susulan ini masih cukup kuat.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik telah mencatatkab pada hari Rabu 11 April 2012, pukul 16.28 terjadi gempa susulan. Gempa berkekuatan 6,5 skala Richter. Gempa berpusat di 510 km Barat Daya Daerah Sumeulue, dan berada di kedalaman 42 kilometer.

Sekitar 20 minit kemudian, terjadi lagi gempa susulan. Kali ini dengan kekuatan 6,1 skala Richter. Gempa berpusat di 630 km Barat Daya Daerah Simeulue dan berada di kedalaman 10 kilometer.

Selang 21 minit kemudian atau pada pukul 17.09, gempa susulan ketiga terjadi. Gempa susulan ketiga ini kekuatannya sama dengan gempa susulan kedua, 6,1 skala Richter. Gempa berpusat di 492 km Barat Laut Kabupaten Simeulue dan berada di kedalaman 10 kilometer.

Kemudian pada pukul 17.21, terjadi gempa susulan keempat. Gempa berkekuatan 5,7 skala Richter. Gempa berpusat di 335 kilometer barat laut Simeulue dan berada di kedalaman 23 kilometer.

Sumber : Ar-Rahmah
Continue reading →

Sunday, December 4, 2011

BANJIR BESAR DI SIGI, 3 TERKORBAN


PALU - Tiga orang terbunuh, puluhan rumah rosak, dan sebahagian ditenggelami air akibat banjir besar yang terjadi di daerah Kulawi Induk dan Kulawi Selatan,Kabupaten Sigi, Sulawesi Tengah pada Sabtu (3/12/2011). Tiga warga lainnya dilaporkan hilang.

Banjir terjadi setelah dilanda hujan lebat sejak semalam, Jumaat (2/12/2011) sehingga Sabtu pagi waktu Indonesia bahagian tengah (Wita). Agensi Badan Bencana Serantau Daerah (BPBD) Kabupaten Sigi masih mencatat kerosakan dan kemungkinan ada tambahan korban jiwa.

Maklumat yang diperolehi dari Sigi melaporkan, hujan lebat yang berlarutan menyebabkan Sungai Magila melimpah. Limpahan tersebut menenggelami rumah penduduk di wilayah sepanjang sungai, termasuk tiga warga hanyut dibawa arus.

Selain menghanyutkan rumah dan mengorbankan nyawa, banjir bercampur lumpur dan batu turut memutuskan bekalan elektrik yang menghubungkan daerah Kulaei Selatan dan Pipikoro dan menyebabkan kawasan tersebut terasing.

Deri, salah seorang warga, mengakui bahawa banjir terus melimpah ruah sehingga Sabtu petang. Ratusan hektar kawasan sawah dan kebun milik warga turut ditenggelami air. Sehingga kini, warga menetap di rumah kaum-kerabat yang terletak di kawasan tinggi kerana takut banjir susulan terjadi.

Olahan sumber: Kompas.com
Continue reading →

Saturday, November 12, 2011

KIRA-KIRA 900 MUSOLLA DAN MASJID DITUTUP ATAS SEBAB KESELAMATAN


ALGERIA - Kira-kira 900 buah musolla dan masjid ditutup atas sebab-sebab keselamatan. Punca penutupan adalah berdasarkan laporan antaranya kurang pemantauan terhadap masjid juga menjadi tempat perhimpunan dan perjumpaan rahsia oleh kumpulan-kumpulan Islam.

Penasihat media kepada Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Agama Algeria mengeluarkan kenyataan yang disiarkan dalam berita di Algeria pada Sabtu, bahawa musolla dan masjid yang ditutup adalah berada di dalam kawasan yang kekurangan kriteria-kriteria keselamatan dan kesihatan.

Beliau menegaskan bahawa masjid-masjid tersebut "bahaya ke atas jemaah, seperti musolla yang dibuat di bangunan bawah tanah di kawasan-kawasan terpencil. Mereka yang membuka masjid tersebut adalah secara haram dan tiada lesen."

Beliau menafikan dengan kuat bahawa perintah penutupan yang dikeluarkan dibuat dengan sambil lewa atau langkah-langkah yang sewenang-wenangnya atau pertimbangan keputusan diluar perbincangan mesyuarat.

Sumber diolah: Al-Basheer
Continue reading →

About

Satu Organisasi di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang memberikan penerangan tentang isu semasa , bala bencana yang menimpa umat Islam sedunia.

Jualan

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook