Friday, December 27, 2013

Tahanan Penjara Mesir Melancarkan Mogok Lapar

Lebih daripada 300 orang, termasuk salah seorang wartawan Al Jazeera Abdullah  Shami yang ditahan dalam penjara Mesir sejak beberapa bulan yang lalu telah melancarkan mogok lapar sebagai protes terhadap "layanan buruk" yang dihadapi mereka sebagai tahanan penjara. Tawanan yang melancarkan mogok lapar bermula Isnin lalu, telah mendedahkan bahawa sel-sel mereka dipenuhi dengan serangga dan dan mereka hanya dibenarkan untuk keluar sekitar setengah jam sahaja dalam waktu sehari. Mereka juga mengadu kerana diletakkan hampir 60 orang di dalam setiap satu sel. Shami telah ditangkap kerana didapati menyertai protes yang diadakan oleh para penunjuk perasaan yang memprotes rampasan kuasa pada 14 Ogos yang lalu.

Akaun Twitter yang dikendalikan oleh Ikhwan Muslimin, yang kini beroperasi di sebalik tabir tanpa diketahui sumber yang tepat atas faktor keselamatan mendapat maklumat daripada para tahanan tentang beberapa kondisi; diantaranya ahli keluarga para tahanan tidak dibenarkan melawat, tiada khidmat kaunseling yang mengikut undang-undang, bantuan rawatan perubatan serta dipaksa untuk berada sel yang tidak bersih dan sesak. "

Pasukan keselamatan Mesir sehingga kini telah menahan ribuan pembangkang kerajaan sementara, termasuklah beberapa kepimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin. Parti politik dan sosial yang telahpun hampir 85 tahun bertapak, telah menang dalam siri pilihan raya rentetan daripada penggulingan Husni Mubarak pada tahun 2011, menjadikan Mursi sebagai pemimpin pertama di negara ini yang dipilih melalui pilihan raya pada tahun lepas.

Akan tetapi, setelah setahun pentadbiran yang penuh mehnah dan tribulasi, akhirnya kuasa tentera telah memaksa beliau untuk turun daripada pentadbiran setelah berlangsungnya bantahan besar-besaran oleh penunjuk perasaan dengan tuduhan beliau mengkhianat revolusi 2011.

Manakala pada masa yang sama, Ikhwanul Muslimin jua menyatakan bahawa keterlibatan beberapa pimpinan utama dalam protes kerajaan sementara termasuklah calon Presiden Khairat al- Shater, pegawai kanan Essam Erian,bekas penggubal undang-undang Mohamed Beltagi dan Essam Haddad, penasihat Mursi semasa beliau menjadi Presiden.

Pada awal bulan ini, Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) telah melaporkan bahawa tentera Mesir telah menahan lima pembantu Mursi selama hampir lima bulan dan sehingga kini masih tidak diketahui lokasi penahanan mereka dan telah diklasifikan sebagai antara jumlah mangsa yang masih tidak diketahui.

Sumber  : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook