Thursday, December 26, 2013

Empat Cedera dalam Kejadian Letupan Terbaru di Madinat Nasr,Kaherah


KAHERAH - "Satu lagi letupan bom telah berlaku di daerah Nasr City, Kaherah pada pagi Khamis dan telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang tercedera,"kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir kepada pihak Reuters. Kejadian tersebut berlaku dua hari selepas letupan bom kereta yang telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 16 nyawa di daerah Daqahleya, Bandar Mansuroh.

"Setelah disiasat, letupan yang berlaku adalah berpunca daripada senjata bom buatan tangan yang mana telah ditemui di sekitar tempat kejadian,"Ujar Hani Abdel Latif.  Televisyen kerajaan telah menunjukkan rakaman letupan yang berlaku yang memusnahkan tingkap bas tersebut.

Serangan yang berlaku di seluruh Mesir sejak beberapa hari lepas telah menimbulkan kebimbangan akan tercetusnya keganasan yang berterusan menjelang pengisytiharan referendum perlembagaan yang akan diumumkan oleh kerajaan sementara pada Januari akan datang.

Kerajaan sementara telah berikrar untuk melawan sebarang unsur keganasan yang bakal berlaku rentetan daripada serangan letupan yang melibatkan kematian beberapa polis dan kecederaan hampir 140 orang.
Sehingga kini, serangan bom dan tembakan dilaporkan berlaku hampir setiap hari terutama di kawasan Semenanjung Sinai sejak kejadian penggulingan Presiden Muhammad Mursi pada Julai lalu berikutan bantahan besar-besaran ke atas pemerintahannya.

Sumber : Arab.News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook