AMSTERDAM - Google telah menutup akaun email seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders sebagai tindak balas kepada aduan para pengguna
mengenai tindakan ahli politik tersebut yang menimbulkan kontroversi tersebut yang telah menyalahgunakan kemudahan alam maya terutama melalui akaun Google untuk menyebarkan anti Islam.
"Sangat mengejutkan, pihak Google telah menyekat akaun saya. Nampaknya usaha Mohammed Rabbae telah berjaya, " Wilders membuat kenyataan tersebut melalui akaun twitternya semalam.
Status tersebut merujuk kepada aduan yang disampaikan oleh Rabbae yang bertindak sebagai salah seorang wakil Dewan Negara Maghribi yang mendakwa bahawa Wilders telah menyalahgunakan perkhidmatan Google. Tindakan Rabbae telah disokong aduan pengguna yang lain terhadap Wilders yang berani menerbitkan pelekat anti-Islam yang mengandungi tulisan menghina antaranya "Islam adalah sebuah agama pembohong", "Muhammad adalah seorang penjenayah", "Al- Qur'an adalah racun."
Walaupun pelekat tersebut jelas dicetak bertujuan menunjukkan penghinaan terhadap agama Islam, Wilders tetap mempertahankan dan mendakwa bahawa pelekat tersebut tidaklah bermaksud untuk menghina Ummat Islam.
Setelah akaunnya melalui Google dimatikan, Wilders telah melancarkan akaun baru dan membuka tempahan bagi sesiapa yang berminat pelekatnya . Wilders sebenarnya merupakan individu yang sering menimbulkan kontroversi dan terkenal kerana tindakannya yang secara terang-terangan menentang agama Islam dan Umat Muslim.
Dia juga menyebarkan provokasi supaya membenci Al-Quran dan menggambarkan kitab suci umat Islam tersebut sebagai "fasis". Sehingga kini Wilders tidak berhenti berusaha untuk meneruskan penghinaan terhadap Islam. Pada 2008 yang lalu, Wilders telah mengeluarkan sebuah filem dokumentasi durasi selama 15 minit yang menuduh Al-Quran sebuah kitab yang menyeru kepada melakukan keganasan. Sebuah filem Wilders yang menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetus kemarahan serta protes dari Umat Islam di seluruh negara di dunia.
Sumber : Arrahmah.com
Monday, December 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment