Saturday, December 21, 2013

Sudan : Puluhan Terbunuh dalam Serangan Melibatkan CAR

Satu pertempuran telah meletus di Republik Afrika Tengah , dimana telah melibatkan hampir ratusan ribu orang awam. Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh, manakala puluhan yang lain lagi cedera dikejarkan ke hospital berdekatan dalam pertempuran yang berlaku antara etnik di ibu kota Bangui .

Dalam insiden tersebut, pasukan keselamatan cuba untuk menghalang kumpulan bekas pemberontak Seleka yang menggunakan senjata api dan akhirnya telah menyebabkan tiga orang daripada mereka terbunuh. Pada masa yang sama, seorang daripada pasukan keselamatan juga terbunuh.

"Tiada sesiapa yang mengetahui angka sebenar jumlah mangsa yang terbunuh atau cedera, akan tetapi suasana hospital dilaporkan  sangat sesak menyebabkan kekurangan kelengkapan untuk memberikan rawatan kepada mangsa." Wartawan Al Jazeera, Andrew Simmons melaporkan daripada kawasan kejadian.

Clavert Bettare, salah seorang rakyat tempatan telah memaklumkan bahawa pasukan keselamatan Afrika dan tentera Perancis telah dihantar dan cuba untuk meredakan protes yang berlaku, manakala pada waktu yang sama beberapa agensi bantuan turut berusaha untuk menyediakan bantuan bekalan asasi dan makanan untuk para pelarian.

Keganasan kembali meletus hanya setelah sehari waktu yang agak tenang di Republik Afrika Tengah. Protes yang berlaku berpunca daripada ketidak-puasan hati antara Kristian dan Muslim selama beberapa minggu lalu yang akhirnya mencetuskan persengketaan berdarah. Pihak yang bertelagah adalah antara pejuang Seleka yang terdiri daripada muslim (berasal dari negara Chad dan Sudan) dengan puak Kristian anti- Balaka , yang bermaksud "anti-parang" iaitu senjata pilihan untuk membantai minoriti Seleka .

Walaupun pihak antarabangsa telah berusaha untuk membendung krisis yang berlaku dalam negara namun tahap hidup masih berada dalam sara hidup yang terlalu rendahkerana kadar kemiskinan sangat meruncing, membawa risiko untuk terjadinya ketidak-serasian antara kaum.

Pada hari Jumaat semalam, sekumpulan lelaki memakai tanda salib telah menyerang masjid dan menggerudi dinding masjid sehingga menyebabkan runtuhan dan kemusnahan hampir separuh masjid.

"Kita tidak mahukan masjid di negara kita!"jerit Clavert Bettare, dengan senjata parang ditangan.

Malam sebelum kejadian, di kawasan penempatan Gobango telah berlakunya pertempuran antara pejuang kaum Muslim dengan Kristian apabila tentera Chad daripada pasukan keselamatan Kesatuan Afrika telah bertindak menembak secara rambang ke arah orang awam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hari Jumaat semalam menyatakan bahawa tentera Chad bertindak melepaskan tembakan setelah diserang dengan bom tangan oleh militia Kristian yang mana merupakan dalang menculik orang awam serta melakukan keganasan.

Kekejaman dan kemungkinan berlakunya pembunuhan beramai-ramai telah menyebabkan tindak balas antarabangsa yang akhirya mengerahkan hampir 1,600 tentera Perancis dengan kuasa-kuasa Afrika dari Chad , Congo, Equatorial Guinea, Burundi dan Gabon.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook