Thursday, December 19, 2013

Ketua Polis Turki Dipecat Akibat Rasuah

ANKARA - Lima orang yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Turki telah disabitkan kesalahan dan dipecat, manakala puluhan orang termasuklah ahli keluarga para Menteri Kabinet telah ditahan dalam siasatan yang melibatkan individu berprofil tinggi disyaki terlibat dalam ke rasuah dan penipuan, sebagaimana dilaporkan pada Rabu semalam.

Serbuan polis telah dilaksanakan ke atas individu terbabit dan dengan kes pemecatan jawatan tersebut, ia membawa kesan yang besar dan mendorong kepada perpecahan antara penyokong parti Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan leboh-lebih lagi dalam suasana menjelang pilihan raya utama di Turki yang akan berlangsung pada tahun depan.

Operasi itu ternyata telah mengejutkan banyak pihak di seluruh negara. Pada masa yang sama, ia mendorong pihak pembangkang untuk memprotes agar kerajaan mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan untuk meletakkan jawatan.

"Kes ini merupakan skandal terbesar yang berlaku dalam sejarah republik itu," Ujar Engin Altay, wakil pembangkang Parti Rakyat Republik (CHP)."Oleh itu, Perdana Menteri juga mesti meletakkan jawatan."Tambahnya lagi.

Sekurang-kurangnya 50 orang telah ditahan semasa serbuan pada waktu subuh semalam. Mereka yang
terlibat disyaki dengan beberapa kesalahan termasuklah menerima dan memberi rasuah untuk proses projek-projek pembangunan dan mendapatkan permit pembinaan untuk kawasan-kawasan yang dilindungi dalam bentuk pertukaran wang, serta kes penyeludupan emas dan pengubahan wang haram; demikian menurut laporan media.

Anak-anak Menteri Dalam Negeri; Muammer Güler dan Menteri Ekonomi Zafer Caglayan bersama Menteri Alam Sekitar Erdogan Bayraktar telah ditahan bersama-sama dengan beberapa orang ahli perniagaan terkenal semasa serbuan dijalankan.

Sumber : Arab.News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook