Thursday, December 19, 2013

Enam Tentera Amerika Syarikat Tewas dalam Insiden Helikopter

Zabul - Sekurang-kurangnya enam orang tentera Amerika Syarikat tewas dalam insiden helikopter pada petang selasa semalam. Pegawai keselamatan Afghanistan mendakwa bahawa serangan tersebut tidak ada kaitan dengan kumpulan Mujahidin. Namun, jurucakap bagi Imarah Islam Afghanistan telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui
bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Pernyataan mengenai perkara tersebut di sebarkan melalui akaun Twitter rasmi Imarah Islam bahawa kumpulan Mujahidin telah berjaya menewaskan tentera AS dalam kemalangan yang berlaku melibatkan helikopter AS di wilayah Zabul, Selatan Afghanistan. Insiden itu telah menyebabkan kerugian besar bagi Amerika Syarikat.

Berikutan serangan tersebut, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang enam anggota pasukan mereka yang terlibat dalam kecelakaan yang berlaku semalam.

"Punca insiden yang berlaku sedang disiasat, namun laporan awal menunjukkan tidak ada aktiviti musuh di
daerah tersebut ketikamana kemalangan berlaku," demikian kenyataan yang dikeluarkan ISAF, pada masa yang sama pihak berkenaan seolah menyembunyikan kejadian yang sebenar. Pegawai di Pejabat Pertahanan AS di Washington telah memaklumkan kepada AFP bahawa antara yang terkorban adalah terdiri daripada tentera AS .

"Pihak kami telah mengesahkan setakat ini dilaporkan enam orang tentera Amerika terkorban akibat insiden tersebut." ujar seorang pegawai keselamatan.

Sementara itu, akaun Twitter milik Imarah Islam Afghanistan turut memberi kenyataan bahawa helikopter
yang musnah itu berlaku di sekitar daerah Shah Joy di Zabul. Insiden terbaru yang melibatkan helikopter kali ini adalah yang kedua setelah serangan yang berlaku pada bulan April lalu yang melibatkan sebuah helikopter Apache yang mendarat di wilayah Afghanistan timur dan mengakibatkan dua orang tentera AS meninggal dunia.

Sumber : Arrahmah.com

1 comments:

Unknown said...

Amerika Syarikat sering kalah

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook