Sunday, December 15, 2013

Rusuhan terbaru tercetus di Bangladesh



Tindakan kerajaan yang telah menjatuhkan hukuman gantung kepada syed Abdul Quader, Setiausaha Agung Jemaat Islami telah mencetuskan kemarahan rakyat dan menyebabkan berlakunya rusuhan antara penyokong parti tersebut dengan pihak polis.

Syed Abdul Quader Mollah, 65 merupakan orang pertama yang akan dihukum mati dan dituduh sebagai penyebab pembunuhan beramai-ramai yang berlaku semasa perang kemerdekaan pada 1971. Dalam rusuhan yang berlaku, rumah-rumah dan premis perniagaan yang dimiliki oleh penyokong kerajaan dibakar. Perkara ini membawa kebimbangan kerana akan memberi kesan menjelang pilihan raya bulan depan.

Mollah merupakan seorang pemimpin kanan parti Jemaat-Islam diiktibar sebagai mangsa kepada 'pembunuhan politik'. Para penyokongnya telah memberi amaran membalas dendam atas setiap titisan daripada darahnya.

Dua aktivis dari pemerintah Liga Awami telah digodam mati di bandar selatan Kalaroa , sementara itu juga telah mereka mengebom stesen kereta api dan melakukan sekatan jalan raya, demikian lapor sumber daripada polis. Dalam masa yang lain, seorang meninggal dunia dalam pertempuran antara polis dan penyokong Jemaat-Islami di daerah selatan Noakhali. Manakjala seorang pemandu dilaporkan terkorban selepas penunjuk perasaan mengejarnya sehingga memyebabkan terbabas.Timbalan menteri undang-undang Quamrul Islam mengumumkan bahawa hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas pemimpin kanan gerakan Islam berkenaan pada hari Jumaat di penjara di ibu negara, Dhaka.

"Ianya detik bersejarah. Setelah empat dekad, mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1971 perang akhirnya mendapat keadilan," Islam memberitahu agensi berita AFP. "Ia merupakan tindakan yang sepatutnya dijalankan bagi meraikan Hari Kemenangan pada 16 Disember, " tambahnya lagi merujuk kepada hari kebangsaan iaitu kemenangan perang kemerdekaan Bangladesh menentang Pakistan.

Kerajaan , tentera Pakistan telah membunuh 3 juta orang dan merogol hampir 200,000 wanita semasa perang. Beribu-ribu penunjuk perasaan yang memperjuangkan sekular berada di dataran Shahbagh di Dhaka selama beberapa hari, sambil melaungkan slogan termasuk: "Gantung Quader Mollah, gantung penjenayah perang" .

Mollah didapati bersalah pada Februari lalu semasa menjadi pemimpin militia pro- Pakistan yang menentang kemerdekaan negara dan terlibat dalam pembunuhan beberapa profesor Bangladesh, doktor, penulis dan wartawan.Mollah merupakan salah satu daripada lima pimpinan Jemaat-Islam yang lain yang dihukum mati. Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung parti Jamaat- e -Islami, telah  dihalang daripada bertanding pilihan raya tetapi emainkan peranan penting dalam gerakan penentangan yang dipimpin oleh Parti Kebangsaan Bangladesh ( BNP) . Sekurang-kurangnya 231 orang telah terbunuh dalam protes jalanan sejak Januari lalu.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook