Sunday, December 15, 2013

Fakta Sebenar Penindasan Muslim Rohingya ; Adakah anda peduli?


Myanmar telah berada di bawah pemerintahan tentera selama lebih 50 tahun dan merupakan sebuah negara yang dikuasai tentera secara mutlak. Negara yang bergolak ini sebenarnya begitu sinonim dengan asimilasi kaum, pembunuhan beramai-ramai, dan diskriminasi.
Seorang pemerhati politik telah berkata,"Menggelarkan apa yang menimpa umat Islam Rohingya sebagai 'perang' adalah cara halus untuk menghapuskan mereka sedikit demi sedikit.  Tanpa kita sedar ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai!"

Menurut laporan PBB, umat Islam Rohingya yang tinggal di Wilayah Rakhine antara sempadan Myanmar dan Bangladesh merupakan salah satu daripada komuniti yang paling teraniaya di dunia. Rakhine menjadi tanah air bagi orang Rohingya, kerana bahasa mereka berbeza daripada penganut Buddha Myanmar selama beratus-ratus tahun. Walau bagaimanapun, desakan daripada kerajaan menyebabkan mereka berhijrah secara beramai-ramai ke benua kecil di India. Berdasarkan pandangan itu, rejim Yangon telah menafikan hak-hak rakyat Rohingya yang sebenarnya layak mendapat kewarganegaraan. Perkara tersebut telah mengakibatkan kesan yang sangat besar ; antaranya :

• Kaum Muslim Rohingya tidak mempunyai status sosial dalam masyarkat di negara ini. Oleh itu, mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai lebih daripada dua kanak-kanak dalam perkahwinan mereka - tertakluk kepada kebenaran - mengakibatkan lebih daripada 60,000 kanak-kanak Rohingya dipulaukan.

• Islam Rohingya tidak dibenarkan untuk bermusafir; mereka juga perlu mendapatkan kebenaran untuk pergi dari satu kampung ke kampung yang lain dengan perlu membayar cukai yang mahal. Sekatan yang berterusan juga telah menghadkan peluang untuk mereka samada belajar di sekolah, kerja dan peluang-peluang perniagaan serta bantuan kesihatan.

•Umat Islam Rohingya tidak mempunyai cara untuk mendaftar dihospital negeri atau menyertai bantuan keselamatan sosial. Penyakit yang memerlukan rawatan rapi atau pembedahan besar hanya dirawat di klinik yang menghadapi masalah kekurangan kakitangan yang betul dan peralatan. Kebanyakan penyakit tidak boleh dirawat dan ubat yang perlu yang sangat mahal. Keadaan rakyat Rohingya begitu menyedihkan kerana mereka antara komuniti yang hidup di bawah keadaan yang serba kekurangan di salah satu bahagian yang paling miskin di dunia. Apatah lagi keadaan bertambah buruk selepas pertempuran yang tercetus pada tahun 2012. Beratus-ratus Rohingya Islam telah mati syahid dan ratusan yang lain terpaksa meninggalkan negara ini. Keluarga miskin yang telah kehilangan semua harta benda mereka terpaksa melarikan diri negara ini melalui jalan laut. Bangladesh tidak membuka sempadannya dalam waktu yang lama, manakala Thailand pula mengkehendaki mereka untuk menghantar bot mereka kembali. Namun sangat sedikit daripada bot-bot yang membawa Muslim Rohingnya ini sampai dengan selamat ke tempat yang dituju. Selebihnya dibiarkan mati dalam perjalanan. Rejim Myanmar ternyata telah menggunakan pelbagai cara bagi melaksanakan 'operasi' pembersihan etnik yang minoriti tersebut. Muslim Rohingya telah dipaksa untuk keluar dengan sehelai sepinggang dan meninggalkan apa-apa yang dimiliki mereka di negara ini .

Lawatan pimpinan negara Turki iaitu Menteri Luar Ahmet Davutoglu ke Myanmar melalui syarikat Pertubuhan Kerjasama Islam ( OIC) merupakan waktu yang bermakna buat Muslim Rohingya. Seluruh dunia mungkin telah menyaksikan dan dapat merasai kesakitan yang dihadapi salah seorang Rohingya Islam sewaktu lawatan tersebut melalui media massa. Berita baik buat Muslim Rohingya apabila pihak berkenaan
telah memutuskan beberapa perkara sewaktu lawatan tersebut :  Jawatankuasa Ketiga Majlis Agung PBB menuntut agar Myanmar mengiktiraf hak kewarganegaraan yang sama bagi orang Islam Rakhine dan Suruhanjaya EU telah berjanji untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada mereka di rantau ini.

Claus Sorrenson , Ketua Pengarah Bantuan Kemanusiaan Kesatuan Eropah dan Jabatan Perlindungan Awam, telah membandingkan keadaan antara Rakhine dan kurungan ketikama, tentera Nazi di Eropah membantai kaum yahudi. "Saya masih ingat sejarah Eropah, di mana orang-orang Yahudi telah dikurung," katanya. "Kita semua tahu bagaimana Pembinasaan Nazi berlaku di hadapan mata dunia.

Sejarah telah merakam semua tragedi yang berlaku dengan teratur dan tersusun tetapi meninggalkan soalan kepada kita; "Bagaimana boleh kita biarkan ia berlaku?" Perkara yang sama ternyata sama seklai tidak boleh berlaku kepada umat Islam Rohingya. Kita mesti menarik perhatian dunia agar prihatin dengan nasib yang menimpa umat Islam Rohingya.

Sumber : Arab News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook