Monday, December 16, 2013

Jumlah Kematian Semakin Meningkat di Syria

Tentera rejim telah melancarkan serangan bom melalui udara ke kawasan Tentera Bebas Syria yang mengawal bandar Aleppo dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 125 orang terbunuh sementara puluhan yang lain cedera teruk, lapor  wartawan Al Jazeera. Ketikamana para penduduk sedang berusaha untuk mencari mangsa dari runtuhan yang berlaku hari Isnin semalam, serangan kedua pula berlaku berdekatan tempat kejadian.

Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria yang bergantung pada rangkaian aktivis terdiri daripada peguam dan pegawai perubatan untuk menyampaikan sebarang maklumat juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan laporan terkini setelah serangan bom tersebut, jumlah purata kematian yang berlaku telah bertambah saban hari di Syria iaitu seramai  76 orang dan ada  di antara mereka 28 orang kanak-kanak.

Pusat Media Aleppo, iaitu merupakan salah satu rangkaian telah memberi kenyataan bahawa serangan udara yang mengakibatkan kematian yang ramai itu tidak pernah berlaku sebelum ini.Rakaman yang disebar dalam media massa yang disebar oleh aktivis tempatan menunjukkan kebakaran yang teruk berlaku di jalan-jalan sekitar kawasan penempatan setelah serangan udara yang berlaku di salah satu daerah di Karam El-Beik.
Antara video yang dimuat turun juga menunjukkan mereka yang terselamat membawa mangsa yang cedera dalam selimut yang berdarah. Abeer Etefa, Jurucakap Timur Tengah bagi Program Makanan Dunia PBB berkata, "Lebih daripada 10 kawasan yang di Aleppo yang telah mengalami serangan udara daripada tentera rejim. Penduduk tempatan sangat terdedah dengan serangan yang dilancarkan bukan sahaja berbentuk bahan letupan bahkan peluru berpandu."

Dalam temu bual bersama Al Jazeera; Andrew Tabler salah seorang penganalisis Syria di Washington Insititut yang  berpusat di Near Dasar Timur telah melaporkan bahawa serangan terbaru tersebut membuktikan bahawa rejim Assad ingin merampas kembali daerah Aleppo. "Rejim Assad sebenarnya mempunyai hasrat untuk menguasai kembali kawasan tersebut, " kata Tabler . "Namun menjadi persoalannya ialah adakah mereka  mempunyai tentera yang cukup untuk menguasai daerah itu. "

Berhampiran ibu kota, Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria melaporkan bahawa angka kematian telah meningkat kepada 28 orang di bandar Adra, timur laut Damsyik dimana pertempuran antara Tentera Bebas Syria dengan rejim Assad melancarkan serangan di sana pada Rabu lalu.

Bantuan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sementara itu juga, PBB telah menghantar bantuan pertamakemanusiaan melalui udara ke Syria dari Iraq pada hari Ahad lalu pihak tersebut merancang untuk membekalkan lebih banyak makanan dan bantuan musim sejuk ke timur laut terutamanya Kurdish dalam tempoh 12 hari akan datang.
Pesawat kargo pertama yang membawa bekalan tersebut telah berlepas dari Arbil di rantau Kurdistan Iraq utara menuju ke Hassakeh di Syria.

Bekalan makanan yang akan disalurkan dalam tempoh 12 hari itu dijangka dapat menampung lebih daripada 6,000 keluarga Syria untuk sepanjang Disember, demikian lapor Program Makanan Dunia PBB. Ini adalah musim sejuk ketiga sejak konflik Syria bermula pada Mac 2011.

"Kami menjamin penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Arbil akan menuju ke bandar Qamishli, yang dihuni oleh penduduk Kurdis di Syria. Ini adalah penerbangan pertama yang dilaksanakan, " Ujar Dindar Zibari , Timbalan Ketua Jabatan Hubungan Luar Kurdistan.

Bantuan melalui pengangkutan udara tersebut akan dilaksanakan selama 12 hari yang melibatkan pelbagai agensi PBB, termasuk 400 tan makanan dan 196 kg kit perubatan, katanya.

"Kami juga berharap awal Januari tahun hadapan sekali lagi akan dilancarkan penghantaran udara dan kargo ke Syria. Rancangan ini juga merupakan gabungan bersama KRG ( Kerajaan Kurdistan Serantau ) yang menyokong penuh rancangan bantuan tersebut kerana melihatkan risiko Syria akan menghadapi situasi yang amat kekurangan bantuan dari semua sudut. " katanya.

Kedua-dua kerajaan telah mencapai kata sepakat untuk melancarkan bantuan yang mana termasuk bekalan barangan bukan makanan seperti selimut , pakaian dan perubatan pada hari-hari mendatang.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook