Saturday, December 14, 2013

Kegagalan Kesatuan Eropah Menangani Krisis pelarian Syria


Pemimpin Kesatuan Eropah perlu bertanggungjawab atas keengganan pihak tersebut untuk menyediakan tempat yang selamat untuk pelarian. Rawatan orang-orang pelarian Syria yang melarikan diri dari konflik kejam di negara ini sepatutnya diambil berat oleh para pimpinan Kesatuan Eropah, ujar salah seorang wakil daripada kumpulan hak asasi Amnesty International.Suatu kenyataan telah dikeluarkan pada hari Jumaat semalam yang bertajuk ; "Kegagalan peringkat antarabangsa dalam menangani Krisis pelarian Syria." kumpulan hak asasi berkenaan telah menyatakan bahawa Kesatuan Eropah ( EU) hanya ditawarkan lebih kurang 12,000 tempat untuk pelarian Syria, sedangkan peruntukan daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bagi mendapatkan 30,000 tempat.

"EU ternyata telah mengambil remeh perkara ini dan gagal memainkan peranannya dalam menyediakan tempat yang selamat dan kemudahan yang sewajarnya kepada pelarian yang sangat memerlukan,"demikian kata Setiausaha Agung Amnesty, Salil Shetty .

"Jumlah yang memerlukan tempat perlindungan amat ramai dan perkara tersebut sangat menyedihkan ," katanya. Beliau turut menyeru kepada pemimpin Kesatuan Eropah untuk merangka perancangan bantuan dan menyediakan laluan yang selamat kepada mereka.Sehingga kini, hanya 10 negara anggota EU menawarkan penempatan semula atau tempat perlindungan bagi pelarian Syria. Daripada 12,000 tempat yang ditawarkan , 10,000 dibiaya oleh Jerman. Perancis pula telah menawarkan 500 tempat dan Sepanyol 30.

Kesemua lapan belas negara anggota EU - termasuk UK dan Itali - sebelum ini telah berikrar untuk menyediakan  tempat perlindungan bagi pelarian, lapor salah sebuah badan amal yang berpusat di London. 

"Bantuan rawatan yang mengecewakan."

"Dua daripada pintu masuk utama ke EU, iaitu negara Bulgaria dan Greece dipenuhi dengan pelarian Syria yang berpusu-pusu menerima bantuan rawatan dalam keadaan yang sesak. Selain itu juga, mereka sebenarnya terdedah dengan 'checkpoint' di sepanjang pantai Greece, yang kemudiannya terperangkap selama beberapa minggu dalam keadaan tanpa bekalan dan kemudahan di Bulgaria," katanya.

Di Bulgaria, Amnesty melaporkan bahawa mereka mendapati pelarian hidup dalam keadaan tidak terurus dan ditempatkan dalam sebuah bangunan usang dan khemah-khemah yang rosak.

"Sangat mengecewakan apabila ramai pelarian sanggup  mempertaruhkan nyawa dan untuk sampai ke sini, dengan risiko sama ada dipaksa kembali tetapi malangnya mereka ditahan dalam keadaan yang tidak terurus dengan makanan, sumber air atau rawatan perubatan yang tidak mencukupi." kata Shetty .

Kira-kira 55,000 pelarian Syria telah berjaya melalui rintangan dan mendapatkan bantuan perlindungan di negara-negara Kesatuan Eropah. Hampir 97 peratus daripada pelarian Syria - iaitu anggaran 2.3 juta orang telah bertebaran di lima negara-negara jiran : Lebanon , Jordan , Turki , Iraq dan Mesir.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook