Friday, December 13, 2013

Masjid untuk golongan 'Transgender' akan dibuka di Kanada


Sekumpulan kaum 'Transgender' (homoseksual) Kanada telah mengumumkan rancangan mereka untuk membuka masjid "kesatuan" di bandar Halifax, Kanada timur di wilayah Nova Scotia. Masjid tersebut adalah khusus untuk golongan gay, transgender dan para imam terdiri daripada wanita yang boleh beribadah secara terbuka.

"Anda boleh untuk menjadi seorang homo, tetapi anda tidak boleh mengelak daripada status agama apabila berada di tempat seperti masjid," Syed Adnan Hussein, salah seorang anggota kumpulan tersebut telah mengusulkan kepada pihak berkenaan, sebagaimana yang dilaporkan oleh onislam, pada Khamis semalam.

Menurut Hussein,"Masjid Kesatuan" yang baru ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan 'transgender' Muslim dan meraikan mereka untuk menjadi 'diri sendiri'. Walaupun tidak
ada jumlah yang tepat bagi golongan tersebut di sana, Hussien menegaskan pentingnya membina tempat ibadah untuk mereka .

Justeru, para ulama di Halifax Kanada mengecam pembinaan masjid itu dan menegaskan sebagai perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Firman Allah yang termaktub di dalam Al -Quran adalah jelas, sebagaimana dalam agama yang lain juga tidak membenarkan perbuatan homoseksual," kata Jamal Badawi, seorang profesor Emeritus di Universiti Saint Mary di Halifax.

"Semua masjid mengalukan bagi semua golongan dan keseluruhannya untuk beribadah tanpa memandang bangsa , warna kulit , jantina dan sebagainya. Amat tidak wajar sekali bagi membina masjid hanya untuk golongan tertentu kerana ia seolah bertujuan memecah-belahkan umat." kata Imam Ibrahim Alshanti, wakil bagi institusi masjid di Halifax. November lalu, seorang homoseksual Perancis telah membuka sebuah masjid di Paris untuk jamaah gay dan wanita yang tidak memakai tudung. Perkara ini ternyata telah mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim Perancis terutama para sarjana Muslim mengecam secara terbuka tindakan golongan transgender tersebut dan menganggap ia sebagai salah satu bentuk promosi bagi kesalahan moral dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam.


Pengasas masjid kaum gay sebelum ini , Ludovic Mohammed Zahed , berpendapat bahawa ia dibina bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap perkara yang dianggap remeh dalam Islam, antaranya homoseksual. Dia turut menegaskan bahawa masjid yang dibina yang olehnya yang terletak di sebuah kuil Hindu , sebagai bukti bahawa Islam menerima perkara tersebut. Namun hujah tersebut ditolak oleh Boubakeur dan beliau menegaskan bahawa perkara tersebut wajib dihalang kerana ia jelas bertentangan dengan semangat Islam .

"Para jemaah pergi ke masjid untuk beribadah kepada Allah , bukan menunjukkan seksualiti mereka . "

" Homoseksual merupakan perbuatan terkutuk yang jelas dilarang oleh Allah serta disebut sebanyak 13 kali dalam Al- Qur'an, " kata Abu Bakr. "Bahkan satu - satunya hubungan seksual yang sah antara lelaki dan wanita adalah hanya setelah berkahwin . "

"Kami tidak sewenangnya dapat mengubah secara drastik golongan tersebut, tapi pada masa yang sama juga kami tidak boleh memberikan mereka satu ruang yang selesa sehingga merekadiakui dalam komuniti Muslim," Lapornya kepada Reuters.

Abdullah Zekri, Presiden bagi Kesatuan Negara Islamofobia ,turut mengecam langkah itu. "Kita tahu dan menerima kenyataan tentang kewujudan Muslim yang mempunyai penyakit hubungan sesama jenis, tetapi pembinaan masjid adalah suatu perkara yang tidak masuk akal." katanya.

Sumber :arrahmah.co

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook