Tuesday, December 10, 2013

Polis menahan pelajar yang terlibat dalam rusuhan di Universiti Al-Azhar


Polis menahan sekurang-kurangnya 144 orang penunjuk perasaan yang terlibat dalam demonstrasi di Universiti di Kaherah. Sekurang-kurangnya lima orang cedera, dan seorang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, demikian lapor Kementerian Dalam Negeri. Laporan mengatakan pelajar terbabit mengalami cedera parah akibat ditembak di dada dan dikejarkan ke hospital, sekarang beliau dilaporkan berada dalam rawatan rapi.

Dalam rusuhan yang melibatkan pertembungan antara pemberontak dan pelajar itu, pihak polis meleraikan rusuhan dengan melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan.Beberapa kereta polis dibakar manakala pegawai keselamatan telah membaling petrol bom dalam pertempuran tersebut.Pelajar-pelajar yang terdiri daripada penyokong bekas presiden Mohamed Morsi telah melakukan protes berterusan sejak pengajian yang  bermula pada bulan September.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Badi'e muncul di mahkamah buat kali pertama sejak beliau diambil tindakan keras dengan tuduhan melakukan operasi penggulingan kerajaan kudeta yang memerintah sejak Ogos lalu.

Mahmoud Subeiha, Ketua Keselamatan Universiti telah melaporkan swasta PJK TV Mesir bahawa dia telah membenarkan polis masuk ke dalam kawasan kuliah bagi meleraikan rusuhan yang berlaku. Pelajar- pelajar tersebut membuat demonstrasi besar-besaran pada hari Ahad  yang lalu berpunca daripada 21 rakan-rakan mereka yang telah didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Penasihat Ikhwan Muslimin, Dr Mohamed Badi'e telah menafikan sebarang tuduhan punca berlakunya keganasan, beliau bercakap dalam tahanan dan muncul buat kali pertamanya  bersama pemimpin Ikhawan Muslimin yang lain, termasuk Mohamed Al-Beltagi dan Essam Al-Erian .

Dr Mohamed Badi'e turut mempersoalkan "Mengapa polis tidak menyiasat pembunuhan anak saya, pembakaran rumah saya dan pejabat utama Ikhwan Muslimin ?" Soal Dr Mohamed Badie yang telah kehilangan anaknya yang terbunuh dalam protes 17 Ogos yang lalu yang turut melibatkan anggota Ikhwan Muslimin.

Kes berkaitan dengan kebakaran pada pertengahan bulan Julai berhampiran kem bantahan Ikhwan di Universiti Kaherah akan dibicara kembali bermula hari Isnin semalam. Kejatuhan Dr Muhammad Mursi telah mencetuskan perselisihan yang paling teruk dalam sejarah moden Mesir. Pasukan keselamatan telah membunuh beratus-ratus penyokong Dr Muhammad Mursi semasa demonstrasi, manakala 200 anggota tentera dan polis telah terbunuh. Ekoran daripada itu, kebanyakan kepimpinan Ikhwan telah ditangkap dan dipenjara. Dr Muhammad Mursi berusaha membela dirinya daripada tuduhan menghasut penunjuk perasaan semasa keganasan yang berlaku di luar istana Presiden. Perbicaraannya telah bermula pada 4 November lalu.

Suasana perbicaraan sedikit terganggu dengan laungan penyokong Dr Muhammad Mursi yang hadir dan menzahirkan  protes terhadap penggulingan ke atas Ketua Negara yang pertama dipilih secara bebas oleh suara rakyat.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook