Tuesday, December 10, 2013

Pembunuhan Terancang Didalangi Skuad Pembunuh Syiah

Tentera Gabungan dan pembangkang Syria telah mengeluarkan satu laporan lengkap mengenai perlaksanaan pasukan terlatih yang terdiri daripada tentera Pengintip Assad dan Pengawal Revolusi Iran daripada "Gerakan Ketuhanan" yang telah melakukan jenayah pembunuhan orang awam beramai-ramai dengan menggunakan senjata tajam.

Mereka telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan puluhan ribu orang awam yang terkorban akibat pengeboman peluru berpandu dan bom tangan. Tetapi menurutnya lagi, "Orang awam Syria tidak mati akibat peluru sahaja. Laporan itu menunjukkan bahawa tentera Assad telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang terancang dengan purata 20 orang dalam tempoh dua hari semenjak berlakunya Revolusi. Hampir 2885 terbunuh dalam jenayah penyembelihan, termasuk lebih daripada 200 kanak-kanak dan 120 wanita.

Pembunuhan beramai-ramai ini dikenalpasti telah dilakukan oleh pasukan yang  terlatih , dan dikenali sebagai skuad pembunuh. Menurut gabungan itu lagi, keterlibatan Pengawal Revolusi Iran dan "Gerakan Ketuhanan" juga turut terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di salah sebuah kebun zaitun di Homs. Bahkan perkara tersebut ditandatangani pada Mac tahun lepas yang mana telah meragut nyawa 100 orang, 45 daripadanya terbunuh kerana disembelih.

Sumber : مفكرة الإسلام

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook