Wednesday, December 11, 2013

Virus akibat Serangan Kimia Di Syria


Dua bulan selepas serangan senjata kimia di Syria ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengambil inisiatif untuk terus membekalkan vaksin 'Polio' kepada kanak-kanak Syria yang menderita semenjak berlakunya konflik berpanjangan di negara tersebut.

"Dalam keadaan penderitaan yang belum lagi pulih, kanak-kanak Syria kini berdepan dengan satu lagi ancaman kepada kesihatan dan tumbesaran mereka," ujar Maria Calivis , Pengarah UNICEF Timur Tengah dan Afrika Utara memberitahu Agence France Presse ( AFP) pada hari Isnin, 9 Disember lalu. Wabak virus Polio telah dikesan sejak Oktober lalu. Kerajaan kemudiannya mengisytiharkan bahawa virus tersebut telah
menyerang dan menyebabkan 10 orang kanak-kanak mengalami kelumpuhan. Menjelang November, 17 kanak-kanak Syria telah lumpuh akibat virus tersebut dan 15 daripada mereka dilaporkan berada di Deir Ez Zour dan dua kes di Aleppo dan Damsyik.

WHO dan UNICEF telah melancarkan satu usaha kempen besar-besaran untuk mencegah virus polio yang merbahaya yang mana telah mensasarkan kanak-kanak di bawah lima tahun. Dalam usaha untuk mengesan kanak-kanak di kawasan tertentu,  pihak terbabit telah mengambil inisiatif untuk membuka pusat khusus yang menawarkan perkhidmatan vaksinasi. Lawatan ke rumah-rumah juga akan turut dijalankan.

"Kempen ini bertujuan untuk mencapai 2.2 juta kanak-kanak Syria, termasuk mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang dikenalpasti dan juga mereka yang tidak berkesempatan dalam kempen yang dijalankan."  Situasi peperangan yang masih berterusan telah menggesa pegawai WHO untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkenaan bagi membenarkan kempensuntikan vaksin diambil bagi menyelamatkan kanak-kanak.

"Kami merayu kepada semua pihak di Syria untuk bekerjasama dan memberi peluang sekurang-kurangnya dalam masa enam bulan akan datang bagi membolehkan kempen vaksinasi dijalankan secara keseluruhan ," kata Ala Alwan, pengarah WHO bahagian Timur Mediterranean.

"Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi dan diberikan penjagaan kesihatan bagi mengelakkan virus polio yang membahayakan." Kempen ini mensasarkan kanak-kanak di kawasan sekitar Syria dan juga termasuk; Mesir , Jordan , Lebanon , Iraq , Tebing Barat di Semenanjung Gaza dan Turki.

Hampir 30 milion telah diperuntukkan untuk kempen yang dilancarkan pada bulan Oktober dan November lalu, dan dijangka berlangsung selama lebih enam atau lapan bulan.

"Wabak ini disyaki sangat aktif dan berisiko untuk negara yang terdedah dalam situasi perang antaranya ; Afghanistan , Nigeria dan Pakistan ," kata Alwan .

"Selagi sebarang tindakan tidak diambil bagi menghentikan wabak ini , dunia akan sentiasa berada di risiko yang membimbangkan. Kita mesti melakukan usaha sebaiknya bagi memastikan semua kanak-kanak di kawasan berkenaan. "

Sumber : islamstory

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook