Tuesday, December 10, 2013

Letupan Bom Terbaru Di Iraq

Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh akibat serangan yang berlaku di salah sebuah kafe di bandar Buhriz, selatan Baquba sehari selepas letupan yang berlaku di sekitar Baghdad. Sebuah kereta yang tiba-tiba meletup berhampiran sebuah kafe di pusat Iraq telah membunuh sekurang-kurangnya lapan orang awam manakala 22 orang polis dilaporkan tercedera.Serangan yang tercetus sehari selepas satu siri serangan bom di sekitar Baghdad itu menyebabkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh.

Mengikut laporan, kumpulan bersenjata yang menyerang puluhan kafe di Iraq sejak kebelakangan ini telah berulang kali mensasarkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar dan masjid walaupun langkah-langkah keselamatan diambil oleh pihak berkuasa.

Keganasan di Iraq yang berlaku sejak 2008 telah mencapai tahap yang kritikal, apabila negara yang bergolak itu melalui tempoh rekod jenayah pembunuhan yang semakin berleluasa. Hampir 950 orang dilaporkan terbunuh dalam bulan November sahaja. Pada masa yang sama, pegawai-pegawai kerajaan telah menunding jari kepada al-Qaeda berkaitan perang saudara yang tercetus di negara jiran Syria, tetapi penganalisis dan diplomat berkata kerajaan masih tidak mengambil langkah yang sepatutnya dalam menangani masalah domestik.

Pergolakan mula tercetus selepas pasukan keselamatan menyerbu sebuah komuniti Sunni di utara kem bantahan Arab Baghdad pada bulan April yang lalu, telah membawa kepada pertempuran yang mengorbankan puluhan nyawa.

Menurut sumber minoriti Sunni di Iraq, tunjuk perasaan besar-besaran yang kerap berlaku selama hampir setahun berpunca daripada diskriminasi oleh kerajaan yang dipimpin penganut Syiah.

Kerajaan telah membuat beberapa usaha untuk meredakan  pergolakan tersebut termasuklah membebaskan tahanan dan menaikkan gaji pejuang anti al-Qaeda, dan meningkatkan operasi keselamatan menentang kumpulan bersenjata.

Tetapi serangan yang berlaku saban hari masih tidak surut bahkan keganasan telah merekodkan lebih daripada 6,300 orang sejak awal tahun ini, demikian menurut laporan AFP.

 Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook