Sebuah roket telah dilancarkan dari Gaza ke selatan Israel semalam, walaubagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku, lapor jurucakap polis Micky Rosenfeld. Serangan yang berlaku adalah kesan setelah hari pertama pembukaan kepada rundingan damai Timur Tengah.
"Sebuah roket telah dilancarkan dari Gaza dan meletup di salah sebuah wilayah Israel. Walaubagaimanapun letupan tersebut tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan."
Serangan tersebut merupakan tindak balas daripada Israel dan warga Palestin atas pengisytiharan hari rundingan damai yang akan berlangsung di Washington selepas berakhirnya majlis rasmi pihak berkenaan pada hari Isnin bagi membincangkan rundingan yang telah terhenti selama tiga tahun.
Setelah kegagalan gencatan senjata dengan pihak Israel sejak November tahun lepas, HAMAS membuat keputusan untuk terus bertegas dan mengelakkan keterlibatan dalam sebarang rundingan damai dengan pihak penjajah. Akan tetapi pada masa yang sama, seringkali juga terdapat serangan roket yang dilancarkan oleh pihak lain. Sebelum ini pernah dilaporkan dua roket dilancarkan pada 24 Julai, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Pada 24 Jun yang lalu, kumpulan Jihad Islam radikal telah melepaskan lima roket ke Israel, yang mana telah menyebabkan serangan balas di udara. Israel mendakwa bahawa sebagai pihak berkuasa di Gaza, mereka bertanggungjawab keatas semua serangan roket tanpa mengira siapa yang terlibat.
Sumber : Misra al-Youm
Wednesday, July 31, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment