Monday, July 29, 2013

"Kezaliman yang belum pernah berlaku dalam pemerintahan diktator Mesir."-Penasihat Syeikh Al-Azhar


KAHERAH - Syeikh Hasan As-Syafi'e, Penasihat Syeikh Al-Azhar bersama anggota Dewan Ulama Mesir telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembunuhan beramai-ramai rakyat di Rabiatul Adawiyah, ibukota Kaherah pada Sabtu lalu adalah kezaliman yang belum pernah terjadi dalam sejarah Mesir, lapor TV Al-Jazeera.

Syeikh As-Syafi'e menyatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah ketika mana penjajah bertapak di bumi Mesir ini melakukan kezaliman sebagaimana yang dilakukan tentera Mesir pada waktu ini atas arahan as-Sisi. "Jamal Abdul Nasir juga tidak pernah menembak rakyat yang berhimpun untuk menentangnya pada 1967." Jelasnya lagi.
Beliau turut menyeru kepada para alim ulama' dan mereka yang mempunyai pangkat dan kepentingan dalam kerajaan di Mesir serta seluruh dunia untuk bersama-sama membantu dengan apa jua tindakan yang dibenarkan bagi menghentikan siri pembunuhan beramai-ramai di negara ini.

"Lebih 100 orang gugur dan hampir 400 orang cedera dalam kejadian subuh Sabtu lalu. Para tentera ternyata telah menyalahgunakan kuasa kerana mereka sepatutnya melawan zionis yang telah merampas tanah suci Palestin, akan tetapi sebaliknya mereka sanggup membunuh kaum muslimin warga Mesir yang tidak bersalah." Ujar Syeikh As-Syafi'e ketika dihubungi TV Al-Jazeera.

"Dimanakah organisasi kemanusiaan apabila terkorbannya nyawa? Dimanakah Doktor Muhammad Baradei yang telah mendakwa bahawa Mursi telah kehilangan sifat kepemimpinan ketika mana terkorbannya seorang penunjuk perasaan pada era pemerintahannya?"

"Di manakah para alim ulama' yang sebelum ini menyeru dengan sabda Nabi saw bahawa darah seorang muslim di sisi Allah lebih suci daripada kesucian Kaabah dan bahawa kejatuhan Kaabah lebih ringan berbanding tertumpahnya darah orang yang tak berdosa?" Tambahnya lagi.

Sekurang-kurangnya 120 penunjuk perasaan penyokong Mursi gugur dan 4500 lagi cedera selepas tentera Mesir bertindak menembak secara rambang pada pagi sabtu lalu yang berlaku di Jalan tugu Anwar Sadat di ibukota Kaherah. Pasukan perubatan turut melaporkan tentera Mesir telah menyerang puluhan rakyat penyokong Mursi di jalan raya menuju ke lapangan terbang Kaherah.

Sumber : Ar-Rahmah.Com



0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook