Sunday, July 28, 2013

Briged Mujahidin Syria Bergabung untuk Membebaskan Damsyik Siraaj


Damsyik - Lebih daripada 24 briged Mujahidin di Ghoutah Timur telah mengeluarkan satu kenyataan melalui YouTube bahawa akan berlakunya penggabungan Briged-Briged Mujahidin di sempadan timur untuk memasuki Damsyik, berikut dilaporkan Zaman Alwasl. Operasi pertama telah berjaya dilancarkan pada malam Jumaat yang lalu bermula di daerah Jobar Damsyik. Sementara itu juga, pertempuran sengit telah meletus di Qaboun dan Barzeh setelah pasukan rejim Assad mengebom wilayah tersebut. Manakala bahagian utara wilayah ibu negara Syria itu juga turut dihujani bom dan mortar rejim.

Menurut Pusat Penyelidikan Hak Asasi Manusia Syria, Briged Mujahidin telah menyerbu markaz utama rejim dan sehingga kini pertempuran masih berlanjutan di daerah Ma'amel, utara Jobar.

Laporan daripada Pusat Penyelidikan telah mendedahkan pasukan rejim Assad masih berterusan melakukan serbuan dan penangkapan di lapangan As-Sakhna dan persekitaran Syeikh Sa'ad di Al-Mazzeh. Pada masa yang sama sejumlah penduduk telah ditahan ketika mereka melalui pos pemeriksaan di kem pelarian Yarmouk yang mana  telah ditutup serta tidak dibenarkan masuk.

Sumber : Ar-Rahmah.Com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook