Friday, July 26, 2013

Lebih daripada 2,000 terbunuh di Syria sejak awal Ramadan

Hampir 2,014 orang telah terbunuh dalam perang saudara Syria di bulan Ramadan tahun ini bermula pada 10 Julai yang lalu. Pusat Penyelidikan Hak Asasi Manusia Syria memberitahu Persidangan Agensi Perancis (AFP), lebih daripada 1,323 orang yang terbunuh dari kalangan tentera rejim dan tentera bebas Syria.

Pengarah Pusat Penyelidikan, Rami Abdel Rahman berkata, secara keseluruhan "Bilangan kematian meningkat secara mendadak dalam tempoh empat hari yang lalu," beliau menambah lagi, kedua-dua kem ketenteraan menyembunyikan laporan jumlah sebenar kematian yang sebenarnya lebih tinggi."

Dalam pada itu, Pusat Penyelidikan Britain melaporkan bahawa 438 tentera telah terbunuh bulan ini dan 69 lagi terdiri daripada anggota tentera Pertahanan Negara Tentera kerajaan terbunuh.

Sementara itu, tiga puluh daripada 545 orang yang terbunuh adalah terdiri daripada anggota tentera bebas Syria, dan 241 merupakan pejuang asing dan tidak dikenali.

Beliau turut menambah, "Angka kematian juga termasuk 639 orang awam, yang mana 105 daripada mereka adalah kanak-kanak dan 99 wanita, sebahagian besarnya terbunuh dalam serangan tentera. Turut dilaporkan sebanyak 52 mayat lagi tidak dikenali.

Menurut Pusat Penyelidikan, semenjak rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan perang dan melakukan tindakan kejam ke atas revolusi rakyat yang bermula Mac 2011 yang lalu, lebih daripada 100,000 orang telah terbunuh dalam konflik di Syria setakat ini. Sehingga kini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa kira-kira 5,000 orang sebulan telah terbunuh dalam perang saudara di Syria.


Sumber oleh : Al-Arabiya.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook