Monday, February 18, 2013

Hujan Meteor di Rusia Seperti Kiamat




Moscow, - Hujan meteor yang melanda wilayah Urals, Rusia pagi Jumaat waktu tempatan  telah menimbulkan kegelisahan rakyat di sana. Seorang saksi peristiwa tersebut bernama Gulnara Dudka menceritakan peristiwa dramatik tersebut. Wanita muda itu merasa takut dan mengira kiamat telah tiba.
"Saya melihat kilatan terang dari belakang saya. Semua menyala, sangat terang. Ia seperti di filem Armageddon ketika hujan meteor bermula, saya benar-benar menganggap ia seperti kiamat, "kata wanita berumur 20-an tahun itu.

"Sangat mengerikan, khususnya letupan tersebut. Sangat kuat. Saya hanya membisu. Ia begitu kuat, "cetusnya di Daily Mail, Jumaat (15/2/2013).

Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Rusia menyatakan, sekurang-kurangnya 474 orang terluka, 14 orang di antaranya mengalami luka serius akibat hujan meteor ini. Kebanyakan mereka cedera akibat terkena pecahan kaca tingkap.

Sekitar 20 ribu petugas penyelamat telah dikerahkan untuk menolong para mangsa tercedera. Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan, pihaknya telah menghantar tentera-tentera ke lokasi yang terkena kesan hujan meteor ini.

Dilaporkan terdapat sekitar 6 bandar yang mengalami kerosakan akibat hujan meteor ini. Wilayah yang paling teruk terkena kesan hujan meteor ini ialah wilayah Chelyabinsk.

Saluran telefon mahupun isyarat telefon bimbit di beberapa kawasan wilayah Chelyabinsk terputus akibat insiden ini. Dilaporkan, puncanta kerana sebuah meteorit yang jatuh ke bumi terkena sebuah antena telekomunikasi tempatan.

Banyak tingkap, baik di kawasan pejabat mahupun di penempatan warga yang pecah akibat bunyi letupan meteor di udara. Di dapati sebuah kilang di kawasan tersebut mengalami kerosakan yang paling teruk kerana dihentam meteorit. Bahagian bumbung bangunan kilang tersebut runtuh dan beberapa dindingnya tersekat.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook