Wednesday, February 13, 2013

PBB - Angka Kematian Rakyat Syia Hampir 70 000


Pasukan Paramedik Turki merawat seorang lelaki Syria dalam  ambulans Turki di sempadan Syria-Turki di Oncupinar selepas dia cedera di Aleppo.


Terkini, jumlah kematian rakyat Syria akibat serangan rejim Bashar Assad bermula pada tahun ini adalah sejumlah 9 000 orang manakal jumlah keseluruhan kematian rakyat Syria semenjak 2 tahun lalu mungkin mencecah 70 000 - kata pihak PBB pada hari Selasa semalam.

Pada awal Januari, kurang daripada enam minggu lalu, Navi Pillay berkata angka kematian di Syria telah melebihi 60,000, ia  "benar-benar mengejutkan" dan lebih tinggi daripada jangkaan PBB.

Membuka ucapan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai perlindungan awam dalam konflik bersenjata, Pillay turut mengumumkan sejumlah 60,000 kematian di Syria dan memberitahu ahli: "Angka Itu mungkin kini menghampiri 70.000"

Beliau dikritik selaku wakil PBB yang paling berkuasa kerana kegagalan untuk menamatkan pembunuhan di Syria.


Sumber : Al-Arabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook