Wednesday, February 13, 2013

DR.SYAUQI ABDUL KARIM MUFTI BARU MESIR

Majlis Anggota Kibar Ulamak yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Toyyib memilih pensyarah dan Ketua Bahagian Feqah Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Dr. Syauqi Ibrahim Abdul Karim sebagai Mufti Mesir yang baru menggantikan Dr.Ali Juma'ah.
Menurut Dr. Syauqi, beliau telah menerima panggilan dari Syeikh Al-Azhar memaklumkan pencalonan beliau. Menurut sumber, terdapat dua calon lain yang dicalonkan iaitu Dr.Atiyah Fayadh (Pensyarah Feqah Perbandingan Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah) dan Dr. Farhat Abdul 'Ati (Pensyarah Fakulti Syariah Islam). Walau bagaimanapun, Dr.Syauqi yang masih menanti pengesahan dari Presiden Dr.Mursi memperoleh undi tertinggi dari kalangan anggota Kibar Ulamak.
Dalam sidang media kemudian, Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Qardhawi yang juga anggota Kibar Ulamak berkata, pemilihan Dr.Syauqi menepati kriteria yang ditetapkan.
Bekas Menteri Wakaf Mesir, Dr.Abdullah Husaini Hilal yang merupakan salah seorang anggota Kibar Ulamak menafikan pemilihan Dr.Syauqi terdapat campurtangan politik bahkan pemilihan berdasarkan manhaj Al-Azhar bersifat "wasoti" dan ia menjadi syarat yang utama.


Sumber : Abdul Malik , Onislam.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook