Friday, July 26, 2013

48 Jam untuk Ikhwan Muslimin Berdamai

"Ikhwan Muslimin diberikan tempoh selewat-lewatnya sehingga petang Sabtu untuk menyertai perdamaian politik", berikut kenyataan di laman web tentera pada Khamis semalam, malam perhimpunan pro-tentera.

"Buat masa sekarang kami tidak akan mengambil sebarang langkah tetapi kami tidak akan teragak untuk mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin Ikhwan dan penyokong mereka yang menyebar sebarang hasutan dan melakukan keganasan. Pihak tentera juga turut berjanji akan melindungi penunjuk perasaan yang berhimpun aman tanpa mengira fahaman mereka."
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh jurucakap tentera berikutan ucapan Ketua Tentera Abdul Fattah al-Sisi pada hari Rabu lalu, yang menyeru kepada seluruh rakyat Mesir dengan slogan "Untuk bersama dengan negara dan bersedia untuk masa depan."

Sisi telah mengeluarkan kenyataan untuk memberi tempoh selama 48 jam kepada Ikhwan Muslimin untuk berundur, beliau turut menggalakkan rakyat untuk turun dan menyertai perhimpunan besar-besaran pada hari Jumaat ini sebagai hari menentang "keganasan dan kezaliman."

Walaubagaimanapun, seorang pegawai kanan tentera memberitahu AFP bahawa kenyataan itu tidak semestinya menggambarkan pandangan secara keseluruhan daripada pihak tentera meskipun ia disiarkan dalam laman web mereka."

"Tempoh 48 jam yang diberikan adalah inisiatif bagi perdamaian politik dan tidak sama sekali berkaitan bahawa selepas tempoh tersebut kami akan melakukan tindakan drastik," berikut kenyataan pegawai tersebut.

Selepas Presiden Mohammed Mursi digulingkan, pada 3 Julai berikutnya seorang ahli politik Ikhwan menyatakan pihak mereka telah menetapkan satu pelan tindakan untuk menghadapi peralihan politik baru yang akan membawa kepada pilihan raya parlimen kira-kira enam bulan akan datang.

Sementara itu, Washington menggesa agar tentera Mesir melaksanakan persediaan yang sepatutnya lebih awal bagi mengelakkan sebarang pertempuran yang akan tercetus antara orang awam.

"Kami menggesa pasukan keselamatan Mesir bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku." kata jurucakap White House Josh Earnest. Beliau turut menyatakan bahawa Washington memandang berat terhadap sebarang tindakan retorik yang menyebabkan berlakunya ketegangan selepas Ketua Tentera Mesir Abdul Fattah As-Sisi menggesa rakyat Mesir untuk turun dan  menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan sementara. Pada masa yang sama, semua pihak telah bersedia untuk menghadapi protes pada hari Jumaat ini.

Sumber al-Arabiya.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook