Sunday, December 23, 2012

PULUHAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT MUSIM SEJUK DI UKRAINE



Lebih daripada 80 orang telah meninggal dunia di Ukraine akibat cuaca sejuk melampau di negara itu, lapor media tempatan.

Seorang pegawai dari kementerian kesihatan Ukraine berkata pada Jumaat lalu, menurut Interfax Ukraine, 83 orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat kesejukan,. Kebanyakan mangsa telah ditemui di jalan-jalan.

Suhu serendah negatif 23 darjah Celsius dan salji lebat pada bulan ini telah menyebabkan bandar raya Kiev  dan kebanyakan negara lain diselaputi salji tebal.

Penduduk melaporkan bahawa tiada tempat bagi orang-orang yang tidak memiliki tempat tinggal di Kiev untuk berlindung daripada cuaca melampau.

"Jika mereka ‘beku’ tiada tempat tinggal, maka mungkin benar bahawa mereka tiada tempat untuk pergi dalam keadaan sedemikian bagi memanaskan badan," kata seorang wanita tempatan bernama Tatiana.

Lebih daripada 500 orang sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negara. Di bahagian barat negara, kenderaan terperangkap dalam tiga hari kesesakan trafik tiga yang melibatkan jalanraya sejauh 20 km.

Hampir 100 bandar-bandar dan kampung-kampung di seluruh negara kekal tanpa elektrik. Unit tentera juga telah dikerahkan untuk membantu membersihkan salji di lebuh raya utama.

Kira-kira 1,500 pusat perlindungan dilaporkan telah ditubuhkan di mana orang awam yang tidak memiliki tempat tinggal dan warga tua boleh mendapatkan hidangan panas dan tempat panas untuk tidur.

"Jika tiada pusat perlindungan seperti itu, jika tiada apa-apa seperti itu, kami semua akan mati kesejukan" kata Andrei, seorang lelaki yang tiada tempat tinggal dari Kiev.

Awal minggu ini, kementerian kesihatan berkata 190 orang telah meminta bantuan perubatan untuk hipotermia, dan 162 telah dimasukkan ke hospital. Musim sejuk lalu, lebih daripada 100 orang meninggal dunia akibat musim sejuk di Ukraine.

Sumber : Aljazeerah

1 comments:

Fly said...

It is very important to have contacts of good hospitals when you are travelling. This is much more important in Eastern Europe countries like Ukraine, because quality of medical services  there is often not very good. I created a directory of Ukrainian hospitals you may rely on while your travel to Ukraine. This travel directory also contains very useful information on accommodation, entertainments and transfers in Ukraine.

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook