Sunday, December 23, 2012

LAGI SERANGAN TERHADAP PETUGAS POLIO DI PAKISTAN



Seorang lelaki bersenjata telah membunuh tiga lagi petugas kempen vaksinasi polio di Pakistan, kata pegawai kempen itu, ini adalah hari ke tiga berlakunya pertumpahan darah.

Seorang pekerja kesihatan wanita dan pemandu beliau telah ditembak mati di Charsadda, berhampiran Peshawar, bandar utama di barat laut Pakistan, polis rasmi Wajid Khan memberitahu agensi berita AFP pada hari Rabu. Seorang pegawai polis kedua mengesahkan kejadian itu.

Seorang pekerja lain yang ditembak dan mengalami kecederaan dalam serangan awal di pinggir Peshawar juga meninggal dunia, kata doktor Ahmad Saqlain yang bertugas di Hospital Lady Reading.

Pada Isnin dan Selasa, enam orang wanita pekerja kesihatan terbunuh dalam serangan di bandar pelabuhan selatan Karachi dan Peshawar. Mangsa yang paling muda berumur 17 tahun.

Pakistan adalah salah sebuah daripada tiga negara yang masih diancam penyakit polio. Negara itu telah melancarkan kempen vaksinasi selama tiga hari yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh negara pada hari Isnin.

Al Jazeera Tyab Imtiaz melaporkan daripada Islamabad berkata, PBB telah mengarahkan semua kakitangan di Pakistan yang terlibat dalam kempen pembasmian polio untuk turun ke jalan-jalan meyertai kempen ini.

"Lebih daripada 200,000 orang dikatakan terlibat dalam program selama tiga hari itu yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengimunisasi lebih daripada 30 juta kanak-kanak di seluruh Pakistan."

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terhadap pekerja kempen tersebut. Pihak berkuasa mengatakan, serangan itu berlaku pada masa yang sama di tempat-tempat yang berlainan di seluruh negara.

Pegawai kanan polis Shahid Hayat menyalahkan "militan yang pernah mengeluarkan fatwa terhadap vaksinasi polio atas serangan itu.

Pada bulan Jun, Taliban mengharamkan imunisasi di rantau puak Waziristan dan mengutuk kempen polio sebagai menutup pengintipan.

Selepas serangan hari Selasa, kerajaan wilayah Sindh, di mana Karachi adalah pusat bandar, menghentikan proses imunisasi. Seorang pegawai kerajaan berkata,  Khyber Pakhtunkhwa tidak mempunyai pilihan selain turut campur tangan.

"Kami mengadakan mesyuarat tergempar dengan penaja kami dan kami tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menangguhkan kempen suntikan buat masa ini. Kami secara rasmi akan mengumumkan selepas mesyuarat itu,"kata Janbaz Afridi, doctor yang bertugas dalam kempen imunisasi di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Kerajaan persekutuan telah menyifatkan serangan terbaru itu sebagai "keji".

Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB meyifatkan pembunuhan itu sebagai kejam dan tidak patut dimaafkan " dalam ucapannya pada Rabu.

UNICEF dan WHO mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk keganasan dan berjanji akan terus menentang polio di Pakistan.

"Serangan seperti itu menafikan hak  kanak-kanak di Pakistan terhadap kesihatan dan meletakkan mereka berisiko untuk penyakit yang menyebabkan kecacatan sepanjang hayat," kata kenyataan itu.

Semua mangsa adalah rakyat Pakistan yang bekerja dengan program yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi polio, penyakit yang menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal beberapa jam selepas jangkitan.

Penyakit ini telah dihapuskan di seluruh dunia kecuali beberapa buah negara. Sekurang-kurangnya 35 
kanak-kanak di Pakistan telah dijangkiti tahun ini.


Sumber : AlJazeerah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook