Thursday, September 6, 2012

Sebuah sekolah agama Islam telah dibuka di Perancis


Umat ​​Islam menunaikan solat di  sekitar masjid  Combo Basso, di Toulouse, selatan Perancis

Sebuah sekolah agama Islam telah dibuka di bandar Strasbourg, di Perancis melalui izin dari Dato' Bandar dan Kesatuan Islam Turki untuk Urusan Agama.

Sekolah agama di Strasbourg dibuka melalui usaha warga Turki di bawah pengawasan Fakulti Teologi Universiti Istanbul, dalam rangka untuk melatih para imam yang akan bertugas di seluruh Eropah.

Tiga puluh calon imam ditetapkan untuk menerima pendidikan Islam di sekolah agama yang dibuka di persekitaran Haute-Pierre, Strasbourg.

Para pelajar yang tamat pelajaran akan menerima ijazah dari Fakulti Teologi Universiti Istanbul.

Kini, 236 imam disahkan oleh Kesatuan Islam Turki untuk Urusan Agama yang beroperasi di Perancis, sementara hampir 2,000 imam bersedia berkhidmat di seluruh Eropah.


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook