Thursday, September 6, 2012

Model dan Pelakon Israel Minta Tony Blair Bantu Saif Qaddafi




Model dan pelakon Israel Orly Weinerman, yang konon menjalin hubungan dengan anak lelaki Qaddafi- Saif al-Islam Qaddafi, meminta bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair untuk membantu menyelamatkan nyawa Saif, media Israel melaporkan pada hari Selasa kelmarin (4 / 9).

"Saif bekerja sama dengan Blair sebelum ia ditangkap," laman Berita Israel Ynet dari Weinerman yang mengatakan kepada tabloid Inggeris The Daily Mail pada hari Ahad lalu.

Weinerman, 41 tahun, mendesak Blair, yang saat ini menjadi utusan dari Kuartet diplomatik untuk Timur Tengah, bagi membantu Saif.

Model Israel itu mengakui bahawa dia adalah kekasih Saif selama enam tahun selepas bertemu dengannya di London pada tahun 2005 melalui rakan-rakannya. Dia mengatakan "fakta bahawa Saif siap untuk melibatkan diri dalam hubungan cinta dengan seorang Yahudi untuk menunjukkan seberapa terbuka dan beradabnya dia," Haaretz mengutip pernyataan Weinerman yang mengatakan kepada tabloid tersebut.

Ibu bapa, katanya menentang dia bertukar kepada agama Islam, dan hubungannya dengan Saif dikritik di akhbar Israel.

Model, yang meninggalkan London dan sekarang tinggal di Tel Aviv, mengatakan tentang bekas teman lelaki nya: "Saif menilai orang atas atas apa yang ada, bukan melihat bagaimana orang itu. Saif tidak pernah mempertikaikan agama saya atau negara asal saya."

Dokumen yang dijumpai semasa pemberontakan Libya, menyebutkan Blair dan Muammar Gaddafi mempunyai hubungan yang erat.


Sumber : Alarabiya , Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook