Sunday, September 9, 2012

Parlimen Somalia Bersedia Memilih Presiden




Seramai 25 orang calon presiden Somalia telah berkempen menjelang pilihan raya. Ia merupakan proses akhir yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menubuhkan sebuah pentadbiran baru untuk negara yang dilanda peperangan.

Pilihan raya itu telah ditangguhkan beberapa kali semenjak  20 Ogos, melalui tekanan daripada pihak antarabangsa yang meningkat mnejadikan parlimen segera memilih presiden dan  menetapkan tarikh pemilhan tersbeut pada hari Isnin.


Pemilihan itu merupakan langkah terbaru dalam rencana yang disokong PBB untuk mewujudkan kerajaan pusat yang stabil di Somalia, yang tidak mempunyai Pihak Berkuasa demikian sejak 1991.

Dua puluh lima calon yang diumumkan masing-masing diberi 20 minit untuk menyampaikan ucapan kepada ahli parlimen, meskipun sebahagian calon melibihi masa yang diberikan dan pidato ini bermula sejak hari Jumaat yang lalu.

Para calon presiden Somalia secara bergilir menyampaikan pidato di depan ahli parlimen, sementara anggota badan perundangan itu bersedia memilih pemimpin baru negara itu.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada ahli parlimen, utusan PBB untuk Somalia Ausustine Mahiga mendesak mereka untuk memilih presiden yang boleh memimpin "transformasi dan pembangunan perdamaian empat tahun mendatang di Somalia."

Mahiga juga menyebut laporan-laporan media tentang berlakunya penyogokan dan rasuah dalam proses itu, seraya menambah bahawa "salah atau benar, kebenaran kelak akan muncul."

Pidato para calon dijadualkan berlangsung sehingga hari Sabtu. Pemilihan akan diadakan pada hari Isnin.

Sumber : Alarabiya , Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook