Thursday, September 27, 2012

Kongres Libya Desak PM Baru Libya Menamakan Kabinet Kerajaan Yang Baru



Kongres Libya mengeluarkan perintah pada hari Rabu lalu, mengancam untuk memecat Perdana Menteri yang baru jika beliau gagal untuk menamakan Kabinet baru sebelum 8 Oktober 2012.

Seorang jurucakap kongres memaklumkan kepada pemberita bahawa arahan itu diberikan selepas Perdana Menteri, Mustafa Abushagur meminta untuk melanjutkan tempoh bagi membentuk kerajaan selama 10 hari.
Abushagur yang telah dipilih oleh kongres pada 12 September 2012, diberi masa untuk membentangkan senarai kerajaan kepada perhimpunan kebangsaan untuk diluluskan pada 28 September 2012.
"Jika beliau gagal mengemukakan Kabinet yang dicadangkan sebelum tarikh akhir, kami akan menganggap situasi beliau sebagai meletak jawatan, dan pengundian untuk Perdana Menteri baru akan dijalankan," kata jurucakap, Omar Homaidan kepada pemberita.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada Reuters, pejabat Abushagur mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan membentangkan senarai kerajaan sebelum tarikh akhir dan beliau kini sedang berusaha membentuk sebuah "kerajaan campuran."

"Beliau mahu membentuk sebuah kerajaan campuran kebangsaan... Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji semua permohonan calon untuk kerajaan itu sejak seminggu yang lalu. "

Abushagur berkata kepada Reuters, bulan ini kerajaannya akan mempunyai 'keseimbangan geografi' di dalam sebuah negara di mana persaingan serantau masih berleluasa.

Beliau berkata meningkatkan keselamatan akan menjadi keutamaan selepas serangan maut di Konsulat AS di Benghazi, di mana duta AS dan tiga rakyat Amerika lain terkorban.

Pentadbiran interim, di mana Abushagur adalah Timbalan Perdana Menteri, telah mengambil tindakan ke ats kumpulan-kumpulan bersenjata yang telah enggan melakukan gencatan senjata.

Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook