Saturday, September 29, 2012

Arab Saudi - Jemaah Haji Harus Patuhi Syarat-Syarat dan Keperluan Visa Untuk Masuk Ke Negara Tersebut




Arab Saudi tidak membenarkan sesiapa yang tidak mematuhi syarat-syarat dan keperluan visa untuk masuk ke negara tersebut bagi mengerjakan ibadah haji - Kementerian Haji Arab Saudi pada hari Jumaat semalam.

"Bagi wanita di bawah usia 45 tahun harus disertai dengan mahram lelaki selama perjalanan haji sesuai yang ditetapkan dalam visa jemaah wanita," kata kenyataan itu, menurut Saudi Press Agency (SPA).

"Peraturan ini ditetapkan bagi semua wanita pada umumnya yang ingin mendapatkan visa masuk ke Arab Saudi bagi melakukan ibadah haji," laporan SPA dari jurucakap Kementerian - Haji Hassan bin Hatim Qadhi.

Pernyataan itu berikutan keputusan Nigeria pada Khamis lalu untuk menunda penerbangan ke Arab Saudi bagi ibadah haji tahunan, setelah berlaku pertikaian diplomatik atas penolakan masuk dan penghantaran pulang ratusan jemaah haji wanita yang tiba di Kerajaan tanpa disertai mahram.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Haji Saudi menegaskan bahawa Kerajaan Raja Abdullah bin Abdulaziz menerima pengunjung dari seluruh dunia dengan kemudahan dan keselesaan.

Kerajaan Saudi telah telah menahan lebih dari 600 jamaah wanita Nigeria dan beratus-ratus yang lain ditahan kerana cuba untuk melawat kota suci Mekah tanpa mahram.

Bagi wanita Arab Saudi memerlukan kebenaran penjaga mereka - bapa, abang, atau suami - untuk meninggalkan negara ini  termasuk kebenaran bagi menerima beberapa jenis rawatan perubatan atau kerja. Mereka tidak dibenarkan untuk memandu di dalam negara tersebut.

Di Nigeria, terdapat 80 Juta umat Islam, dan pengamalan Islam tidak terlalu ketat di mana wanita bebas untuk bergerak.

Sehingga kini, jumlah yang menunaikan haji telah meningkat secara mendadak dalam tempoh 80 tahun lepas daripada sekitar 20,000 pada tahun 1932 kepada hampir tiga juta pada tahun 2011.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook