Thursday, September 27, 2012

Mesir: - Penganut agama Kristian tuntut undang-undang Islam dalam Perlembagaan





Mesir - Penganut agama Kristian di bawah Majlis Penggubalan Perlembagaan Baru membuat tuntutan secara  bertulis membuat hukum berdasarakan undang-undang Islam. Persatuan "Copt 38" menyatakan,mereka menolak cadangan yang telah dikemaskinkan yang mana menuntut golongan agama monoteistikdari kalangan bukan Islam untuk melibatkan diri mereka dalam hal ehwal agama dan peribadi, dengan menekankan secara jelas kelayakan orang Mesir dalam tuntutan itu.

Selain itu, Ikatan ‘Copt 38’ itu telah menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya komunikasi Masyarakat pada hari ahad di mana ia merangkumi kesemua permintaan mereka termasuk kenyataan bahawa undang-undangIslam merupakan pengubah kepada undang-undang sebelumnya. Tambahan pula, undang-undang Islam telah menjaga darah,maruah dan kemulian Orang Nasrani serta memberi mereka kesamarataan hak seperti umat Islam. Mereka juga menganggap bahawa menzalimi seorang Nasrani lebih besar dosanya daripada menzalimi seorang Muslim.

Ikatan itu menambah pula: "orang Kristian tidak mempunyai undang-undang, kerana itulah kitab Injil telah memerintahkan kita untuk mengikuti undang-undang mengikut setiap negara di mana sahaja mereka berada. Oleh itu kita (Kristian Mesir) mesti mengikuti undang-undang Islam yang merupakan sumber utama undang-undang bagi negara ini ”.

 Sementara itu, masyarakat Kristian dan ketua Gereja Ortodoks berusaha untuk menyediakan perlembagaan untuk membolehkan penganut agama lain mengikut hukum-hukum yang berada dalam undang-undang mereka.

Sumber : Islammemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook