Saturday, September 15, 2012

Hina Nabi Muhammad Bukan Kategori Kebebasan Bersuara -Erdogan



Menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak dianggap sebagai kebebasan bersuara, kata Perdana Menteri Turki - Recep Tayyip Erdogan pada hari Jumaat (14/9) berhubung dengan aksi protes yang melanda dunia dalam menanggapi sebuah filem anti-Islam berjudul Innocence of Muslims. Namun pada saat yang sama, penghinaan tersebut tidak memberikan orang hak untuk menyerang orang lain, tambah Erdogan mengatakan di bandar Ukraine Yalta.

"Mereka yang membuat filem ini harus dikutuk dalam kecaman yang paling keras. Tapi penghinaan terhadap agama tidak boleh menjadi alasan untuk menyerang orang," kata Erdogan, menurut laporan harian Hurriyet.

"Bukan kebebasan berbicara jika menghina nilai-nilai tinggi Islam dan Nabi Muhammad, kerana hal itu tidak boleh dilihat sebagai hak kebebasan berbicara untuk menghina agama, nabi, nilai-nilai suci orang lain. Filem itu secara terbuka merupakan provokatif dan bermusuhan," kata Erdogan .

Filem "The Innocence Muslim" telah mencetuskan gelombang bantahan di seluruh dunia Muslim dan menyebabkan serangan keganasan terhadap konsulat AS di Benghazi pada 11 September yang menjadikan empat diplomat AS menjadi mangsa, termasuk Duta Besar Chris Stevens.




Sumber : Hurriyetdailynews

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook