Sunday, September 16, 2012

100 ditangkap dalam demo bantah filem anti-Islam di Paris



Paris - Sabtu, penunjuk perasaan yang beragama Islam berkumpul di hadapan Kedutaan AS untuk membantah filem yang menghina Nabi Muhammad (SAW). Filem ini dihasilkan di Amerika Syarikat. 100 orang ditangkap berikutan demo bantah filem anti Islam tersebut. Siaran langsung daripada televisyen menunjukkan penunjuk perasaan berdoa di kaki lima yang luas.

Para penunjuk perasaan mengatakan orang-orang yang terlibat dalam pengeluaran filem itu harus didakwa, diplomat AS harus diusir dari negara mereka, dan kerajaan AS perlu membuat permohonan maaf.


Demonstrasi anti filem hina Islam ini telah diadakan di seluruh dunia bagi membantah filem menghina Nabi SAW dan anti Islam.




Sumber : Presstv

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook