Sunday, September 16, 2012

Al-Azhar Kecam Filem "International Judge Muhammad Day" dan Memberi Ingatan Tentang Islam





Al-Azhar mengecam filem yang menghina Nabi SAWA dan agama Islam di dalam file "International Judge Muhammad Day" di Barat dan media-media antarabangsa. Tindakan golongan ini merupakan tindakan yang memperlekehkan Islam dan kaum Muslimin dengan alasan "kebebasan bersuara",laporan dari Onislam.

Selain mengecam tindakan tersebut yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, Al-Azhar juga menyampaikan beberapa ingatan tentang Islam bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan perdamaian.

Antara isi peringatan daripada ulama' Al-Azhar  Prof. Ahmad al-Tayib:

"1. Islam adalah mesej Ilahi yang diungkapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Nabi-Nya Muhammad Shalallahu 'alaihi wa sallam. Islam adalah mesej universal untuk seluruh umat manusia, dan Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan manusia.

Islam juga sebuah sumber petunjuk bagi penganutnya. Islam juga merupakan segalanya di dalam seluruh urusan agama mereka, politik dan ekonomi. Islam mengajarkan perdamaian, keadilan dan menyeru untuk memberikan manfaat kepada semua orang.

Maka, tuduhan Islam adalah agama buatan manusia merupakan kenytaan yang dangkal dan ia bertentangan dengan pemikiran dan pendapat. Itu bukanlah tuduhan yang baru, kerana itu telah diulang-ulang oleh orang-orang kafir Quraisy pada semasa hidup Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam, dan akan terus dilaungkan oleh orang-orang yang menyimpang yang sama seperti mereka pada saat ini dan di masa yang akan datang.

2. Islam adalah agama yang menyeru hidup secara aman, bermasyarakat dan akrab di antara yang lain. Islam agama syumul dan sesuai sepanjanga zaman.

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." "(Al-Mumtahanah: 8)


Sumber :OnIslam , Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook