Wednesday, September 19, 2012

Arab Saudi Arahkan YouTube blok 'Innocence of Muslims’ di negara itu







YouTube telah dihadkan mengakses filem anti-Islam di Arab Saudi pada hari Rabu. Hal ini berikutan kerajaan mengancam untuk menyekat laman web perkongsian video tersebut sekiranya filem anti-Islam itu ditayangkan.

Seorang jurucakap dari Google, yang memiliki YouTube, berkata bahawa Arab Saudi telah tersenarai sebagai negara-negara yang mengutuk filem anti Islam.

"Kami telah menghadkan akses maklumat itu di negara-negara di mana ia adalah menyalahi undang-undang seperti Arab Saudi, India, Indonesia, Libya dan Mesir memandangkan situasi yang sangat sensitif dalam  negara-negara terbabit," jurucakap bagi rantau Timur Tengah Afrika Utara kepada Al Arabiya pada hari Rabu.

Pada hari Selasa, Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa YouTube  dikehendaki menyekat akses  filem anti Islam atau kerajaan akan menyekat laman web YouTube dalam negara tersebut.

" Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat Arab Saudi (CITC) telah mengarahkan syarikat-syarikat dalam kerajaan untuk menyekat filem ini dari pengguna internet dan juga telah meminta Google untuk menyekat semua link YouTube yang berkaitan filem itu," kata satu kenyataan daripada agensi Akhbar Arab.

"Jika permintaan ini tidak dipenuhi, CITC akan mengambil tindakan menyekat keseluruhan laman web YouTube." SPA berkata, juga memetik telekom Arab sebagai menggesa rakyat untuk melaporkan mana-mana pautan di mana filem itu boleh dilihat.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook