Monday, September 17, 2012

Syarikat Penerbangan Israel Akan Menamatkan Laluan Penerbangan Ke Kaherah


Syarikat penerbangan Israel El Al akan menamatkan laluan penerbangan mingguan mereka ke Kaherah dengan segara, untuk pertama kalinya sejak menandatangani perjanjian perdamaian 1979 antara Israel dengan Mesir, surat khabar Maariv melaporkan pada hari Ahad semalam (16/9).


Rencana tersebut tercatat dalam surat yang dihantar oleh CEO El Al untuk Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman, yang mengadu keperluan keselamatan yang ketat dan kos operasi yang tinggi, membuat penerbangan ke Mesir menjadi tidak ekonomi.

"Operasi laluan penerbangan ke Kaherah dan memelihara infrastruktur yang diperlukan memerlukan sejumlah kewangan yang besar sumber-sumber keselamatan dan operasi, serta pengeluaran ekonomi yang berjumlah ratusan ribu dolar per tahun," tulis CEO Eliezer Shakedi.

"Dengan kos ekonomi yang tinggi dari operasi penerbangan ke Mesir ini, El Al tidak dapat terus menanggung kos yang tinggi, dan kerana itu berniat untuk menghentikan segera laluan penerbangan ke Kaherah," kata surat itu, yang diterbitkan di Maariv.

Syarikat El Al belum mengulas laporan tersebut, namun seorang jurucakap Lieberman menegaskan menerima surat itu. "Masalah ini sedang dibahas lebih mendalam," kata Irena Etinger kepada AFP.

El Al telah terbang melalui laluan antara Tel Aviv dan Kaherah selama lebih dari tiga dekad, ia beroperasi sekurang-kurangnya satu penerbangan satu minggu, Maariv berkata.

Namun sejak penggulingan Presiden Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011 dan rusuhan yang mengikutinya, syarikat memutuskan untuk mengendalikan perkhidmatan secara minimal sesuai dengan keperluan komersial untuk memenuhi tuntutan kerajaan.

"Dalam situasi seperti ini dan mengingat situasi keselamatan yang sensitif di Mesir, El Al harus membuat tatacara khusus yang akan mengurangkan kos yang cukup besar," tulis laporan Maariv.

Walaupun kedua-dua negara ini menandatangani perjanjian perdamaian tahun 1979, hubungan kedua-dua negara (Israel-Mesir) tidak pernah hangat, dan munculnya sebuah pemerintahan yang didominasi Islam telah menimbulkan kebimbangan Israel kepada masa depan perjanjian damai tersebut.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook