Friday, September 21, 2012

Libya memecat duapegawai keselamatan berikutan kes pembunuhan Duta AS



Menteri Dalam Negeri Libya Fawzi Abdel Aal telah memecat dua pegawai keselamatan yang berkaitan dengan kes pembunuhan Duta AS di ibu pejabat Konsulat Amerika Syarikat di Benghazi, seperti yang diumumkan oleh sumber rasmi pada hari Isnin.

Menteri Dalam Negeri telah memecat pembantunya Brigadier Hussein Bouhmadh, Pengarah Keselamatan Kebangsaan di bandar Benghazi, di kawasan timur Libya, Nice Sharef.

Beliau menambah bahawa beliau telah melantik Kolonel Salah al-Din Doghman sebagai penggantinya dan buat sementara ditugaskan sebagai pemantau Penolong Setiausaha Pertama Kementerian Dalam Negeri.
Menurut pengerusi Persidangan Negara Libya Mohammed Maqrif telah berkata Pihak berkuasa Libya telah menahan 50 orang yang bersekongkol terhadap serangan ke atas konsulat AS di Benghazi, yang membunuh duta AS dan 3 rakyat Amerika lain.

Amerika Syarikat juga telah meningkatkan tahap keselamatan sekitar kedutaan di Asia dan Afrika, terutamanya di negara-negara Islam, atau tempat yang dipenuhi oleh penduduk umat Islam sebagai langkah  berjaga-jaga terhadap mana-mana  serangan bagi menjaga rakyatnya susulan daripada penerbitan sebuah filem ‘Innoncene of Muslim’ yang mencabul maruah Islam dan menghina Nabu Muhammad s.a.w, yang dihasilkan di Amerika. Sejurus dengan itu, beberapa negara Arab telah menonjolkan gelombang protes terhadap filem itu.

Sumber : Islammemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook