Wednesday, August 1, 2012

Wanita Saudi memeluk agama Kristian-tinggalkan Lubnan dan ke Turki


Wanita yang berusia 28 tahun itu dipercayai warganegara Arab Saudi, menjadi tajuk utama yang mana telah melarikan diri dari Lubnan selepas memeluk agama Kristian untuk ke Turki.
"Kerajaan Lubnan telah memaklumkan kepada kedutaan Saudi di Beirut bahawa gadis itu telah meninggalkan negara itu untuk ke Turki,"kata Awadh Aseeri, duta Saudi.

"Pihak berkuasa Lubnan berkata bahawa mereka tidak pasti sama ada wanita itu akan menetap di Turki atau
akan beralih ke negara lain," menurut harian Saudi Al Sharq. Beliau dikatakan telah tinggal di Beirut dengan bantuan dari negara Saudi dan Lubnan.

Kesnya diketahui apabila bapanya memfailkan saman terhadap dua orang lelaki atas dakwaan bahawa mereka adalah orang yang berperanan dalam mempengaruhi dan membantu anaknya keluar dari negara tersebut tanpa pengetahuan.

Menurut Gulfnews, utusan Saudi berkata keluarga wanita itu telah cuba untuk meyakinkan wanita itu untuk pulang ke rumah dengan  jaminan bahawa dia akan selamat. Aseer menambah bahawa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa dia telah memeluk agama Kristian.

Sumber : Alarabiya



0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook