Wednesday, August 1, 2012

Pembaca Berita Kanada Mempermainkan Niqab



Seorang pembaca berita TV Kanada muncul di skrin TV dalam keadaan berniqab dalam rancangan Canadian Sun News TV, dikatakan untuk mempersenda saluran televisyen Mesir,Maria TV,yang menampilkan wanita yang hanya berpakaian burqaa, agensi Berita Maan melaporkan pada  Ahad lalu.

Maria TV yang telah dilancarkan pada hari pertama bulan Ramadan yang lalu, hanya menampilkana wanita berniqab walaupun untuk bekerja di belakang tabir.

Pembaca berita Kanada itu, Michael Coren,yang berpakaian hitam dari atas kepala hingga ke kaki, menjadi tuan rumah bersama seorang ulama Islam dari Toronto di studio dan berbincang berkenaan idea mewujudkan satu saluran sebegitu di Mesir.Coren meminta pandangan ulama tersebut tentang mengapa wanita Islam berpakaian "dengan cara yang pelik?" Pembaca berita Kanada itu juga meminta respon dari imam tersebut tentang mengapa lelaki Islam tidak berpakaian hitam seperti wanita. Imam menjawab ia adalah sebab yang sama dengan pihak gereja yang memujuk biarawati Kristian memakai tudung mereka di dalam gereja.

Awal bulan ini, Coren muncul dalam sebuah rancangan beliau untuk bercakap tentang seorang gadis Kanada berusia sembilan tahun yang enggan membuang hijab semasa pertandingan bola sepak. Semasa rancangan itu, beliau berkata anak-anak gadis yang dalam situasi tersebut mempunyai dua pilihan: membuang hijab atau tidak bermain.

"Telah banyak kali disebutkan bahawa burqaa dan tudung bukan kehendak agama," katanya dalam siarannya, dalam sebuah klip video yang telah diposkan pada 12 Julai memperlihatkan bahawa beliau telah berkata "Al-Quran hanya menuntut kesopanan. Walaupun ia adalah satu keperluan agama, jadi apa? Kami menghormati hak anda untuk memakainya tetapi ia tidak bermakna kami mempunyai kewajipan untuk membolehkan anda memakainya dalam liga bola sepak, "katanya.

Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook